06 December 2018

Meracuni

MERACUNI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Pada setiap tutur kata.
Kita.
Manusia.
Pada yang dituju.
Pada yang mendengar.
Pada yang berminat.
Berpengaruh.
Terpengaruh.
Hujungnya runtuh.
M E R A C U N I.
Banyak.
Meracuni
Tingkah laku.
Mencontohi.
Dicontohi.
Bukan tidak dibenar.
Tapi mesti dibenarkan dulu.
Agar yang baik menambah saham.
Supaya yang buruk dalam-dalam dibenam.
M E R A C U N I.
Banyak dalam agenda.

Lebih halus.
Acah-acah lebih tulus.
Itu lebih mudah tembus.
Banyak yang bijak.
Banyak yang tangkas.
Banyak juga yang tewas dihenyak.
Pemikiran dan kejiwaan.
M E R A C U N I.
Semakin parah di akhir zaman.

M E R A C U N I.
Anak bangsa.
Melemahkan dari dalam.
Pada keutuhan iman.
Racun paling cepat.
Paling dahsyat.
Mematikan.
Menghapuskan.
Bukan jasad tapi semangat.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


10 comments:

  1. meracuni dalam halus-halus yang takut, dalam tak sedap kita terkena racunnya.

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya dgn perkataan boleh mendapatkan segala perkara bahaya. Tapi pd masa yg Sama boleh juga melahitkan sesuatu yg Indah

    ReplyDelete
  3. Semoga kita terhindar dr racun yg binasa.

    ReplyDelete
  4. racun semuanya merbahaya. jd jauhkan diri dari racun yg membinasakan.

    ReplyDelete
  5. Ada racun yg makan dalam dan meninggalkan kesan yg lama untuk dipulihkan... sengsara... merosak jiwa dan raga. Ada yg terus memberi kesan mudarat sepantas kilat meragut nyawa, nauzubillah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..