Akibat

AKIBAT
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Tuai padi antara masak
Penuh gudang beras menyesak
Berhati-hati jika memihak
Silap hitungan diri dicampak

Awal pagi kecoh cari sabut
Tali kasut hingga tercabut
Sesekali ringankan mulut
Solusi melerai situsi serabut

Kerana santan pulut binasa
Pulut kuning enak rasanya
Kerana mulut jasad merana
Berbicaralah sekadarnya sahaja

Anak katak belajar lompat
Lompat-lompat kaki terlipat
Kecil besar tetap berakibat
Tidak di dunia di akhirat mendapat

Guling-guling bergelak sakan
Hilang seketika hati yang rawan
Ingatkan diri hidup bersempadan
Besederhanalah itu yang Islam galakkan

Sorong papan tarik papan
Sekarang hiburan jadi santapan
Berbuat baik jadikan ulangan

Moga diangkat di sisi Tuhan

Akibat

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 comments:

  1. Rangkap pertama pun dah memukau 😍
    Terima kasih kak pc ingatkan

    ReplyDelete
  2. fuh, terbaik pantunnyya...saya cuba juga ya..

    pergi berdagang ke Kelantan,
    sampai masa,pulang ke Melaka,
    sungguh manis rupa orang beriman.
    nampak cantik dan molek belaka.

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat PC.pantun yang penuh dengan nasihat. Semoga menjadi iktibar pada yang membaca hendaknya.

    ReplyDelete
  4. "Berbuat baik jadikan ulangan".. sedap ayat ni kak pc.. setuju..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..