PADA TITIK TERTENTU
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
Berpura-pura bodoh itu lebih baik
daripada
Memandai-mandai menjadi bijak
Jangan murah hati sangat sedekah pahala
sebaliknya
Sama-sama mengumpul pahala dan jaga
Tidak mengapa lebih banyak berdiam diri
kerana
Berbahaya memakan darah dan daging saudara sendiri
PADA TITIK TERTENTU | Kudrat manusia tidak seberapa.Sampai pada titik tertentu tidak mustahil manusia keletihan dan mencari suatu yang dirasakan "owhh inilah yang aku mahu dan cari selama ini".
Bukan sesiapa kita tanpa bantuan DIA.Segenap sudut manusia perlukan DIA.Solatlah walau tidak cukup.Solatlah walau tergesa-gesa.Solatlah walau berulang surah yang sama.Solatlah walau fokusnya tidak sepenuhnya pada DIA.Solatlah.Nanti lama-lama DIA hantar rasa yang luar biasa.rasa sayang tinggal sewaktu dua.Rasa gelisah kerana tergesa-gesa.Rasa sedih mengapa tiang tidak sempurna.In sha Allah.Allah SWT sangat baik.Maka manusia pun mesti berbuat baik juga.
Doa minta semua.Minta.Minta.Minta dengan lengkapnya.Kalau kita temui apa yang dimahu dan dicari selama ini,biar ianya lebih mendekat dan membaik.Ada masa doa itu mesti dirayu khusus.Ada detiknya cukup diungkapkan secara umum.tanya diri..Hajatnya apa.Tengok cerita korea boleh nangis.Tengok cerita hindustan boleh nangis.Waktu berdoa pun nangis.
PC juga manusia.Pada titik tertentu rebah tersungkur juga.Ada detiknya.Ada harinya.Sempurna tidak mungkin.Bertatih bangkit perbaiki diri itu ya.
Berpura-pura bodoh itu lebih baik
daripada
Memandai-mandai menjadi bijak
Jangan murah hati sangat sedekah pahala
sebaliknya
Sama-sama mengumpul pahala dan jaga
Tidak mengapa lebih banyak berdiam diri
kerana
Berbahaya memakan darah dan daging saudara sendiri
GOOGLE IMAGE
#sama-sama mencari redha Allah SWT
betul kak solat lah walau apa keadaan sekali pun dan jangan putus asa dengan rahmat Allah
ReplyDeleteBicara yang paling dekat antara manusia dengan Allah SWT bagi kak PC adalah ketika solat.
DeleteMohon saja pada pencinta yg menyajikan Dan mngasihi Dan berbaik sangka insya allah akan dimakbulkan
ReplyDeleteBetul sangat-sangat.Kemudian teuskan usaha dan sabar.
Deletesempurna solat sempurna lah seluruhnya... semoga istiqomah xkira bila senang atau susah tetap lah cari Allah... solat dan minta hanya pada Dia..
ReplyDeleteBetul.Susah,senang,sedih,gembira tetaplah cari Dia.
DeleteBila baca tentang pura-pura bodoh tu teringat pulak Mrs. A pada Ustaz Dato' Rashidy Jamil Al-Rasyid (kuliah kat office) katanya biar kita nampak bodoh tapi sebenarnya kita cerdik heheehe... kalau tengok fizikal ustaz memang pun dia macam tu ooppsss!!! nampak nerd tapi bila ceramah powerrrr.
ReplyDeleteSetuju dgn perkongsian ini.. apa pun, jagalah solat dan sentiasalah meminta hanya kepadaNya. Mudah2an kita semua ibarat resmi padi.. semakin berisi, semakin tunduk.
ReplyDeleteNiatkan kita masih belajar ilmu Allah
ReplyDeleteSemoga bertambah sempurna amalan kita.
Lumrah kita sebagai manusia ada rasa penat jika diuji dan terus diuji.. Allah dah berfirman sabar dan solat ada jalannya.. Semoga kita terus kuat ya kak pc
ReplyDeleteada masanya memang kita akan rasa jatuh dan buntu.. saja Allah tolak kita pada hujungnya.
ReplyDeleteDia tunggu nak sambut. yakin.. yakinn =)