Mungkin Belum Mencukupi Lagi

MUNGKIN BELUM MENCUKUPI LAGI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt



MUNGKIN BELUM MENCUKUPI LAGI | Berpuas hati?.Ada manusia mudah berpuas hati.Ada manusia sebaliknya,susah nak berpuas hati.Hal yang orang lain rasa kecil,mudah dan ringkas pun dia anggap besar,sukar dan berat.Ada baik dan buruknya dikedua-dua situasi dan sikap.

Itu manusia.Ada macam-macam reaksi dan potensi untuk melakukan atau bertindak ke atas sesuatu.Tidak dapat disangkal,segigih mana memerah keringat serta membanting tulang..terkadang seperti ada yang tidak kena.Tersangkut dan tergendala tiba-tiba.Sempit dan terputus luar jangka.Fikiran tidak tenang.Hati kurang bahagia.

Di skala mana kita manusia.Hati tidak boleh membohongi.Cubalah,nanti kian berasa resah.Buat itu tidak menjadi.Buat ini menemui kegagalan.Rancang itu kecundang.Atur ini mengecewakan.Serba serbi tidak memuaskan dan hujungnya kecewa sendiri.SubhanaAllah.Allahu.Mungkin belum mencukupi lagi.

Bersungguh dan berlumba memenuhi hajat manusia lazimnya manusia usahakan siang malam.Sedangkan permintaan Tuhan manusia sering abai dan kurangkan*Terbabas juga berlaku pada diri PC*.Jadi tidak hairan mengapa..apa yang manusia ingini atau hajati belum Allah SWT kabuli.

Mungkin belum mencukupi lagi tumpuan manusia pada apa yang DIA ingini dari hambanya.Belum mencapai tahap rasa tanggungjawab manusia menggalas tugas memenuhi suruhannya.Tidak mustahil juga lantaran masih kurangnya manusia menjaga hubungan baik dengan ibu bapa.Pada setiap yang berlaku..gali baik buruknya supaya boleh diri perbaiki.

MUNGKIN BELUM MENCUKUPI LAGI

#sama-sama mencari redha Allah SWT 


5 comments:

  1. APA YANG DILAKUKAN SEKADAR KEMAMPUAN WALAU DIRASAI TIDAK MENCUKUPI KEPERLUANNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak PI..setuju.Sedayanya kita manusia moga Allah terima.Aamiin.

      Delete
  2. Betul semoga kita di rahmatiNya. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Apa pun yg kita lakukan, semoga ia lebih baik dr hari2 sebelumnya dan sama2 memperbaiki diri kita. In shaa Allah :)

    ReplyDelete
  4. Setiap apa yang berlaku, pasti ada rahmat disebaliknya... Kita manusia, hanya mampu untuk berusaha... Namun, Allah yang berkuasa untuk menentukan segala-galanya...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..