Sungguh-sungguhlah Mendayung

SUNGGUH-SUNGGUHLAH MENDAYUNG
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Tingkatkan ibadah eratkan ukhuwah
Banyak cara boleh berdakwah
Bukan namanya kehidupan semuanya mudah
Tidak mengapalah mula-mula bersusah-susah

Kanan kiri hutan belukar
Berpandukan sungai cari jalan keluar
Bila sedar ikhtiar itu sukar
Barulah sedikit demi sedikit manusia mula sedar 

Tidak dapat banyak cukup sedikit
Sudah memberi janganlah diungkit
Berkali jatuh segeralah bangkit
Usah biar diri terkulai tersepit


SUNGGUH-SUNGGUHLAH MENDAYUNG

Cuti sekolah sudah pun tamat
Sudah sembuh juga siapa yang bersunat
Biar tubuh dibasahi keringat
Jangan berundur tegar bersemangat

Memanah lompat tinggi dan rejam lembing
Kuat merejam laju melayang
Jangan leka bersungguhlah mendayung
Lega bernafas bila tiba di tebing

Hujan panas sentiasa berpayung
Payung hadiah daripada Bandung
Sungguh-sungguhlah mendayung
Akhirnya nanti diri yang beruntung

#sama-sama mencari redha Allah SWT







9 comments:

  1. Akak pandai buat pantun nasihat! .. yana baca pun ewah ewah berlenggok pantun

    ReplyDelete
  2. pantunnya dekat dengan kehidupan kita :) tq kak PC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatan untuk diri sendiri kak PC juga ni Fatin😊

      Delete
  3. Replies
    1. Sikit-sikit..moga nasihat ni ke diri sendiri juga..😊

      Delete
  4. Best baca kiasan nasihat..terima kasih

    ReplyDelete
  5. Redha Allah yg paling utama agar hidup Kita bahagia dunia akhirat

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..