08 February 2019

Ada Pantang Larangnya

ADA PANTANG LARANGNYA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

ADA PANTANG LARANGNYA | Pantang larang?.Mesti terus terfikir itu tak boleh ini tak boleh.Ada yang mesti ditahan sangat-sangat walau sangat-sangat juga ingin dilakukan.Langgar pantang tanggung akibat.Biasanya pantang-pantang tersangatlah sinonim dengan wanita mula hamil hinggalah setelah melahirkan.

Berpantang ni pilihan.Ada yang suka dan boleh terima.Ada juga yang tidak berkenan dan tolak mentah-mentah tanpa pertimbangan.Ada juga yang menggabungkan antara tradisional dan moden.Masing-masing.Mana yang baik dan ikut penerimaan tubuh masing-masing.

Ada Pantang Larangnya
Image by Google

Apa yang mesti diambil kira adalah..apa pun anggapan atau penerimaan kita pada sesuatu perkara itu..bertindak dengan sopan dan berbicaralah dengan menggunakan sehabis baik bahasanya ya.Jangan kerana tidak sehaluan pola pemikiran atau pendapat..hingga menimbulkan kemarahan atau merendah-rendahkan.

Sebenarnyakan,ada pantang larangnya juga yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita bersama orang sekeliling.Pantang larang yang kesan baiknya untuk masa hadapan dan mencerminkan keperibadian seseorang.

IBU BAPA.Ibu bapa bukan sahaja menafkahi ahli keluarganya.Bukan juga sahaja suap makanan yang berkuliti,halal dan seci ke mulut anak-anaknya..tetapi mesti juga jaga perkataan ketika mahu memarahi,menegur atau menasihati anak-anak.Kerana ianya adalah satu doa.
Satu masa,bila dah ada anak,,nak marah anak boleh tapi jaga-jaga mulut tu jangan suka terlajak cakap.Jangan sebut perkataan ntah apa-apa lebih-lebih perkataan yang kesat.Nanti menyesal sendiri. -Mama💟Babah-
ADIK-BERADIK.Adik beradik ni anugerah Allah SWT beri.Ada yang sependapat.Itu nikmat.Menjadi ujian bila adik beradik seperti bukan adik beradik.Namun jagalah hubungan KEKELUARGAAN sebaik-baiknya.Mahu warna warnikan ukhuwah adakala bergurau seperti KAWAN/SAHABAT.Apa paling penting jangan jatuhkan satu sama lain.

SUAMI ISTERI.Bercerita memang seronok.Nak bercerita pun mesti bertapis jangan macam basikal lajak.Laju.Meluru tapi menyalahi.Berbahaya.Bahagia jangan dipamer sangat.Kerana ada sihir pemisah.Tidak bahagia pun jangan digembar gembur itu memberi peluang keretakkan menjadi lebih luas.Suami isteri,tolong jaga aib satu sama lain.

BLOGGER.Susah tak nak menapak jadi blogger..bergantung pada individu.Ada yang ambil jalan pintas yang betul.Ada juga yang ambil jalan pintas yang salah.Ada jalan yang panjang,lama dan berliku.Suatu yang pasti..kongsikan kerana ianya boleh menjadi pahala buat blogger.Dan jangan menjadi medium pada satu yang tidak sahih takut-takut menjerat diri sendiri.

Bila Allah SWT menetapkan hukum.. pasti itu yang terbaik untuk kesejahteraan umat.Mengapa itu dilarang. Kenapa ini dibenarkan.. Ya.. ada hadiah disebalik semua itu. Salam Jumaat semua. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT

15 comments:

  1. PANTANG LARANG DLM KEHIDUPAN MESTI DIAMBIL BERAT

    ReplyDelete
  2. Betul tu, ada pantang larang yang boleh diambil pakai..ada yang tak boleh guna...tapi jangan ditolak dengan kasar dan jangan diikuti membuta tuli....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Mana elok..ambil dan amalkan.Mana yang tidak bersesuaian..tinggalkan dengan adab.

      Delete
  3. betul tu PC, nak buat apa-apa kena fikir dulu..sama-sama mencari redha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.Moga setiap apa yang kita lakukan disertai dengan petunjuk Allah SWT.Aamiin.

      Delete
  4. Memang ada banyak pantang larang nya kan :) Tinggal nak ikut atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang pasti..kalau ikut..yang di ikut tidak menyalahi hukum.

      Delete
  5. Itulah hukum hakam yg harus dipatuhi..

    Jazakillah atas tazkirah..

    ReplyDelete
  6. semohga kita ikut pantang larang drp sunnah dan hadis...

    ReplyDelete
  7. Terlepas cakap Dan terlepas tulisan itu bahaya. Semoga Kita sentiasa membuat perkara yg betul

    ReplyDelete
  8. Setiap pantang larang pasti ada kebaikan dan juga kesihatan buat diri kita. Namun ada juga pantang larang yg kita perlu jauhi kerana ia mampu membawa diri kpd kesyirikan malah keburukan. Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat pelindungan Illahi.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..