Imbangi

IMBANGI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

IMBANGI |Mahu seimbangkan hal-hal tertentu itu sukar.Apalah PC ni kan..asyik-asyik sukar..nanti susah pulak.Bagi PC selagi hidup kita manusia sentiasa dihidangkan dengan kesukaran dan rasa susah kerana kesenangan..kemudahan..keselesaan sebenar cuma di syurga Allah SWT.Bila manusia berasa sukar,susah atau kepayahan itu bererti ada usaha dan sedang berikhtiar menghadapi dan menerima dugaan*maaf ya kalau mungkin ada yang tidak bersetuju dengan PC*

Macam berat dengarnya.Macam susah juga mahu direalisasikan.Antara banyak point,dua point yang PC rasa berat mahu diimbangi adalah antara meterial dan spiritual.Ianya sangat dekat dengan kehidupan manusia seharian.Menjadi isu juga baik yang tersurat mahupun yang tersirat hingga kadangkala jadi berselirat.

Sebelum itu;

Material/Materialistik
Definisi : (matérialistik) berkaitan dgn ke­bendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan.(Rujukan)

Spiritual/Spiritualistik
Definisi : berkaitan dgn atau bersifat rohani atau jiwa (bukan bersifat fizikal), rohaniah.(Rujukan)

Menjadi satu kesalahankah andai manusia itu ada sifat materialistik?

Tidak andai apa yang dimahukan itu tergolong dalam keperluan.Seandainya berkemampuan ditingkatkan kepada kehendak untuk mendapat satu keadaan yang lebih baik sedikit sebagaimana selayaknya.Asalkan sahaja tidak membebankan diri dan membebani orang lain.

Adakah spiritualistik ini mampu membendung rasa kecintaan pada material?

Ya sekiranya diperhalusi dan dihayati sebaik-baiknya.Tidak mustahil seseorang itu sentiasa qanaah (berasa cukup) dan zuhud (tidak dikuasai kemewahan dan keseronokkan duniawi) dalam kehidupannya.Material itu bukan apa-apa dan tidak penting kerana sering ingat akan kematian.

Tengah-tengah antara materialistik dan spiritualistik adalah wasatiah (kesederhanaan).

imbangi
GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

16 comments:

  1. Bagi Mrs. A biarlah kaya dengan kedua-duanya samada dari segi rohani mahupun jasmani tapi hendaklah bersederhana dari segi pelaksanaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Betul.Betul.Setuju sangat.Sederhana dalam perlaksanaannya.

      Delete
  2. Sama2lah kita semua sentiasa berusaha perbaiki amalan dan usaha mengikut landasan sunnah, semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan juga akhirat... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..aamiin..aamiin.In sha Allah.Seiringkan.Moga menjadi suatu yang baik pada pengakhirannya.

      Delete
  3. Besederhana dalam mengejar materialistik
    berusaha bersungguh2 untuk mengejar kejayaan dan redha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik.Betul sangat Pakcik WP.Untuk kehidupan kekal di sana.

      Delete
  4. Husniey selalu pesan pada diri semoga aku selalu bersyukur dan tidak terlalu cintakan dunia.. Kecil ke besar nikmat yang diberiNya wajib disyukuri nanti Allah tambah lagi.. Yakin tiap usaha pasti ada ganjaran.. Takut rasanya kak kalau terleka dengan dunia.. Marilah kita saling mengingati antara satu sama lain.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sangat tindakkan Husniey tu.Akak pun macam tu Husniey.Risau banyak lalai.Lisannya ucap bersyukur tapi tanpa sedar perbuatan akak lain tak sama dengan apa yang dicakapkan.Allahu.

      Delete
  5. DUNIA N AKHIRAT BIAR SEIMBANG TAPI LBH BERAT KE AKHIRAT ALHAMDULILLAH...DI SANA JGA AKHIRNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak PI.macam mana pun kena berat ke akhirat.Sebab sana yang kekal abadi untuk kehidupan yang baru nanti.

      Delete
  6. semoga dapatlah seimbangkan.. =(
    kadang2 tu rasa dah berat sebelah tapi dok lalai jugak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.Boleh diusahakan.PC pun rasanya selalu berat sebelah.Allahu.

      Delete
  7. Nampak mudah nak seimbang antara 2 perkara tapi kalau ada usaha insyaAllah. Moga imbangan akhirat kita mengatasi segalanya ya PC. Sama2 berusaha. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah.Aamiin kak.Moga Allah sentiasa hantar bantuan pada hambanya yang berusaha meraih syurgaNYA.

      Delete
  8. keduanya perlu.. Bila diseimbangkan melalui kesyukuran..

    ReplyDelete
  9. Semoga kita dapat seimbangkan kedua-duanya kan PC..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..