Berada Di Kelompok Dominan..Bagaimanakah?

BERADA DI KELOMPOK DOMINAN..BAGAIMANAKAH?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BERADA DI KELOMPOK DOMINAN..BAGAIMANAKAH? | Berada di kawasan atau suasana di mana orang-orangnya itu  kuat menguasai situasi,topik atau pemikiran adalah satu hal yang sangat mencabar.Silap langkah kita dihentam.Salah lisan kita dibuli.Tidak mustahil dipinggir hinggakan kita rasa terperuk dan muka pun jadi monyok.Huiiii dahsyat penangan geng sekepala ni..ada aura lain macam.Gabungan kekuatan kaedahnya ni.

Berada di kelompok dominan..bagaimanakah?

Minoriti vs majoriti.Minoriti diambil kira daripada seorang atau individulah ya..seterusnya beberapa orang.Manakala majoriti itu tidak usah dibahas lagi.Kalau dilihat pun pastinya yang ramai itu lebih berpotensi untuk menguasai keadaan apa pun.Namun bagi PC biar minoriti..sekiranya ada aura yang baik dan kuat insyaAllah mudah untuk membuat orang lain terima kehadiran kita.

Terima kehadiran dengan fikiran dan hati terbuka.Berada diposisi mana dan apa sekali pun..masing-masing seharusnya terima kehadiran dengan fikiran dan hati terbuka.Puak-puak atau berkumpulan itu perlu tapi jangan diamalkan setiap masa.Pilih kawan itu mesti tapi sisihkan kawan itu jangan.Berkumpulan untuk membangkitkan itu tidak salah tapi kalau buat orang rasa tertindas itu menzalimi..ya,mungkin tidak pada zahir..tapi emosi.

Tonjolkan kekuatan.Bukan tunjuk sixpax.Tak perlu tayang otot dilengan.Bukan itu.Setiap kita ada keistimewaan yang tersendiri Allah beri.Cari dan tunjukkan untuk manfaat bersama.Tapi jangan riak.Nanti orang meluat tak sudah.Ingat,kalau kita mati..tak disebut kebaikkan tidak mengapa..tapi jangan sampai orang canang keburukkan itu paling bahaya.

BERADA DI KELOMPOK DOMINAN..BAGAIMANAKAH? |

Jadi diri sendiri.Buang topeng atau watak sampingan.Jangan ambil kesempatan juga.

#sama-sama mencari redha Allah SWT







13 comments:

  1. Jadi diri sendiri tu betul sangat.. jangan ambil kesempatan mahupun biarkan diri dibuli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju😊.Buat apa sepatutnya namun jangan sampai menyakiti dan disakiti.

      Delete
  2. puak2 yg menindas ni lah yg menyakitkan hati. kalau bukan puak yg buat kesilapan kecil habis kena.. kalau puak sendiri yg buat silap senyap tanpa bicara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lazimnya begitu.Rasanya situasi ini sukar diubah kerana mesti bermula pada diri sendiri...dari individu..tersebar ke kelompok lebih besar.

      Delete
  3. Dalam sistem demokrasi, kita ikut majoriti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Asal yang diikut selaras dengan apa yang disyariatkan.

      Delete
  4. Berada dalam kelompok mana pun kita, jangan sesekali terpengaruh pada sesuatu yg buruk. Bangkit menyebarkan kebaikan tu yg terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Teguhlah pendirian andai pendirian itu sememangnya sudah berada dilandasan yang lurus dan tulus.

      Delete
  5. Berpuak-puak ada di mana-mana, yang penting dan bagus sekali jadilah diri sendiri yang tegas dan yakin dengan prinsip diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Apa yang diyakini betul,teruskan.Moga orang lain dapat pelajari sesuatu daripadanya.

      Delete
  6. jd yang minoriti ni memang best sebab tak pening kepala bila terlalu ramai tapi yang tak suka bila yg majoriti ni cuba nak kuasai yg minoriti...ni lagi tak suka..letih sungguh tapi apapun kena sabar dan berdoa supaya dilindungiNya

    ReplyDelete
  7. Ada yg dikelompok dominan bertujuan utk melakukan kebaikan, ada juga yg mahu kerosakkan. Sekira dominan itu baik, maka baiklah kehidupan ini.. jika sebaliknya, nauzubillah.. semoga kita sentiasa dilindungi dari segala keburukan dan kecelaan... aamiin ya rabb

    ReplyDelete
  8. aida ni adalah introvert.
    most of the time tidak menjadi dominan.
    prefer utk diam dan lebih mendgr. berckp bila perlu.
    mr.asben pun kebetulan jenis begitu.
    menurun pula kat anak-anak, PC hi hi hi hi...
    anak2 aida biasa-biasa je di skola. bukan yg ada jawatan. tapi di kelas yg pertama la.
    sering inform pd anak-anak, jaga adab, jaga perangai, belajar, aktif sukan. jawatan tak penting.
    kita bukan kejar jawatan pun kat skola. tu hanya nilai tambah. kalau dpt, rezeki.

    di ofis, aida antara pakar dlm bidang aida.
    maka, tak perlu ke depan secara menonong. berusaha menjadi dominan.
    atau cuba utk berada dlm kelompok yg dominan.
    aida akan dicari. pendpt aida sentiasa perlu.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..