04 December 2018

Ulang-ulang Berulang Kali

ULANG-ULANG BERULANG KALI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


ULANG-ULANG BERULANG KALI | 'Jangan ulang-ulang banyak kali boleh tak'.'Bosan la asyik-asyik benda yang sama diulang-ulang'.Ada yang berkeluh kesah berasa bosan dan rimas bila satu-satu perkara itu diingatkan atau dimaklumkan berulang kali.Banyak kali.

Ulang-ulang berulang kali jika di sosial media atau di media cetak mahupun di media elektronik..ianya dipanggil promosi.Secara langsung atau secara tidak langsung.Daripada menyampah jadi suka.Daripada tidak tahu menjadi tahu.Bukan daripada mata sahaja turun ke hati...daripada telinga pun perginya ke hati.Mula-mula meluat..eh terpikat.

Ulang-ulang berulang kali.

ULANG-ULANG BERULANG KALI

Mudah diingat dan dipraktikkan.Atok nenek kita..mak ayah kita..dulu masa kita kecil-kecil..suka ulang-ulang cakapnya.Padahal perkara yang sama.Kadang sampai anak cucu dah boleh hafal dialog apa yang dia orang nak cakapkan.Namun akibat tidak jemu mereka ulang cakap benda yang sama itulah kita boleh ingat sampai sekarang.PC sendiri pun ada yang masih PC praktikkan sampai sekarang apa yang dipesan oleh arwah atok dan nenek PC.Dalam tanpa sedar ianya membuatkan kita berterima kasih kepada mereka sebenarnya.Sentiasa mengingatkan hal yang baik ulang-ulang berulang kali.

Menjadi amaran.Di jalanraya.Mengapa banyak signboard yang sama diletakkan merata-rata.Tidak cukupkah hanya satu signboard sahaja untuk mengingatkan.Itulah psikologinya bagaimana mengingatkan dengan cara sesuatu yang boleh dilihat dan terakam diminda.Telinga yang mahu mendengar.Mata yang mahu melihat harus sentiasa diingat dan memperlihatkan ulang-ulang berulang kali.Jika ada bahaya contohnya..boleh dielakkan.

Elak ulang kesilapan.Mudah lupa..mudah lalai itu sentiasa ada pada kita insan.Tidak dapat lari dari melakukan kesilapan itu lumrah.Baik hal yang kecil mahupun yang besar.Maka mengapa kita dianjurkan untuk sentiasa mencari perkara-petkara baik,dekati dan amalkan berulang kali tanpa jemu.Supaya setiap amalan itu buat kita berfikir banyak kali untuk ulang kesilapan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

6 comments:

  1. Nak faham dan ingat sesuatu memang kena berulang-ulang kali tengok, hafal dan baca. Cuma kesilapan je jangan diulang. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Memang tabiat manusia kena diingatkan selalu.

    ReplyDelete
  3. Manusia ni memang kena ulang2 baru nak faham tapi ada juga yang tak faham2

    ReplyDelete
  4. Betul Tu mama la Salah sorang mangsanya

    ReplyDelete
  5. Betul tu.. Benda yang berulang ini lebih mudah ditangkap dan melekat..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..