Berandaian..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERANDAIAN.. | Tertanya-tanya, mengapa begini kenapa tidak begitu.Kenapa rancang A jadinya B. Bila masih menanti sesuatu atau tidak mendapat kepastian.. selagi itulah mudahnya manusia berandaian. Duduk termenung bawah pokok jambu.Fikir dan terus fikir.Jangan suka dan mudah-mudahnya berandaian sendiri apatah lagi andai sesuatu itu sememangnya sudah diketahui ada penerangan dan faktanya.Ada bukti dan dalilnya.

berandaian
Google Image

Kadangkala bukan pada hal yang masih tidak pasti atau samar-samar sahaja mewah dengan andaian.. waima pada perkara yang sudah sahih pun masih ada lagi yang tertarik untuk berandaian.jangan ikut logik tapi ikutlah apa yang termaktub.

Salahkah berandaian. Tengok bagaimana seseorang itu berandaian. Sekiranya berandaian yang baik(bersangka baik)..silakan.Sekiranya berandaian yang boleh menyebabkan fitnah itu yang berbahaya dan mesti dibendung dengan segera. Bersangka baik itu sangat-sangat perlu. Lebih-lebih lagi dengan Allah SWT. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 





9 comments:

  1. ramai kita yang berandaian tak baik dari yang baik. akhirnya musnah satu2 silaturrahim dan wujud suasana yang tak harmoni. baik bertanya dr terus berandaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kak Ana..mungkin lebih suka dengar dari pihak lain atau banyak pihak berbanding tanya sendiri..salah faham itu virus.

      Delete
  2. kena selalu think positive kan PC?

    ReplyDelete
  3. Selalu bersangka baik hidup lebih ceria.

    ReplyDelete
  4. Berandaian ni kadang bahaya.. Boleh bawa fitnah..

    ReplyDelete
  5. Berandaian yang baik2, mudah2an yang baik2 kita terima

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..