Ada Manis Dan Hikmahnya Bila Saling

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

ADA MANIS DAN HIKMAHNYA BILA SALING | Bila-bila masa kita boleh buat tidak baik.Dan jika kita mahu,kita juga boleh berbuat baik di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa juga.Allah pinjamkan akal.Akal yang waras padukan dengan iman dan ilmu,buatlah keputusan dan pilihan yang paling baik untuk diri sendiri dan orang lain juga.

Mudahnya bila memudahkan perkara yang sememangnya mudah atau sedikit sukar..kerjasama itu perlu.Bukan sesekali tetapi sebolehnya selalu.Justeru itu ada manis dan hikmahnya bila saling...

Bermaafan.Setiap hari lakukan kesalahan.Setiap hari khilaf itu ada.Tidak perlu tunggu hari raya baru mahu menghulur tangan meminta maaf.Jangan tunggu orang maklumkan awak salah baru bertalu-talu hantar pesanan ringkas..masa itulah DM..masa itulah PM..masa itulah bertalu-talu call nak minta maaf..orang yang rendah hatinya akan mudah sedar kesilapan yang dilakukannya sengaja atau tidak..salinglah bermaafan.Hati tenang.Fikiran lapang.Rezeki lancar.InshaAllah.

Bertolak ansur.Bukan mudah mahu bertolak ansur..terkadang asyik sibuk bertolak-tolak..pihak lagi satu perlahan-lahan ansur angkat kaki.Sedihnya angkat kaki dengan rasa yang bercelaru dan keliru.Perit mahu bertolak ansur kerana ada masanya bertolak ansur ini hanya menang pada sebelah pihak..tidak kurang juga menyebelahi sebelah sayap..sebolehnya bertolak ansurlah dengan keputusan yang sama-sama persetujui.Tidur senyum..celik gembira.Menang-menang.Aamiin.

Related image

Puji memuji.Mak ayah puji anak.Anak puji mak ayah.Suami isteri,adik beradik..amalkan saling memuji satu sama lain sebagai tanda menghargai dan eratkan kasih sayang.Dengan kawan-kawan..saudara mara..bila ianya memerlukan..pujilah..namun sebelum puji sesama insan ringankan hati dan lisan memuji-muji kebesaran Allah SWT terlebih dahulu.Puji dan mengampu ada perbezaannya.Moga tidak tersalah memilih mana yang sewajarnya.Jangan juga keterlaluan memuji orang lain..sila sensitif dengan perasaan insan-insan disekeliling kita lebih-lebih lagi yang dekat atau rapat dengan kehidupan kita.

Membantu ada banyak caranya.Memberi dorongan dan kata-kata semangat juga bentuk bantuan kepada orang lain.Tidak semua orang memerlukan bantuan dalam bentuk kewangan atau kebendaan sahaja..ada orang sudah memiliki itu semua..sedangkan yang didambakan cuma kata-kata dorongan dan kata-kata semangat untuk mengatur langkah seterusnya dan kembali kuat untuk bangkit.

Mendoakan.Remeh bagi sesetengah orang.Sekadar doa apalah sangat.Ya,cuma doa..TETAPI INGAT..dengan doa itu tidak mustahil pelbagai kebaikkan,kegembiraan,kesembuhan,kejayaan,kekayaan Allah swt hadirkan melalui orang lain kepada kita.Dengan pelbagai cara tidak kira bila waktunya.Justeru itu jangan pandang kecil pada kuasa dan kekuatan doa.

Setiap manusia ada ego masing-masing.PC pun ada ego.Untuk saling memperoleh kebaikkan bersama..jaga dan letaklah ego itu pada waktu dan tempat sepatutnya.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

17 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Doakan yang baik2 kepada orang, Insyaallah yang baik2 juga datang kepada kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..apa yang diberi..ianya akan kita terima kembali..tak di dunia..di akhirat..

      Padam
  2. Doa tu kan senjata orang mukmin, walaupun kadang kita pandang benda tu ringan tapi sebenarnya besar di sisi Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..namun mungkin ianya dipandang remeh pada segelintir orang kerana tidak dapat melihat secara terus hikmah doa.

      Padam
  3. Ucap yang baik-baik , insyaAllah datangnya juga baik-baik..
    Ego semua ada ego, cuma kawal ego agar tidak menyusahkan orang lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ucapan itu doa juga kan Sis..betul,jangan sampai ego menyusahkan orang lain.

      Padam
  4. Bahagia hidup ni kalau kita saling sayang menyayangi dan saling memahami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saling menyayangi..memahami itu kunci kebahagiaan..

      Padam
  5. indah jika saling menyayangi sesama kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aman..indahnya andai tiada pembunuhan..tiada penderaan..sejahterakan..

      Padam
  6. Nak minta maaf tu nampak senang tapi berat nak buat kan PC. Tp bila dah biasa kan, tenang rasa di hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak.Tak semua orang sanggup minta maaf..walau salah..

      Padam
  7. Minta maaf dan memaafkan akan buat kita lebih tenang kan PC..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..tiada beban perasaan dan fikiran inshaAllah..

      Padam
  8. Hablumminnallah, hablumminnannas.. kedua2nya perlu dijaga termasuk saling maaf memaafkan dan menjauhkan keegoan juga kan

    BalasPadam
  9. Indahnya saling ingat mengingat sayang menyayang

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama