Dosa?..Boleh Berjangkitkah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

DOSA?..BOLEH BERJANGKITKAH |Ambil tahu atau berminat ambil tahu.Walau perkara itu tidak perlu.Apa yang menariknya memang sudah tahu palsu la contohnya..namun masih asyik diulang-ulang dan diberitahu.Sebar berita palsu..itu menimbulkan fitnah.Salah dan dosakan.Kita tahu itu tapi tetap menajdi salah seorang pelaku.Adakah dia buat dosa bila kita buat bertukar pahala.Kecuali kita perbetulkan sedari awalnya.

Ini contoh lagi.Andai seorang suami tidak memberi apa yang wajib diberi pada isteri sedang dia sangat mampu melunasi..berhutang tanggungjawablah sorang suami pada isteri..dosakah?.Seorang isteri yang sekian lama bertahan dan menyabarkan diri hujungnya mematikan diri malas berbicara lagi..menjadi dosa pula pada si isteri.

Contoh seterusnya.Mana mampu nak puaskan hati orang.Diri sendiri pun selalu tak puas hati.Tak gitu.Lebih-lebih lagi bila perasan diri terlebih baik.Along tak puas hati dengan angah.Cerita dengan uda.Bukan cerita biasa-biasa lengkap mengutuk mengata segala.Along yang tidak suka..eh uda terbabit sama walau cuma jadi tukang dengar sahaja.Agaknya boleh berjangkit tak dosa.

DOSA?..BOLEH BERJANGKITKAH

Penyakit berjangkit sering menghantui kita manusia.Ditakuti kerana berbahaya.Betullah- tu.Maka langkah yang mesti diambil adalah sentiasa menjaga dan berjaga-jaga.Dosa?..Boleh berjangkitkah...sesuatu yang perlu manusia ambil tahu dan takuti juga.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. orang mengumpat kita dengar tumpang sama walaupun tak join tetap dosa. seolah2 kita mengiyakan aktiviti mengumpat itu. cuma darjat dosa tu berbeza. dari pemerhatian.. CT rasa antara cara mudah kita nak dapat dosa free adalah dengan forward info2 yang dapat dari whatsapp. kadang2 yang salah lagi banyak dari yang betul. kita pun tolong sebar.. yang ada gambar tak tutup auratla walaupun niat baik. sama jee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..setuju..bahayanya zaman sekarang berjangkit dosa secara senyap terkadang tanpa kita sedari pun.Pahala dosa itu apa yang Allah rahsiakan tapi panduannya telah ditetapkan.Bila difikir-fikir jadi takut dan risau sebenarnya.

      Padam
  2. semoga kita dilindungi selalu drp berjangkit dengan dosa sekeliling....

    BalasPadam
  3. Zaman teknologi kini mudah terjebak dengan 'dosa berjangkit'.. Berita yang diterima terus disebar tanpa usul periksa.. Alangkah bagus andai semua mengamalkan sikap ambil berat perkara yang baik bukan sebaliknya.

    BalasPadam
  4. jawapan aida, "yes. boleh berjangkit".
    setuju dgn kata2 PC. aida sgt beri kesedaran pada aida.
    kekadang kita sedap berkata2. seolah2 meluahkan perasaan.
    namun, akan tetap terselit mengata mengumpat :(

    BalasPadam
  5. Dosa kini sudah menjadi mudah dan lumrah 😭..

    Nauzubillah moga Allah selalu tunjukkan hidayahNya pada kita

    BalasPadam
  6. Juga menjaga dgn siapa Kita berkawan

    BalasPadam
  7. Ibarat kebaikan, jika disemai dari satu tangkai menjadi 2, 4, 8 dan seterusnya.. begitu juga dgn dosa. Lebih takut, tanpa kita sedar dosa yg pernah dilakukan dulu kini terus subur berangkai2.. nauzubillah..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama