Sebelum Sangkakala Ditiup

SEBELUM SANGKAKALA DITIUP
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Taat.
Menanti.
Menggalas tugas.
Bila-bila masa.
Pasti detiknya sampai juga.
Itulah Malaikat Israfil.
Penjaga Sangkakala.



Hal ini berlandaskan Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah setelah selesai menciptakan langit dan bumi, Dia menciptakan sangkakala, lalu diberikan di mulut Israfil, maka Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya dan pandangan matanya ke arah Arasy menunggu bila diperintahkan (meniup sangkakala)." Aku (Abu Hurairah) berkata; "Wahai Rasulullah apakah sangkakala itu?, Baginda menjawab "Tanduk", aku bertanya lagi Bagaimanakah bentuknya?, Baginda menjawab "Sangat besar". Lalu baginda melanjutkan sabdanya: "Demi zat (Allah) yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya garis tengah sangkakala itu seluas langit dan bumi, yang akan ditiup dengan 3 kali tiupan. Yang pertama tiupan mengejutkan, yang kedua tiupan mematikan dan yang ketiga, tiupan kebangkitan untuk menghadap Tuhan semesta alam."
RUJUKAN



Kita manusia bagaimana.
Telah banyak yang dibocorkan.
Pelbagai cara penyampaiannya.
Baca.
Dengar.
Lihat.
Contoh merata-rata.
Akibat sini sana.


Tahu.
Ada dosa.
Ada pahala.
Ada neraka.
Ada syurga.
Tahu.
Pasti yang hidup bakal mati.


Sebelum sangkakala ditiup.
Lari sekuatnya dari kancah dosa.
Kejar sekuatnya ke arah gudang pahala.
Moga meraih kasih sayang DIA.


Entah bila.
Namun isyaratnya sudah ada.
Entah bila.
Namun getarnya sudah terasa.
Entah bila.
Namun banyak yang sudah binasa.
Sebenarnya.
Hanya tunggu masa.


Sebelum sangkakala ditiup.
Ketuklah pintu-pintu taubat.
Di banyak persimpangan.
Carilah satu yang lurus.

Sebelum Sangkakala Ditiup

#sama-sama mencari redha Allah SWT





6 comments:

  1. Semoga kita sentiasa diberi waktu dan dibuka pintu hati untuk bertaubat sementara sempat. :)

    ReplyDelete
  2. semoga kita semuaaaa semuaaaa sentiasa dilindungi.
    sedar dan cepat2 berubah. peringatan untuk CT jugak yang lalai sentiasa ni T.T

    ReplyDelete
  3. Takutnya mengenangkan Hari itu pasti akan tiba

    ReplyDelete
  4. Allohumma inna nas aluka taubatan qoblal maut... warohmatan indal maut.. wa maghfiratan ba'dal maut... Allohumma hawwin 'alaina fi sakaratul maut

    ReplyDelete
  5. smoga kita smua dlm lindunganNYA. amin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..