07 December 2018

Terus Gilap Kelebihan Dan Kekuatan Yang Ada

TERUS GILAP KELEBIHAN DAN KEKUATAN YANG ADA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


TERUS GILAP KELEBIHAN DAN KEKUATAN YANG ADA | Alhamdulillah,Jumaat ini kita masih di sini.Masih diizin menjadi penghuni alam ini yang mewah dengan nikmat daripada Ilahi.Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad SAW.

Siapa kita dulu.Bagaimana kita hari ini.Apakah yang terjadi masa akan datang.SEMUA dalam buku takdir masing-masing.Baikkah yang sudah berlalu.Burukkah hari ini atau bertambah baik juga bertambah burukkah masa akan datang semua di bawah izin dan kehendak-NYA.Kita berangan-angan.Bercita-cita.Berkehendak.Mengatur itu dan ini seterusnya melakukan sedayanya hamba sahaja.
TERUS GILAP KELEBIHAN DAN KEKUATAN YANG ADA
Go with the flow..tapi bersungguh-sungguh kerana sekecil apa pun usaha atau perjuangan dan langkah hamba-hambaNYA ada harganya daripada PANDANGAN DIA.

Terus gilap kelebihan dan kekuatan yang ada.Allah SWT memberi sesiapa pun kelebihan dan kekuatan yang DIA mahukan.Kita tidak pernah tahu akan hal itu sehinggakan kita sendiri mencuba-cuba.Mungkin kelebihan atau kekuatan itu sudah lama ada cuma tidak diketahui dan digilap seperti mana sewajarnya sahaja.Justeru,cari dan terus gilap kelebihan dan kekuatan yang ada walaupun hal kecil dan sedikit yang dimiliki.

Usaha..selarikan dengan doa..kemudian tutuplah dengan tawakkal.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



13 comments:

  1. dan semangat dan jiwa kental juga perlu ada dalam diri manusia

    ReplyDelete
  2. Semangat untuk berusaha.. Kemudian kenalah berdoa dan bertawakal..
    Yang penting usaha tu ka PC..

    ReplyDelete
  3. follow the flow dgn usaha in shaa Allah dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. kadang terasa juga bila melihat yang lain dah berjaya...kita masih merangkak

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah, semoga Allah permudahkan segalanya buat kita semua. Terima kasih atas perkongsian ini PC. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segala amal dan urusan kita

    ReplyDelete
  7. Usaha..jangan putus asa...gunakan kelebihan yg dimiliki sebaiknya..jgn disalahgunakan pulak.huhu

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..