Untuk Semua Belum Tentu Untuk Kita

UNTUK SEMUA BELUM TENTU UNTUK KITA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


UNTUK SEMUA BELUM TENTU UNTUK KITA | 334 hari sudah kita lalui.Berbaki 31 hari sahaja lagi.Di tahun 2018 ini.Akhirnya Disember menjelma.Menjadi bulan penutup masihi setiap tahun.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Untuk Semua Belum Tentu Untuk Kita

Untuk semua belum tentu untuk kita.

Sama rata.Allah beri sama.Tujuh hari seminggu.Dua puluh empat jam sehari semalam.Sama-sama menjadi makhluk menghuni alam milikNYA hingga Malaikat Izrail datang ambil nyawa.Ada yang Allah izin hidup lama dengan usia yang begitu panjang.Ada yang tidak sempat pun celik mata melihat dunia Allah pinjamkan dan ambil semula.Macam-macam.

Nikmat Allah beri.Ujian pun Allah beri.Cuma mungkin kadarnya tidak sama.Apakah dan bagaimana bentuknya berbeza-beza.Untuk semua belum tentu untuk kita.Itulah namanya rezeki.Mungkin tidak kali ini dilain kali barangkali.

Hidup tetap hidup.Hidup untuk menghidupkan itu letaknya pada tanggungjawab.Hidup kemudian mematikan itu izin Allah.Hidup sementara itu di dunia.Kekal hidup selama-lamanya itu di akhirat kelak.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. semoga dipermudahkan segala urusan mu di bulan disember ini PC

    BalasPadam
  2. Salam Disember PC.. salam ceria moga diberkati selalu.. aamiin.

    BalasPadam
  3. salam Disember. semoga segala urusan kita dipermudahkan...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama