Sekeping Gambar

SEKEPING GAMBAR
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Suka sangat makan kuih keria
Kuih keria bersira gula melaka
Gambar mencetuskan bermacam cerita
Orang menterjemah pelbagai gaya

Orang menterjemahkan pelbagai cara
Hingga lupa dosa pahala
Mungkin umpan teruna dara
Berhati-hati jangan terpedaya

Berhati-hati jangan terpedaya
Zaman sekarang banyak angkara
Sekeping gambar ayunya bak dara
Bersua muka aduhai bersuara teruna

Bersua muka aduhai bersuara teruna
Berbaik sangka macam dah tak kena
Terkadang indah daripada rupa
Baiknya tafsir biasa-biasa sahaja

Baiknya tafsir biasa-biasa sahaja
Jangan teruja hingga terlupa 
Sekeping gambar banyak kisahnya
Menarik orang meneka-neka

Menarik orang meneka-neka
Itu semua agenda di dunia
Dahulu gambar asli semua
Sekarang edit hujung jari sahaja

Sekarang edit hujung jari sahaja
Ramai yang pilih dan salah guna
Hanya sekeping gambar cuma
Hubungan baik jadi porak peranda

Hubungan baik jadi porak peranda
Tersenyum musuh taktik berjaya
Bahagia menganiaya sementara
Pasti bergolak rasa dijiwa

Sekeping gambar

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 comments:

  1. Ramai terpedaya hanya sekeping gambar di edit. Jangan terpedaya...kita suka yang original. Sebab itu lah wajah Allah bagi kat kita ,Kita syukuri dan jagainya..

    ReplyDelete
  2. It's too subjective to comment...=)

    ReplyDelete
  3. Zaman skrng mmg mcm2.. mmg kena sentiasa beringat agar tak semudahnya teruja.

    ReplyDelete
  4. hanya kerana sekeping gambar boleh memporak perandakan kehidupan lain. dan hanya kerana gambar macam-macam fitnah timbul. mohon di jauhkan

    ReplyDelete
  5. Dengan sekeping gambar, tersimpan kenangan disebaliknya

    ReplyDelete
  6. Tiada gambar seindah lukisan
    Indahnya lukisan Leonardo da Vinci

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..