Macam Mana Nak Komen Ni?!??

MACAM MANA NAK KOMEN NI?!??
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


MACAM MANA NAK KOMEN NI ?!?? | Rasa ingin tahu ni susah sangat nak dikawal.Jangan kata budak kecil yang baru nak mengenal dunia je teruja melangkaui had..kadang yang dewasa pun luar biasa tahap nak tahunya.Kadang tak lena tidur dibuatnya.Acah-acah nak meletup dada katanya terlampau nak tahu sangat.Tak salah pun.Nak tahu..ambil tahu untuk lebih tahu..yang baik sebar dan kongsi..yang tidak baik simpan atau buang terus.

Bermula daripada rasa ingin tahu maka pencarian bermula.Ada yang daripada media sosial.Ada daripada bahan rujukkan seperti buku-buku dan sebagainya.Ada lebih segera..jumpa terus dan tanya.Tanya mudah nak jawab itu yang sukar.Bergantung pada jenis soalannya jugalah sebenarnya.Jangan kata selebriti sahaja yang terdedah dengan pelbagai soalan.Orang-orang biasa pun sebenarnya sering juga diajukan pelbagai soalan kerana rasa ingin tahu itu tidak terbatas pada profesyen seorang wartawan bergaji dan bertauliah semata untuk mencari bahan dan cerita.Ada komen boleh diberi secara sepontan.Ada yang perlu difikir dan ditapis terlebih dahulu.hati-hatilah ketika memberi sebarang komen terhada satu-satu isu.

Komen?

Macam Mana Nak Komen Ni?!??


Macam mana nak komen ni?!??

Bukan komen secara lisan sahaja perlu berhati-hati,sebagai seorang blogger pun mesti berhati-hati ketika mahu meninggalkan komen.Hormat-menghomati tidak semestinya ketika berhadapan dan bersua muka sahaja..pada setiap lisan dan tulisan serta perkongsian juga perlu ada unsur saling menghormati.

Bukan aliran.Setiap blogger mempunyai penyampaian konten yang berbeza.Pemilihan niche yang tidak sama ini mampu menyatukan kerana kepelbagaian itu indah dan menambah seri dunia seorang blogger dalam berblog.Kadang nampak seakan sama namun gaya penyampaiannya ada perbezaannya.

Seorang blogger itu banyak watak dan peranannya.Apa yang akan dikomen berdasarkan apa yang dikongsi.Konten apa yang dihuraikan.Masalah timbul bila konten itu asing bagi kita.Maka..timbullah isu macam mana nak komen ni?!??.Untuk PC..ada juga mengalami situasi seperti ini.Solusi yang PC ambil adalah cuba ambil tahu.Cuba suka dan cuba ikuti sedikit demi sedikit kerana tidak merugikan PC kerana ambil tahu dan membantu sahabat blogger juga.Sis cuba.Hihihihi.

Selera manusia tidak sama.Sudahlah tidak sama..mudah berubah-rubah juga sesetengahnya.Namun perbezaan itu tidak semuanya mendatangkan masalah atau kesulitan.Cari titik yang boleh menyambungkan garisan-garisan yang putus itu.Mahu atau tidak lihat bagaimana usaha yang dilakukan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



17 comments:

  1. Hihihi samalah macam situasi saya sekarang, macamana nak komen nie..? hihi.. Apapun betul kata akak, kita kena berhati-hati dalam pelbagai perkara termasuklah kata-kata ataupun nak beri pandangan kita pada sesuatu kerana melalui perkataan saja orang boleh menilai perwatakan kita walaupun tak pernah bersua wajah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...betul.Kadang ambil masa juga nak komen sebab takut silap.Risau tersasar sebenarnya.Merisaukan.

      Delete
  2. Hari tu nak taip komen di entri PC tp bila klik x kuar pun butang komen. Skrg dah ok. Tahniah. Happy new year!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC tak tau nak atasi macam mana.Sebelum ni ada juga yang cakap gitu...kotak komen tak ada.

      Delete
  3. Zumal selalu kena ada mood untuk nak komen dan blogwalking. Hihi 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barulah bersemangat ya nak komen..betul juga tu..mood pun main peranan penting.

      Delete
  4. betul kak takleh main komen je. sebab tu kena baca bebetul , takpe kita raikan komen komen tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..raikan setiap komen..komen tu motivasi untuk blogger..

      Delete
  5. Selalunya kalau review drama r filem, memang tak pandai komen sebab tak pernah tenguk.Biasanya tak komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Pakcik..PC konen mana yang PC tengok je..kalau tak tengok pun tak komen juga.

      Delete
  6. ejulz minta maaf andai ada komen yg menyinggung perasaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah...Ejulz dan semua sahabat blogger berhemah dan berhikmah bila tinggalkan komen..syukur..

      Delete
  7. dah taip banyak, kena baca semula sebelum tekan butang publish, takut tersalah komen, tuan rumah kecik hati. selalu kalau tadak idea, shu akan blogwalking

    ReplyDelete
  8. kdg2 bila blogwalking, rasa nak komen..tp x tau nak komen apa..bila semangat nak komen, ade certain blog byk plak detail nak kene isi sblm komen tu..last2 x jd komen..ekekeke

    ReplyDelete
  9. Apa yang kita komen dan ulas tu ialah cerminan kita.. Tak komen terus dilabel sombong pula kak pc kan, bila komen tu juga harus dengan adab.. Mudahan husniey tak ada menyinggung Blogger dalam meninggalkan komen

    ReplyDelete
  10. smoga apa yg kita komen sntiasa memberi semangat kepada smua blogger lain.. amin..

    ReplyDelete
  11. normally, aida komen bila aida faham.
    bcoz aida ni bila blogwalking, memang bebetul ikhlas utk komen.
    tanda aida hadir.
    tanda aida support.
    bila tak komen, tak faham ler tu :) hi hi hi...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..