Mencintailah Setiap Detik

MENCINTAILAH SETIAP DETIK
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


MENCINTAILAH SETIAP DETIK | Dalam lena mahu pun di saat jaga.Rasa cinta sentiasa ada.Selagi nadi berdenyut.Selagi nafas berhembus.Selagi roh masih menyatu dengan jasad.Selagi akal berada dalam keadaan yang waras.SubhanaAllah.Begitulah membayangkan rasa cinta yang menggebu,subur dan mekar.Allahu.

Dengan siapa?..hanya sesama insan atau untuk sekalian makhluk.Cuma untuk duniawi atau mungkin hingga ukhrawi.Pada yang mencipta atau sekadar pada apa yang dicipta.Jangan termenung kosong,fikirkan.Muhasabah mana yang perlu.Sampai detiknya,mungkin ada yang perlu diperbaiki dan lebih dihargai.

Mencintailah setiap detik.

MENCINTAILAH SETIAP DETIK

Manusiakah.Haiwankah.Tumbuhankah.Setiap jenis ada rasa cinta.Cuma diterjemah dan dibiaskan dengan cara dan fahaman masing-masing.Saling tidak mengerti bukan bererti ianya tidak wujud.Apa yang nyata bezanya adalah otak (akal) yang Allah anugerahkan pada manusia berbanding yang lainnya.

Tidak seharusnya meluah atau mengungkap kata-kata madah dan lemak bergula sentiasa baru dikatakan cinta..tidak menyakiti,tidak merosakkan dan tidak menzalimi itu juga tanda cinta.Berkasih sayang itu luas dan banyak caranya.Pilihlah mengikut kesesuaiannya dan apa selayaknya.

Mencintailah setiap detik pada-NYA.Cari DIA dengan rasa kecintaan bukan kerana keterpaksaan dan diketika gentingnya keadaan.Mencintailah setiap detik pada kekasihnya.Balas setiap perjuangannya untuk kita ummatnya.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

2 comments:

  1. Setiap detik adalah anugerah dari yg Maha Kuasa buat nikmat kita semua.. subhanallah walhamdulillah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..