18 February 2019

Langkah Bendul

8:54 AM 4
Langkah Bendul
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LANGKAH BENDUL | Masih ada dan diguna pakai lagi istilah langkah bendul ni.Dulu-dulu PC tak faham pun.Langkah bendul?Apa sajalah langkah bendul ni.Pernah terfikir langkah bendul tu satu permainan macam permainan teng teng tu agaknya.Tapi tak mungkin la pula sebabnya yang selalu sebut orang tua-tua.Aneh.

Aneh bagi orang yang tidak tahu dan tidak membudayakan atau mengamalkan adat ini.Tapi satu hal yang serius bagi yang sentiasa memelihara adat.Bagi PC ini adat.Bila adik-adik berkahwin dahulu sebelum abang atau kakak..adik itu dikira langkah bendul..sekiranya itu berlaku..sebolehnya pengantin haruslah memberi cenderahati kepada abang atau kakak yang belum berkahwin itu.Beruntunglah kalau abang atau kakak itu jenis tidak meminta-minta..kalau sebaliknya..mahu hantuk kepala ke dindinglah jawabnya pengantin.Huhuhuhuhuhu.

Jodoh ni salah satu rezeki yang Allah SWT rahsiakan.Sebab itulah ada orang cepat jodohnya.Ada orang lewat bertemu pasangan hidup.Dan ada juga yang tidak berkesempatan  dan kesampaian mempunyai pasangan hidup.Mencari pasangan hidup perlu sabar dan usaha.Mungkin 10 kali bertemu dengan orang yang salah..tapi daripada situ buat kita belajar untuk lebih mengenal,bersedia dan bersabar.Tidak mustahil asalnya cuma berlaga bahu..kalau Allah sudah MAHU..esok lusa terus bersatu.Allahu.

Bila rahsia Allah SWT itu bererti tidak dapat diteka jodoh siapa sampai dulu.Biar pun awak itu seorang adik yang paling bongsu.Ada ibu bapa yang sedari awal berpesan dan sentiasa mengingatkan anak-anaknya berkahwin mengikut turutan untuk saling menghormati dan menghargai satu sama lain dalam adik-beradik.Ada juga ibu bapa sempoi sahaja.Mana-manalah asal betul cara dan selamat semuanya.Langkah bendul..kalau betul budi bicaranya..inshaAllah baik-baik sahaja.Sekiranya silap tindakkannya buruk akibatnya.

Ubah persepsi.Bila langkah bendul bukan bererti adik,anak atau seseorang itu terdesak sangat mahu berkahwin..mula jiran tetangga,pak sedara,,mak sedara,,sepupu sepapat berbisik-bisik belakang pintu bilik mengata..gatallah..mianglah..tergedik-gediklah..gelojohlah..dan apa sahaja yang membayangkan hal tidak manis didengar.Hakikat utama ianya adalah rezeki jodoh..kemudian barulah bergantung pada keperluan dan sebab-sebab yang lain.Lain orang lain alasannya.Dan setiap orang ada sebab yang berlainan.Hati-hati bila mahu bercakap takut tak sempat minta maaf eh terkena batang hidung sendiri.Mesti tak sukakan berlaku begitu.

Tiada salah tiada betul
Jodoh tiba waktu yang betul
Jangan dikutuk yang langkah bendul
Doakan semoga selamat ijab qabul

#sama-sama mencari redha Allah SWT



17 February 2019

Untuk Semua

8:32 AM 4
UNTUK SEMUA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

UNTUK SEMUA |Ada banyak cara untuk menghidupkan sesuatu atau mewujudkan sesuatu untuk semua.Andai tidak dengan harta benda..boleh juga dengan lisan sahaja.andai tidak juga mungkin dengan penulisan pun tidak mengapa.Pilih sahaja..dan selemah-lemahnya adalah dengan doa.Ya,untuk semua.

untuk semua

Untuk semua bererti bukan untuk kita semata-mata.Ada bahagian-bahagiannya.Selayak menjadi kita punya.Tetapi bukan dan tidak semua.Ada untuk semua yang dititipkan melalui aku,kau,awak dan mereka.

Waspada.

Berilah hak itu.Bukankah untuk semua.Maka berilah apa sepatutnya.Berilah sebagaimana selayaknya.Aku,kau,awak dan mereka galas bukan bererti semuanya dilibas ganas.Dibaham buas hingga puas.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

16 February 2019

Moga Betul-betul Bergunalah Ya

9:42 AM 4
MOGA BETUL-BETUL BERGUNALAH YA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MOGA BETUL-BETUL BERGUNALAH YA |Memberi sesuatu yang berguna dan boleh mendatangkan kebaikkan secara berpanjangan bukan perkara mudah.Tetapi tidak mustahil.InshaAllah boleh.Penerimaan setiap orang tidak sama.Itu biasa.Tetapi percayalah Allah akan aturkan nanti perlahan-lahan.

Apa yang baik sampaikan secara mudah dan ringkas.Apa yang penting berterusan.Tidak kira menggunakan atau tertumpu di media sosial yang mana pun menjadi pilihan kita.Silakanlah.Bismillah.

Sesiapa pun boleh akses apa yang kita kongsi atau telah,sedang dan akan sampaikan.Waima kunjungan yang datang daripada rantau tidak diketahui pun..baik atau sebaliknya niat yang tersirat..berdoalah moga betul-betul bergunalah ya apa yang kita sampai dan kongsikan.

MOGA BETUL-BETUL BERGUNALAH YA

Google analytic.Satu yang penting bagi seorang blogger memantau perkembangan blog yang dibangunkan.Rujuk dan buatlah kajian agar perjalanan blog menjadi semakin baik dari masa ke semasa.

#sama-sama mencari redha Allah SWT




15 February 2019

Latihan

11:18 PM 3
Latihan
LATIHAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Dan sebenarnya.
Sedikit demi sedikit diajar. 
Dilatih.
Perlahan-lahan.
Tanpa sedari. 

Ujian. 
Atau dugaan.
Itu latihan. 
Kepada semua. 
Latihan lebih mengingat. 
Lebih mendekatkan.

Cara yang halus. 
Cara yang tulus. 
Cara dengan latihan. 
Berperingkat.
Biar tidak sesak menyengat.

Latihan yang ada magiknya. 
Ada magnetnya. 
Hingga boleh menarik segenap rasa. 
Agar akur. 
Supaya syukur. 

Latihan daripada Tuhan. 
Kerana DIA kasih. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

Ringankan Di Dunia..Nanti Berat Di Akhirat

8:20 AM 11
Ringankan Di Dunia..Nanti Berat Di Akhirat
RINGANKAN DI DUNIA..NANTI BERAT DI AKHIRAT
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

RINGANKAN DI DUNIA..NANTI BERAT DI AKHIRAT |Ringankan di dunia bukan bererti ambil mudah setiap hukum yang telah Allah SWT tetapkan..tetapi ringanknlah diri untuk memenuhi apa yang disyariatkan kepada kita.Penuhi yang wajib,,tambah dengan yang sunat-sunat.Tak apalah sikit-sikit pun..yang penting sungguh-sungguh.Berterusan.

Keletihan itu adalah cabaran besar.Bermula daripada rasa letih..membawa kepada rasa malas dan berat.Berlengah-lengah seterusnya tidak buat atau meninggalkan dengan rasa tidak bersalah.Rasa tidak berdoasa itu bahaya.PC juga manusia.Rasa letih itu juga ada.Apatah lagi rasa malas.Tetapi mesti cuba  lawan.Lawan hingga sedar bahawa semuanya ada campur tangan makhluk yang sudah bersumpah mahu menghancurkan anak cucu Adam as.

Tidak terhitung sebenarnya berapa kali tewas dengan pujuk rayunya.Allahu.Berdosa PC .Benarlah dunia ini mewah dengan tipu daya.Terkadang diri sendiri yang memilih untuk terjerumus ke lembah yang membahang.Moga Allah SWT sentiasa terima taubat-taubat PC dan semua hamba-NYA.

Ringankan di dunia..nanti berat di akhirat.Bagaimana?..Ayuh kita sulam kehidupan kita dengan perbuatan yang kecil dan ringan tetapi menjadi peguam bela tatkala di mahsyar kelak..aamiin.

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih)Rujukan

Ayu kita berselawat.Salam Jumaat sahabat-sahabat semua.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

14 February 2019

Terpalit Juga

9:09 AM 6
Terpalit Juga
TERPALIT JUGA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Bijak pandai sering berkata
Lentur buluh dari rebungnya
Baik diajar baik bawaannya
Ibu bapa tumpang bahagia

Bila mati meninggalkan nama
Kisah yang baik dambaan semua
Murni pelaburan ayah bonda
Anak-anak sama gembira

Tidak mengapa tidak berjasa
Namun jangan memporak peranda
Jangan bertindak melulu belaka
Bangsa dan agama disebut juga

Ligat sungguh pusingnya gasing
Lihat siapa pelontarnya
Jangan fikir konon asing-asing
Kelak akibatnya berkongsi sama

Masuk hutan memerangkap landak
Rezeki dapat landak betina
Bagaimana boleh dikatakan tidak
Walau sedikit terpalit juga

Jangan dipersoal mengapa menjaga
Memang wajar dijaga semuanya
Tiada istilah aku kau mereka
Tersalur juga dosa dan pahala

#sama-sama mencari redha Allah SWT

13 February 2019

Bila Tergesa-gesa..Adoi

7:47 AM 8
BILA TERGESA-GESA..ADOI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA TERGESA-GESA..ADOI |Ada masa kita boleh jadi sangat tenang.Santai lain macam.Nak dapat agak susah suasana macam tu.Ada masa lain macam pula tergesa-gesanya.Adoi.Peluh berjurai-jurai dibuatnya.

Tergesa-gesa?..Apakah?

Definisi : bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-cepat.(Rujukan)

Terlupa banyak perkara.Tidak dinafikan,bila tergesa-gesa menjadi salah satu punca kita terlupa  banyak perkara walaupun sebenarnya sedari awal telah disenarai atau diingat dengan sebaik mungkin.Boleh jadi blank serta merta dibuatnya.Kalau terlupa pada perkara atau keperluan yang tidak begitu penting tidak mengapa andai sebaliknya.Allahu.Boleh jadi gaduh. 

Bila Tergesa-gesa..Adoi

Berbahaya pada keselamatan.Sangat!.Terutama ketika mahu keluar rumah tergesa-gesa.Apatah lagi untuk tempoh waktu yang agak lama dan panjang.Tergesa-gesa boleh jadi buat kita lupa untuk memeriksa suis elektrik..atau off suis barang elektrik dan yang berkaitan.Itu belum lagi jari dan tangan tersepit dipintu..huhuhu*ada pengalaman nih..aduh*.Tidak mustahil juga rasa macam dah kunci pintu..kunci disimpan rupanya pintu tidak berkunci.lebih-lebih lagi bila yang menunggu dah memanggil-manggil.Dah awal-awal panaskan enjin kenderaan.Jangan marah kalau dapat jelingan dan bebelan padu.

Melambatkan pergerakkan dan tindakkan.Tergesa-gesa biasanya sebab nak cepat.Nak cepat sampai.Nak cepat siap.Nak cepat rehat.Pokoknya nak cepatlah.Namun sayangnya,silap tingkah atau tindak,yang awalnya nak cepat boleh berlaku dan menjadi sebaliknya.Melambatkan pergerakkan dan tindakkan.Tergesa-gesa boleh menjadi salah satu punca kemalangan hingga menyebabkan gangguan lalu lintas.Bila tergesa-gesa boleh juga menyebabkan kita berpatah balik ke rumah mengambil barang yang tertinggal.Merumitkan situasi.

Memacu kemarahan.Bila kita tergesa-gesa..orang marah pada kita.Bila kita lihat orang lain pula yang tergesa-gesa,,eh kita pun rasa marah pada orang lain.Macam itulah sifirnya.Ada yang tergesa-gesa tapi tetap menjaga.Ada pula yang tergesa-gesa tapi dibantai ikut suka.Ada bezakan.

PC terus terang tidak begitu selesa dengan situasi tergesa-gesa kerana lazimnya mewah dengan aura yang negatif.Buat apa pun hujungnya jadi serba tidak kena.Gembira itu tidak sampai pada skalanya.Namun begitu,PC juga tidak menafi adakala terjerat juga dengan situasi tergesa-gesa..Bila?..antaranya,bila teringat sesuatu yang perlu dilakukan.Bila dengar hal kecemasan.Bila ada keluarga serta saudara mara atau kawan-kawan nak datang rumah maklumkan last minit.Allahu.Lain macam jadinya.

Tergesa-gesa ni luar jangka.Kita tak tahu bila waktunya.Seringkali berlaku secara spontan.Untuk sentiasa siaga atau bersiap sedia agak mustahil kerana kita manusia ada ritma mood berbeza-beza.Tidak seperti alarm yang set begitu..begitulah bunyi dan masanya.Apa yang boleh cuba dilakukan adalah,usaha tenangkan diri. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT

12 February 2019

Minimumkan Masalah

8:27 AM 4
Minimumkan Masalah
MINIMUMKAN MASALAH
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MINIMUMKAN MASALAH | Bukan kehidupan kalau tidak ada masalahkan.Justeru terus jalani kehidupan ini dengan s-a-b-a-r.Bukan sahaja kita manusia saban hari menghadapi dan perlu menyelesaikan pebagai masalah..makhluk Allah SWT yang lain juga ada masalah tersendiri..haiwan,tumbuh-tumbuhan juga ada masalah,cuma kita yang tidak memahami dan tidak tahu cara bagaimana mereka menyelesaikannya.Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui dan memahami bahasa bicara makhluk-makhluk ciptaanNYA.

Meminimumkan masalah in sha Allah boleh diusahakan.Sesiapa pun mampu lakukan sebaik-baiknya.

''Perlu'' lakukan,''tidak perlu'' elakkan.Paling mudah sebenarnya.Satu perkara yang perlu itu lakukanlah..kalau satu perkara itu tidak perlu dilakukan maka tinggalkan atau elakkan terutama pada perkara yang mempunyai risiko berat dan besar.Mahu mencuba TIADA salahnya kerana percubaan demi percubaan pun ada yang perlu dan ada juga yang langsung TIDAK perlu.

Dengar arahan.Seandainya mempunyai ketua atau majikan..dengarlah arahan daripada mereka.Seandainya di awasi oleh mentor atau sesiapa sahaja yang diberi kepercayaan..dengar jugalah bimbingan mereka.Apa yang paling penting,,SIAPA pun kita..dengarlah dan ikutlah apa yang Allah SWT perintahkan.

Buat rujukkan atau rajin bertanya.Carilah guru yang tepat dan buatlah rujukan pada sumber yang sahih.Walaupun zaman ini sangat mudah dan pantas untuk mendapatkan sumber maklumat..tiada salahnya kalau tetap bertanya kerana tidak semua yang dikongsi di media sosial itu adalah benar dan tepat semuanya.

Perancangan dan perbincangan.Sebelum melangkah lebih jauh ke kelompok masyarakat,daerah seterusnya negeri dan negara..mulakan dahulu daripada rumah..keluarga.Perancangan dan perbincangan.Buat sedayanyalah.Lebihnya itu urusan Allah SWT.Kesepakatan itu sangat penting.Ibarat benteng.Kukuh maka selamatlah.Matlamat yang jelas jika didukung dengan tumpuan yang baik,in sha Allah masalah dapat diminimumkan.

Kawal diri.Jangan terlalu ghairah untuk berkongsi itu dan ini.Jangan tersangat mudah viralkan sesuatu yang belum dan tidak pasti.Boleh jadi tindakan kecil kita itu memberi impak besar kepada orang lain.Kalau ianya satu hal yang baik..tidak mengapa..tetapi jika sebaliknya..Allahu..boleh bayangkan apa yang bakal terjadi?..justeru itu kawal diri.Jaga mulut.Jaga jari-jemari.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

11 February 2019

Imbangi

9:06 AM 16
IMBANGI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

IMBANGI |Mahu seimbangkan hal-hal tertentu itu sukar.Apalah PC ni kan..asyik-asyik sukar..nanti susah pulak.Bagi PC selagi hidup kita manusia sentiasa dihidangkan dengan kesukaran dan rasa susah kerana kesenangan..kemudahan..keselesaan sebenar cuma di syurga Allah SWT.Bila manusia berasa sukar,susah atau kepayahan itu bererti ada usaha dan sedang berikhtiar menghadapi dan menerima dugaan*maaf ya kalau mungkin ada yang tidak bersetuju dengan PC*

Macam berat dengarnya.Macam susah juga mahu direalisasikan.Antara banyak point,dua point yang PC rasa berat mahu diimbangi adalah antara meterial dan spiritual.Ianya sangat dekat dengan kehidupan manusia seharian.Menjadi isu juga baik yang tersurat mahupun yang tersirat hingga kadangkala jadi berselirat.

Sebelum itu;

Material/Materialistik
Definisi : (matérialistik) berkaitan dgn ke­bendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan.(Rujukan)

Spiritual/Spiritualistik
Definisi : berkaitan dgn atau bersifat rohani atau jiwa (bukan bersifat fizikal), rohaniah.(Rujukan)

Menjadi satu kesalahankah andai manusia itu ada sifat materialistik?

Tidak andai apa yang dimahukan itu tergolong dalam keperluan.Seandainya berkemampuan ditingkatkan kepada kehendak untuk mendapat satu keadaan yang lebih baik sedikit sebagaimana selayaknya.Asalkan sahaja tidak membebankan diri dan membebani orang lain.

Adakah spiritualistik ini mampu membendung rasa kecintaan pada material?

Ya sekiranya diperhalusi dan dihayati sebaik-baiknya.Tidak mustahil seseorang itu sentiasa qanaah (berasa cukup) dan zuhud (tidak dikuasai kemewahan dan keseronokkan duniawi) dalam kehidupannya.Material itu bukan apa-apa dan tidak penting kerana sering ingat akan kematian.

Tengah-tengah antara materialistik dan spiritualistik adalah wasatiah (kesederhanaan).

imbangi
GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

10 February 2019

Pada Titik Tertentu

9:19 AM 11
PADA TITIK TERTENTU
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PADA TITIK TERTENTU | Kudrat manusia tidak seberapa.Sampai pada titik tertentu tidak mustahil manusia keletihan dan mencari suatu yang dirasakan "owhh inilah yang aku mahu dan cari selama ini".

Bukan sesiapa kita tanpa bantuan DIA.Segenap sudut manusia perlukan DIA.Solatlah walau tidak cukup.Solatlah walau tergesa-gesa.Solatlah walau berulang surah yang sama.Solatlah walau fokusnya tidak sepenuhnya pada DIA.Solatlah.Nanti lama-lama DIA hantar rasa yang luar biasa.rasa sayang tinggal sewaktu dua.Rasa gelisah kerana tergesa-gesa.Rasa sedih mengapa tiang tidak sempurna.In sha Allah.Allah SWT sangat baik.Maka manusia pun mesti berbuat baik juga.

Doa minta semua.Minta.Minta.Minta dengan lengkapnya.Kalau kita temui apa yang dimahu dan dicari selama ini,biar ianya lebih mendekat dan membaik.Ada masa doa itu mesti dirayu khusus.Ada detiknya cukup diungkapkan secara umum.tanya diri..Hajatnya apa.Tengok cerita korea boleh nangis.Tengok cerita hindustan boleh nangis.Waktu berdoa pun nangis.

PC juga manusia.Pada titik tertentu rebah tersungkur juga.Ada detiknya.Ada harinya.Sempurna tidak mungkin.Bertatih bangkit perbaiki diri itu ya.

Berpura-pura bodoh itu lebih baik
daripada
Memandai-mandai menjadi bijak


Jangan murah hati sangat sedekah pahala
sebaliknya
Sama-sama mengumpul pahala dan jaga


Tidak mengapa lebih banyak berdiam diri
kerana
Berbahaya memakan darah dan daging saudara sendiri 

pada titik tertentu
GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT


09 February 2019

Impaknya Besar

8:37 AM 9
IMPAKNYA BESAR
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


IMPAKNYA BESAR | Sabar.Sabar.Sabar.Bosan?.Sampai bila harus sabar.Macam tak berkesan.Macam ntah apa-apa.Balik-balik suruh sabar lagi.Dan lagi.Biasakan macam ni.Bila disuruh sabar rasa macam kebas telinga yang mendengar.Kaku hati yang menerima.

Hakikatnya;

Tapi,tahu tak..sabar itu impaknya besar.Ada syaratnya dalam bersabar.Bukan sabar kosong.Bukan juga sabar biasa-biasa tapi..

STAND berdiri  dengan rasa syukur kerana masih berpeluang lakukan banyak hal.Maka mulakan.

ACHIEVE mencapai  bersungguh-sungguh.Tidak perlu heboh namun jangan bertangguh.

BRAVE berani  untuk tarbiah diri.Didik akal dan hati lebih menunduk.

ALWAYS sentiasa sabar dengan dugaanNya moga itu menjadi jalan kita ke syurgaNya.

RESPECT hormat ibu bapa,Allah SWT,agama dan setiap nikmat yang dipinjamkan.


Impaknya Besar
GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT

08 February 2019

Ada Pantang Larangnya

8:37 AM 15
ADA PANTANG LARANGNYA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

ADA PANTANG LARANGNYA | Pantang larang?.Mesti terus terfikir itu tak boleh ini tak boleh.Ada yang mesti ditahan sangat-sangat walau sangat-sangat juga ingin dilakukan.Langgar pantang tanggung akibat.Biasanya pantang-pantang tersangatlah sinonim dengan wanita mula hamil hinggalah setelah melahirkan.

Berpantang ni pilihan.Ada yang suka dan boleh terima.Ada juga yang tidak berkenan dan tolak mentah-mentah tanpa pertimbangan.Ada juga yang menggabungkan antara tradisional dan moden.Masing-masing.Mana yang baik dan ikut penerimaan tubuh masing-masing.

Ada Pantang Larangnya
Image by Google

Apa yang mesti diambil kira adalah..apa pun anggapan atau penerimaan kita pada sesuatu perkara itu..bertindak dengan sopan dan berbicaralah dengan menggunakan sehabis baik bahasanya ya.Jangan kerana tidak sehaluan pola pemikiran atau pendapat..hingga menimbulkan kemarahan atau merendah-rendahkan.

Sebenarnyakan,ada pantang larangnya juga yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita bersama orang sekeliling.Pantang larang yang kesan baiknya untuk masa hadapan dan mencerminkan keperibadian seseorang.

IBU BAPA.Ibu bapa bukan sahaja menafkahi ahli keluarganya.Bukan juga sahaja suap makanan yang berkuliti,halal dan seci ke mulut anak-anaknya..tetapi mesti juga jaga perkataan ketika mahu memarahi,menegur atau menasihati anak-anak.Kerana ianya adalah satu doa.
Satu masa,bila dah ada anak,,nak marah anak boleh tapi jaga-jaga mulut tu jangan suka terlajak cakap.Jangan sebut perkataan ntah apa-apa lebih-lebih perkataan yang kesat.Nanti menyesal sendiri. -Mama💟Babah-
ADIK-BERADIK.Adik beradik ni anugerah Allah SWT beri.Ada yang sependapat.Itu nikmat.Menjadi ujian bila adik beradik seperti bukan adik beradik.Namun jagalah hubungan KEKELUARGAAN sebaik-baiknya.Mahu warna warnikan ukhuwah adakala bergurau seperti KAWAN/SAHABAT.Apa paling penting jangan jatuhkan satu sama lain.

SUAMI ISTERI.Bercerita memang seronok.Nak bercerita pun mesti bertapis jangan macam basikal lajak.Laju.Meluru tapi menyalahi.Berbahaya.Bahagia jangan dipamer sangat.Kerana ada sihir pemisah.Tidak bahagia pun jangan digembar gembur itu memberi peluang keretakkan menjadi lebih luas.Suami isteri,tolong jaga aib satu sama lain.

BLOGGER.Susah tak nak menapak jadi blogger..bergantung pada individu.Ada yang ambil jalan pintas yang betul.Ada juga yang ambil jalan pintas yang salah.Ada jalan yang panjang,lama dan berliku.Suatu yang pasti..kongsikan kerana ianya boleh menjadi pahala buat blogger.Dan jangan menjadi medium pada satu yang tidak sahih takut-takut menjerat diri sendiri.

Bila Allah SWT menetapkan hukum.. pasti itu yang terbaik untuk kesejahteraan umat.Mengapa itu dilarang. Kenapa ini dibenarkan.. Ya.. ada hadiah disebalik semua itu. Salam Jumaat semua. 

#sama-sama mencari redha Allah SWT

07 February 2019

Semeja

7:55 AM 4
Semeja
SEMEJA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Dulu bermotor sekarang berkereta
Begitulah beredar zaman dan masa
Duduklah semeja dengan gembira
Kita bercerita apa adanya

Aku kau kita semeja
Sama-sama mengeja sama-sama membaca
Jangan dinilai sokongan di mana
Dipandangan Tuhan hati lebih utama

Manis sungguh air kelapa muda
Lebih enak dicampur gula melaka
Bercanggah fikiran lumrah manusia
Ukhuwah yang dijalin lebih berharga

Beza budaya beza agama
Bukan alasan tidak setara
Baik buruk ada acuannya
Perlu bijak pilih yang mana

Atok-atok duduk semeja
Sambil minum sambil bercerita
Meluah rasa menyimpul kata
Banyak tersirat daripada tersuratnya

Cari sepakat duduk semeja
Seia sekata besar impaknya
Damai itu daripada jiwa
Menyejukkan suasana sedang membara

#sama-sama mencari redha Allah SWT

06 February 2019

Bukan Tanpa Alasan

9:59 AM 11
BUKAN TANPA ALASAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BUKAN TANPA ALASAN |  Sebelum-sebelum ini Google menghantar email pemberitahuan.Semua yang berkaitan G+ bakal dimansuhkan.Sebabnya G+ kurang diaplikasikan oleh pengguna.Dan tentunya yang hampir dengan G+ adalah seorang blogger.PC akui,PC sendiri sangat minimun menggunakan G+ sepanjang mempunyai blog.

Namun begitu..gadjet G+ follower sentiasa PC terapkan di dalam Perdu Cinta.Bagi PC ianya merupakan pilihan saluran kepada sahabat-sahabat yang mahu mengikuti perkembangan blog blogger lain.Pilihlah dari mana yang dirasakan selesa dan mudah.

Dan akhirnya..setelah alasan atau sebab diberikan..
BUKAN TANPA ALASAN

G+ dimansuhkan secara rasmi.Tidak terpapar di sidebar  serta merta.Walau telah dimaklumkan..terpinga-pinga jugalah PC ni.Berulang kali scroll tapi itulah hakikat.Bukan tanpa alasan.Moga-moga akaun blogger.com atau blogspot.com tidak juga dimansuhkan kecuali yang memiliki domain berbayar.Allahu.Ada juga rasa bimbang ke arah itu..ianya tidak mustahil berlaku andai lebih ramai blogger yang memilih memiliki domain sendiri.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

05 February 2019

Alahai Buah Bidara

8:19 AM 20
ALAHAI BUAH BIDARA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


ALAHAI BUAH BIDARA | Bukan satu yang aneh..asal ada suatu yang baru,atau baru ditemui pastinya menjadi viral di mana-mana.Tidak terkecuali si buah kecil molek berwarna hijau ini satu ketika dahulu..Buah Bidara.Dulu PC panggil bukan buah bidara tapi adik epal hijau.Hihihi.Kalau daunnya memang popular kerana sering digunakan untuk memandikan jenazah.Dan sekarang semakin banyak gel mandian berasaskan pokok renek malar hijau yang berduri ini di pasaran.
BUAH BIDARA |
Buah Bidara

Mungkin orang lain dah puas atau jemu makan buah bidara.Perdu Cinta baru pertama kali mencuba dan merasa.Pastinya berasa gembira.Hihi.Boleh gitu.Sedap.Rangup.Bijinya kecil seperti biji buah kana.Alahai Buah Bidara.Sekali makan terus suka.

Mungkin ada yang suka Buah Bidara.Mungkin juga tidak menggemari rasanya.Masing-masingkan.Banyak khasiat Buah Bidara ni.Bukan saja-saja comel molek.Namun ianya juga mengandungi;

🎀Karbohidrat (gula,serat diet)  🎀Lemak  🎀Protein  🎀Air  🎀Tiamina vitamin B1🎀Reboflavin vitamin B2  🎀Niasin vitamin B3  🎀Kalsium   🎀Besi  🎀Fosforus Rujukkan Khasiat

Apa pun yang kita suapkan ke dalam mulut selain mesti halal dan suci..sebolehnya tetap besederhana.Itulah yang sebaik-baiknya.Moga apa yang menjadi darah daging kita satu masa bangkit menjadi saksi yang membawa ke syurgaNYA dan bukan menjadi makanan atau bahan bakaran api neraka.Aamiin,

#sama-sama mencari redha Allah SWT

04 February 2019

Untuk Bersamakan..Maka Sama-samalah

8:00 AM 13
UNTUK BERSAMAKAN..MAKA SAMA-SAMALAH
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

UNTUK BERSAMAKAN..MAKA SAMA-SAMALAH |Cuti perayaan sering dinanti-nanti bukan sahaja oleh anak-anak malahan ibu bapa juga.Waktu inilah untuk luangkan masa lebih sedikit bersama keluarga.Sama ada hanya lepak santai di rumah atau memilih pulang ke kampung halaman terindah.Ada yang telah bergerak pulang ke kampung.Ada juga yang masih bekerja.Esok sambutan Tahun Baru Cina.Ada yang memilih becuti awal agar dapat pulang awal.Ada juga yang mimilih cuti lewat sedikit dengan harapan kesesakkan lalu lintas sudah reda.Menjadi kenyataankah?..Atau berhuhuhuhuhuhu sepanjang jalan.

Untuk bersamakan..maka sama-samalah.Keselamatan menjadi keutamaan.Lebuhraya.Jalanraya.Di mana atau ke mana pun laluan atau kemudahan yang disediakan semuanya untuk kegunaan bersama justeru itu manfaatkanlah bersama-sama.Sama-sama guna,sama-sama jaga sebaiknya.

Untuk Bersamakan..Maka Sama-samalah
GOOGLE IMAGE

Bila mana bukan milik sendiri maka buat apa sepatutnya.Semua orang mahukan kemudahan.Mahu lancar hingga tiba ke destinasi.Jangan berasakan seperti harta sendiri.Bahaya.Mohon berhemah.Mohon juga berbudi bahasa.Sama-sama menghargai dan menghormatilah.

Apa pun boleh terjadi hanya sekelip mata.Betul.Tapi,berusaha berjaga-jaga atau berhati-hati itu juga tiada salahnya.Tidak menjadi rugi yang berat dan besar pun.

#sama-sama mencari redha Allah SWT  

03 February 2019

Rezeki Ber"segmen"

9:51 AM 19
REZEKI BER"SEGMEN"
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

REZEKI BER"SEGMEN" | Hujung-hujung menyertai SEGMEN anjuran Blogger CIKGU ABAMKIE alhamdulillah.menjadi peserta terakir rupanya Perdu Cinta.Allahu.Rezeki pertama dalam berblog di tahun 2019.

Rezeki Ber"segmen"

Terima kasih Blogger Cikgu Abamkie rajin anjurkan segmen yang mudah syaratnya dan sentiasa berkongsi rezeki.

Tahniah kepada semua sahabat yang berjaya menjadi pemenang dan terpilih.

Syabas kepada semua yang menyertai segmen juga.Sebenarnya kejayaan itu rahsia dan luar biasa.Menyokong itu juga satu kejayaan sebenarnya.Sabar dan redha itu juga pun kejayaan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


02 February 2019

Tak Cakap Pun Boleh Tahu

9:32 AM 9
TAK CAKAP PUN BOLEH TAHU
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


TAK CAKAP PUN BOLEH TAHU | Mahu mendapatkan maklumat sekarang ini sangat mudah.Cuma perlu rajin mencari sahaja.Hujung jari sangat.Namun begitu melalui cara lisan pun tidak kalah pantasnya tersebar segala ceritera.Semua ada.Asal pandai tapis.In sha Allah selamat dunia akhirat.Aamiin.

Biarpun teknologi menguasai..namun komunikasi secara lisan dua hala bagi PC sentiasa dan sangat penting.Lebih telus.Potensi tokok tambah itu setara baik penyampaian di sosmed mahupun lisan secara langsung melainkan membaca teks yang terkawal dan telah didraf sedari awal.

Ada orang bercakap itu hobinya.Ada orang bila perlu baru bercakap.Ada orang nak dengar sepatah perkataan pun susah.Ada orang tunggu jumpa "geng" baru panas enjin.macam-macam sangat telatah manusia.

Namun begitu ada sesetengah hal..tak cakap pun boleh tahu.Sedih.Marah.Runsing.Gembira.Setiap perubahan yang diakukan..yang dirasai dan yang berlaku boleh dikesan sebahagiannya.Mata itu jendela jiwa.Sedang tingkah itu pintu-pintu warna minda.


TAK CAKAP PUN BOLEH TAHU
GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT

01 February 2019

Melangkah Lagi

8:03 AM 15
MELANGKAH LAGI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


MELANGKAH LAGI | Jumaat pertama di hari pertama dalam  bulan Februari.SubhanaAllah.Dah masuk bulan Februari kita.Moga lebih barakah lantaran pembukaannya jatuh pada hari Jumaat indah.Alhamdulillah.


MELANGKAH LAGI

Tiga puluh satu hari menjadi sejarah dan kenang-kenangan.Apa pun corak dan warnanya..bagaimana juga rasa,rencah dan ragamnya..teruskan bersyukur dan gandakan ikhtiar.

Hari ini hitungan hari yang baru.Alhamdulillah kita melangkah lagi.Mahu tidak mahu kita mesti melangkah demi DIA.Untuk kelangsungan hidup.Untuk menjadi hamba atau manusia yang lebih baik dan berterusan dalam kehidupan.

Hidup dengan lebih positif.Lebih mendekati dan lebih memahami.Sentiasa dengan kerendahan hati.Sentiasa juga menyejukkan sanubari.Andai hari ini kita masih mampu bernafas..itu bererti Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kita.Tidak kisahlah bagaimana..cari jalan meraih pandangan DIA.

Melangkahlah dengan redha ibu bapa.Moga setiap langkah kita ringan juga dengan redha DIA.Untuk memutar waktu ia tidak mungkin kan berlaku.Mengenang itu satu-satunya cara kita menikmati apa yang telah berlalu.Justeru itu..cuba lalui dan nikmati kehidupan yang entah berbaki barapa banyak dan lama ini dengan sebaik-baiknya.

Salam Jumaat dilangkah pertama Februari.Selawat dan salam juga untukmu Ya Rasulullah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT