04 February 2019

Untuk Bersamakan..Maka Sama-samalah

UNTUK BERSAMAKAN..MAKA SAMA-SAMALAH
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

UNTUK BERSAMAKAN..MAKA SAMA-SAMALAH |Cuti perayaan sering dinanti-nanti bukan sahaja oleh anak-anak malahan ibu bapa juga.Waktu inilah untuk luangkan masa lebih sedikit bersama keluarga.Sama ada hanya lepak santai di rumah atau memilih pulang ke kampung halaman terindah.Ada yang telah bergerak pulang ke kampung.Ada juga yang masih bekerja.Esok sambutan Tahun Baru Cina.Ada yang memilih becuti awal agar dapat pulang awal.Ada juga yang mimilih cuti lewat sedikit dengan harapan kesesakkan lalu lintas sudah reda.Menjadi kenyataankah?..Atau berhuhuhuhuhuhu sepanjang jalan.

Untuk bersamakan..maka sama-samalah.Keselamatan menjadi keutamaan.Lebuhraya.Jalanraya.Di mana atau ke mana pun laluan atau kemudahan yang disediakan semuanya untuk kegunaan bersama justeru itu manfaatkanlah bersama-sama.Sama-sama guna,sama-sama jaga sebaiknya.

Untuk Bersamakan..Maka Sama-samalah
GOOGLE IMAGE

Bila mana bukan milik sendiri maka buat apa sepatutnya.Semua orang mahukan kemudahan.Mahu lancar hingga tiba ke destinasi.Jangan berasakan seperti harta sendiri.Bahaya.Mohon berhemah.Mohon juga berbudi bahasa.Sama-sama menghargai dan menghormatilah.

Apa pun boleh terjadi hanya sekelip mata.Betul.Tapi,berusaha berjaga-jaga atau berhati-hati itu juga tiada salahnya.Tidak menjadi rugi yang berat dan besar pun.

#sama-sama mencari redha Allah SWT  

13 comments:

  1. berhati-hati di jalan raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga sampai ke destinasi dengan selamat.Aamiin.

      Delete
  2. Kuala Terengganu jem jalan ni. Ramai orang datang bercuti/balik kampung. Nak keluar pun tak sanggup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang bila cuti panjang tak balik kampung tapi bawa keluarga jalan-jalan..

      Delete
  3. LZ pilih lepak santai di rumah saja PC.. Kalau ada masa jalan ambil angin petang di Port Dickson sebab dekat dengan rumah.. Selamat bercuti PC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC pun tak dapat balik kampung kak LZ.En Suami kena bertugas.In sha Allah lepas tahun baru cina baru balik kampung.

      Delete
  4. Musim macam ni agak bahaya. Kalau orang tak bersikap hemah, takut banyak kemalangan yang berlaku. Moga kita jauh dari situasi mcm tu. Moga perjalanan dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat.Kena buang sikap terburu-buru ketika memandu.sangat merisaukan.Dan menyusahkan pemandu lain juga.

      Delete
  5. Betul tu.. Sama-sama lah jaga keselamatan Bukan pentingkan diri sendiri .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Bila sama-sama jaga in sha Allah sama-sama selamat.Aamiin.

      Delete
  6. Tengukkan highway sentiasa sesak nampaknya.

    ReplyDelete
  7. Betul tu apa apa boleh terjadi di dalam perjalanan.. sekelip mata.. semalam baru baca berita 3 beradik meninggal kerana kemalangan.. sayu nya si bapa melihat anaknya di tempat kejadian.. :(

    ReplyDelete
  8. Betul tu.. moga rutin kita semua dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..