Mahu Tidak Mahu

MAHU TIDAK MAHU
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Hari kedua di tahu baru
Terlalu awal melihat hasil
MAHU TIDAK MAHU melangkah ke fasa baru
Moga hujungnya menampakkan hasil

Ada Elsa ada Olaf
Satu ketika menjadi kegilaan
MAHU TIDAK MAHU ubahlah yang khilaf
Amalkan semua yang disyariatkan

Pergi ke kolam bawa baldi
Jalan beriringan dengan Ustaz Ahmad
MAHU TIDAK MAHU ajarkan diri
Kuatkan semangat bulatkan tekad

Lama rasanya tak makan buah ciku
Rindu melihat pohonnya lebat berbuah
Bukan kehidupan tanpa berliku
MAHU TIDAK MAHU dugaan tegar ditempuh 

Pergi ke pasar cari buah mengkudu
Biarpun pahit namun ada khasiatnya
MAHU TIDAK MAHU harus mengaku
Terimalah hakikat kita ini insan biasa

Mahu tidak mahu

#sama-sama mencari redha Allah SWT

9 comments:

  1. Sentiasa bersyukur dengan ikhlas. bersangka baik boleh lapangkan jiwa ~

    ReplyDelete
  2. syukur kerana masih dipinjamkan nafas..

    ReplyDelete
  3. mahu x mahu.. masa tetap berjalan. kitala kena improve dari baik ke lebih baik.. boleh jadi lagu ni..
    ganti nak ke xnak lepak mamak =P hihi gurau pepaaagi..

    ReplyDelete
  4. masa berjalan, nak tanak kena hadapinya. huuu

    ReplyDelete
  5. Bila kita sntiasa ikhlas, kita akan rasa bahagia

    ReplyDelete
  6. Aamiin....terima kasih perkongsian ni ♥

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..