Bila Keletihan..Awas!

BILA KELETIHAN..AWAS!
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BILA KELETIHAN..AWAS! | Tidak kira siapa.Berasa letih atau keletihan itu sangat biasa.Selalu.Boleh jadi kerana melakukan banyak kerja..atau juga mungkin berpunca daripada faktor usia.Kadang-kadang terlalu banyak berfikir pun buat tubuh terheret menjadi letih sama.Mulalah menjadi kurang bersemangat.Kesihatan juga boleh terjejas juga.

Terganggu dan menganggu.Bila keletihan..awas!.Emosi menjadi sangat sensitif dan mudah tersentuh serta tersinggung.Spontan tanpa diminta dan direka-reka pun.Secara tidak langsung situasi yang dingin membuat banyak orang tidak selesa.Tempiasnya boleh mengena dan dirasai walau tanpa lisan dua hala.Sebaliknya jika tidak terkawal boleh jadi tidak tentu hala.

Maka;

Ambil dan cari masa yang ada untuk beristirehat sebaik-baiknya.Kualiti rehat itu lebih utama berbanding kuantitinya.Sekiranya ada tugas atau tanggungjawab yang mesti dilunas dengan kadar segera..selesaikanlah dahulu.Jika seorang ibu..mintalah bantuan seketika daripada orang-orang terpecaya untuk menjaga anak-anak.

Hindari diri daripada situasi.Bila tubuh keletihan..secara tidak langsung fikiran dan perasaan turut terjebak keletihan.Justeru hindari diri daripada sebarang situasi terutama yang bising..sibuk atau tegang.Takut-takut tanpa sengaja kita menjadi penyumbang piring melayang..sudip terbang..silap-silap ada yang kena lempang😅.Keletihan menyumbang kepada sikap panas baran yang di luar jangka.

Banyak faktor menyumbang kepada berlaku keletihan pada diri seseorang itu.Apa pun asbabnya..carilah laluan yang betul untuk merehatkan dan mengurangkan atau menghilangkan keletihan yang dirasai.Sekuat mana pun semangat kita untuk melawan keletihan..sampai detiknya tidak mustahil rebah juga kerana kita ini biasa-biasa.Rasa letih itu isyarat pada tubuh agar berehat.

Pada ketika berasa keletihan pun..jangan menyingkirkan Tuhan.Keletihan juga dugaan iman.Ramai orang diuji dengan kesibukkan..sehinggalah mengakibatkan keletihan.Berhati-hatilah.


bila keletihan..awas!
Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT

17 comments:

  1. betul tu kadang2 terasa letih sangat, faktor usia mungkin, banyak berfikir pun ya juga

    ReplyDelete
  2. Om ni bukan badan je yang letak, otak dan hati pun letih jugak

    ReplyDelete
  3. Kena ada balance. Buat kerja berlebihan, terlalu banyak fikir boleh bawa sakit. So betul kata pc. Bagi ruang untuk berehat. Jangan terlalu rush :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita boleh faham tubuh sendiri..bila ok..bila kurang ok.

      Delete
  4. betul tu.. kadang2 mmg letih.. kene pandai2 bahagi masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Tak dapat rehatkan badan lama...sekejap pun ok.

      Delete
  5. bila dh keletihan...rasa nk rehat je tanpa gangguan..walaupun lpr..kdg2 rela tido dr nk mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..setuju..kadang dah letih sangat selera pun kurang.

      Delete
  6. LETIH MINDA N JIWA RAGA JAWABNYA TERKULAI LEMAH...TUBUH DH BAGI SIGNAL KENALH BEREHAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Keletihan menganggu banyak urusan atau aktiviti kan kak.

      Delete
  7. Letih ubatnya perlu rehat kan kak pc, tapi jangan sesekali mengalah dan berputus asa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rehat supaya tubuh kembali segar dan bertenaga..nak beraktiviti pun lebih bersemangat,

      Delete
  8. Betul PC...bila letih berehatlah sekjap. Bila anak mula sekolah barulah saya rasa tidur sekejap pada tengahari sangat-sangat mengembalikan tenaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau sekejap..tapi dah boleh buat tubuh segar sedikit..alhamdulillah.

      Delete
  9. bila letih, sometimes boleh mengundang kemarahan, kan.
    aduhai.
    anak isteri menjadi mangsa :(
    pada aida, usia dah 40-an ni. kurangkan dah aktiviti yg berat tau, PC.
    yg santai-santai ajer lah. lebih beri ruang kpd minda utk fikir yg ringat-ringan :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..