Bila Ada Jiwa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA ADA JIWA | Penting sangatkah jiwa ni..perasaan.Dalam jiwa itulah mewah dengan rasa.Suka,sedih,bahagia,marah,benci,gembira..macam-macam.Semuanya ada satu pakej.

bila ada jiwa
KREDIT GOOGLE IMAGE

Jiwa itu pemacu pada cergasnya tubuh.Cerdasnya minda.Bila tidak ada jiwa lemah dan tidak bersemangat jadinya.Ya semangat!.Adanya jiwa,pelbagai reaksi dan getaran dapat dirasa.Bermacam suasana dapat diwujud dan terjemahkan.Nampak macam kecil namun besar impaknya.

hebat seseorang itu dalam perjuangan ibadah dan dakwahnya kerana ada jiwa ketika dia melakukannya.Berjaya kita dalam kerjaya,aktiviti atau apa sahaja yang dilakukan..selain kerana dan dengan izin Allah SWT...adanya jiwa juga menjadi penyumbang utama.

Bila ada jiwa,ada kesungguhan...sentiasa ada minat dan motivasi yang tinggi..matlamat yang jelas dan sentiasa bertindak serta berlisan waras.Sertakan rasa yang betul ketika berniat untuk lakukan sesuatu kebaikkan itu agar niat kerana DIA menjadi ibadah.Jangan mempertahankan satu yang salah dan menjadikan ianya prinsip sedangkan diri kosong melakukan sesuatu tanpa jiwa..ya tanpa rasa.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

No comments

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..