Terpalit Juga

TERPALIT JUGA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Bijak pandai sering berkata
Lentur buluh dari rebungnya
Baik diajar baik bawaannya
Ibu bapa tumpang bahagia

Bila mati meninggalkan nama
Kisah yang baik dambaan semua
Murni pelaburan ayah bonda
Anak-anak sama gembira

Tidak mengapa tidak berjasa
Namun jangan memporak peranda
Jangan bertindak melulu belaka
Bangsa dan agama disebut juga

Ligat sungguh pusingnya gasing
Lihat siapa pelontarnya
Jangan fikir konon asing-asing
Kelak akibatnya berkongsi sama

Masuk hutan memerangkap landak
Rezeki dapat landak betina
Bagaimana boleh dikatakan tidak
Walau sedikit terpalit juga

Jangan dipersoal mengapa menjaga
Memang wajar dijaga semuanya
Tiada istilah aku kau mereka
Tersalur juga dosa dan pahala

#sama-sama mencari redha Allah SWT

6 comments:

  1. Insha Allah, semoga kita semua sama-sama mencari redha Allah.

    ReplyDelete
  2. Aamiin..aamiin..aamiin..In sha Allah.

    ReplyDelete
  3. Semoga ada doa dari anak soleh masa kita di sana nanti.

    ReplyDelete
  4. semoga anak-anak kita tidak lupa jasa ibu bapa dan menjadi anak yg diredhaiNya

    ReplyDelete
  5. Sebab tu amalah berjemaah berlipat ganda ganjarannya

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua sentiasa diberkati dgn pahala berterusan melalui amalan, ilmu dan kebaikan yg dilakukan... aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..