Termakan Hasutan Itu Bahaya

TERMAKAN HASUTAN ITU BAHAYA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


TERMAKAN HASUTAN ITU BAHAYA | Dulu-dulu nak tahu cerita atau kisah yang berlaku di hujung kampung..kena tunggu sehari dua barulah dapat tahu.Tunggu jiran datang bawa kuih sepiring sembang berejam depan pintu dapur.Tuan rumah sumbang secawan air pembasah tekak.Itu dulu-dulu.Tapi sekarang seminit,yang di luar negara pun boleh tahu berita dan cerita hingga dalam kain (peribadi) orang lain.Jangan salahkan teknologi sepenuhnya..yang mengemudinya kita si pemiliknya.

Mahu dijadikan ladang pahala..atau gudang dosa..ya,kita yang acuankan.Mahu menghidupkan yang baik,atau melumpuhkan yang tidak baik juga terpulang kita memilih.Semua ada tersedia.

Termakan hasutan itu bahaya.

Lebih mudah mengurus hasutan yang terang-terangan atau nyata berbanding mengatasi hasutan secara senyap dan halus.Seperti juga melawan musuh..lebih mudah melawan musuh yang berdiri di hadapan kita..berbanding mahu melawan musuh yang senyap-senyap menikam kita daripada belakang.Zaman ini,tiada yang mustahil..semua Allah SWT izini supaya hamba lebih cerdik menilai kemudian memilih.

Sedari individu,keluarga seterusnya bangsa,agama serta negara sekalipun,andai mula termakan hasutan itu tersangat bahaya.Hasutan itu umpama racun pada kepercayaan.Ianya melumpuhkan kegembiraan,kebahagiaan,kesatuan hati,silaturahim,kerjaya  serta kemajuan.

Ramai yang tersungkur hancur dek termakan hasutan.Banyak juga yang bangkit dan berubah menjadi seseorang yang lebih baik kerana termakan hasutan membina dan yang baik-baik.Alhamdulillah.

Apa pun yang kita terima..hadamlah sebaik-baiknya.Supaya kita terlepas daripada menjadi ejen penyebaran hasutan secara tidak sengaja dan tidak langsung.

TERMAKAN HASUTAN ITU BAHAYA
Kacang panjang + tempe + lobak merah + udang
Musim hujan,jodohkan dengan nasi panas pun dah besar nikmat.
Ini namanya lauk malas,campur semua.

Satu masa dulu PC pernah termakan hasutan.Abang sepupu PC cakap kalau nak cepat tinggi makan kacang panjang banyak-banyak.Maklumlah budak-budak..percaya je..ikutkan je..Padahal mak ayah dia cakap,abang sepupu PC tu tak makan kacang panjang pun.Dia tak suka makan sayur pun.Dah la hasut.Pakej lengkap dengan bohong.Cisss.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


11 comments:

  1. Kak ana pula dulu termakan hasutan kata minum air kacang soya boleh putih. Dah bertahun minum, gelap je kulit. Hehe. Tapi tetap syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la kak..ni pun PC termakan juga...haha..kawan-kawan yang cakap..adoilah..

      Delete
  2. tempe tu sedap sangat PC hehe , kalau hasutan ke arah kebaikan tu Alhamdulillah tapi sekarang ni kita hidup dalam dunia tanpa sempadan.. kekuatan jiwa dan keimanan yang kuat sangat-sangat di perlukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..kalau hasutan kebaikkan termakan pun tak pe..berbaloi..kalau sebaliknya kena bijak tepis..bahaya kan kak..akhir zaman ni..

      Delete
  3. Harap2 kita makan hasutan yang baik2 je. Semoga x tertipu dengan hasutan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..setuju sangat2..moga terhindar dari hasutan yang membinasa..

      Delete
  4. hahaha, part last tu . betul sekarang bahaya cepat sangat. kena selidik bebetul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang abg sepupu tu tak makan sayur pun..lagi2 kacang panjang..hahaha.

      Delete
  5. betul tu pc zaman teknologi 4.0 skang ni mmg mudah terhasut dgn budaya, iman di dada ni tak kuat... huhu.... mak selu pesan gak klu mengandung minum air yg putih2 shj... sbb x percaya mmg x ikut,, nasi n kicap je slu menu utama ms mengandung... mmg anak kakak semua gelap2.... hehehe....

    ReplyDelete
  6. Termakan yang haram pun kita rasa bersalah inikan pula bila termakan hasutan, asyik nampak salah orang pula

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..