09 January 2019

Nampak Besar..Sebenarnya Kecil

NAMPAK BESAR..SEBENARNYA KECIL
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


NAMPAK BESAR..SEBENARNYA KECIL | Di dalam gambar dan di penglihatan berhadapan ada bezanya.Di kaca televisyen dan di penampakkan langsung juga lain ukurannya.Apa-apa pun..saiz..bentuk..warna dan kualiti sesuatu itu tidak banyak ada juga sedikit bezanya.

Sama juga kaedahnya satu hal yang kita dengar dengan yang kita lihat sendiri terus depan mata.Ada kelainannya juga.Apa-apa pun mesti lebih prihatin..lebih teliti mengkaji dan memerhati satu per satu.Baik hal yang kecil apatah lagi hal yang besar.

Nampak besar..sebenarnya kecil.

Berbalik pada diri.Persepsi orang satu dengan yang lain tak sama.Pandangan yang diberi ikut buah fikiran dan naluri masing-masing.Ada yang anggap satu hal itu nampak besar..sebenarnya kecil maka dipermudahkan.Namun bagi yang gemar memberatkan..satu yang nampak besar..sebenarnya kecil itu..tetap dijadikan debat dan bebanan.

NAMPAK BESAR..SEBENARNYA KECIL
Sesekali menjala atas dapur.Sesekali ubah menu.Hal yang jarang kita lakukan kekok di awalnya..bila sudah mendapat rentak seronok dirasakan..begitu jugalah dalam menjalani kehidupan.

Kalau sebelum ini PC termakan hasutan nak tinggi kena makan kacang panjang banyak-banyak DI SINI..ada lagi sebenarnya yang PC termakan hasutan dia malahan banyak kali..tapi kali ini PC tak nak makan langsung..kisah roti jala kerana abang sepupu PC yang sama kes kacang panjang tu cakap..roti jala tu sebenarnya jala ikan dicelup tepung.Bila mama beli roti jala kat pasar malam atau tempah untuk majlis..sungguh taubat PC tak sentuh.Sampai akhirnya mama buat roti jala tu depan mata PC..barulah PC percaya dan makan sampai sekarang.

Nampak besar sebab ada kes tipu daya di situ kerana sebenarnya abang sepupu PC tu nak makan sendiri tak nak kongsi..sebenarnya kecil kalau PC dah faham masa tu..bahawa PC kena kelentong.Cuba kelentong sekarang...kita tengok apa jadi..hihihihi..mahu seminggu tak keluar rumah bertelur kat dahi.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

12 comments:

  1. haha..zaman budak2 dulu mmg senang nak kena tipu kan..besar sungguh kesalahan abg sepupu PC tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...sampai sekarang pun kak dia gitu..walau masing-masing dah kawin...cuma sekarang PC dah boleh menjawab..kikikiki..

      Delete
  2. Jala ikan ye. Hehe. Ada ada je idea abg sepupu PC tu. Sedapnya makan roti jalan dengan serawa durian PC oi. Nikmat rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah apa2 dia..sampai sekarang tak berubah.Suka gitu perangainya..kan kak..tapi ni PC makan dengan kari.

      Delete
  3. Replies
    1. Dah lama tak buat...PC kekok kak PI..serba tak keba jadinya mula2..nak nangis pun ye.

      Delete
  4. wah makan cicah kuah kari...sedap =)

    ReplyDelete
  5. jala ikan celup tepung hahaha.
    macam-macam kenangan zaman budak-budak dulu :)

    ReplyDelete
  6. memang peberet, lagi2 kuh pun sodappp

    ReplyDelete
  7. mmg teringin nk mkn roti jala ni tp tu laa... br pindah byk x kemas lg ;-)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..