Liat Bayar Hutang..Kenapa?

LIAT BAYAR HUTANG..KENAPA?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


LIAT BAYAR HUTANG..KENAPA? | Hutang.Berhutang.Percayalah tidak ada orang yang suka berhutang tanpa sebab.Percayalah juga tidak ada orang beri hutang tanpa alasan.Kecuali memang berhutang itu menjadi tabiat sedari kecil.Jangan fikir kanak-kanak tidak pandai berhutang.Huiii kadang cagarannya lagi dahsyat-dahsyat.Hutang cara kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa.

Percayalah tidak ada orang yang suka berhutang tanpa sebab.Berhutang itu pilihan.Mengikut keperluan dan situasi.Ada sesetengah perkara perlu dibeli dan dimiliki secara berhutang atau bayar secara ansuran contohnya beli aset..kereta,rumah dan sebagainya.Bagi yang mampu..sememangnya bukan satu masalah.Bagi yang mahu,namun sederhana kemampuannya maka membayar secara berdikit-dikit itu jalannya.Boleh jadi juga berhutang disebabkan tekanan hidup.Apa yang menyedihkan bila sanggup berhutang untuk memenuhi selera yang mengerikan.Baik positif atau negatif..tetap ianya menjadi sebab berhutang.

Percayalah juga tidak ada orang beri hutang tanpa alasan.Termakan janji manis lemak berkrim peminjam yang bersungguh janji dengan kadar segera mahu pulangkan wang yang dipinjam.Rasa empati yang tinggi dan tebal juga membuatkan hati mudah cair hingga tidak tergamak berkata 'tidak' bila mendengar rayuan.Terkadang ikatan persaudaraan,persahabatan juga menjadikan kita rapuh hati.Tidak salah sebenarnya sekiranya mampu kemudian membantu.Ya,memberi pinjaman peribadi itu salah satu bantuan.Salahnya bila janji tinggal janji.Pemberi ternanti-nanti.Peminjam menari-nari.Naaaaamun tidak semua begitulah.Hanya segelintir sahaja.

Liat bayar hutang..kenapa?


Liat bayar hutang..kenapa?

Kesempitan menghambat.Niat nak bayar ada.Memang ada.Namun kesempitan menghambat,kerana masalah atau ujian tidak boleh dijangka.Justeru wang yang telah disediakan terpaksa digunakan terlebih dahulu.Tidak mustahil situasi terjadi sebenarnya.Diketika ini tabungan pun sudah tidak boleh menampung.Caranya,jumpa pada orang yang beri kita pinjaman atau berhutang itu..jelaskan..bincang,cakaplah elok-elok supaya tidak timbul salah sangka dan permusuhan.Kalau nak pinjam boleh berpantun berangkap-rangkap..nak minta tangguh pun apa salahnya berpantun juga.Berbahasa pada yang berbudi insyaAllah tidak rugi..kalau rezeki terus dihalalkan.

Menganggap hal remeh.Hutang.Macam mudah sangat.Ringan disebut.Esok-esok bayar.Hujungnya mungkin hingga terlupa.Ada yang anggap hutang hal yang sangat besar dan berat kerana ianya melibatkan kehidupan  di akhirat.Hutang bukan hanya urusan di dunia..namun mempengaruhi hujungnya kehidupan seterusnya kelak.Bagi yang culas dan menyepi mungkin menganggap hal remeh melunas pinjaman yang telah dibuat.

Buat kesimpulan sendiri.Ingat,yang memberi pinjam tidak sentiasa juga hidupnya lancar.Mungkin dia sahaja tidak mahu memberitahu.Nama pun kehidupan pasti ada dugaannya.Boleh jadi diwaktu dia memberi pinjam kepada kita..ketika itu baik-baik sahaja dan tidak mustahil dia meminjamkan bukan kerana wangnya melimpah tapi dia cuba belajar meletakkan dirinya disituasi tersebut jika dia yang jadi peminjam.Jadi jangan buat kesimpulan sendiri bahawa dia senyap itu ok semuanya.

Banyak pandangan ulama' mengenai topik hutang.Banyak juga dalil-dalilnya.Namun PC tertarik untuk kongsikan dan jadikan ayat ini sebagai satu solusi serta penawar meredakan hati bagi sesiapa yang sedang marah,berkecil hati,gelisah hutangnya tidak dibayar.Memang sukar sebenarnya.Dalam situasi rasa tertipu..atau sengaja ditipu..kadang kemarahan sukar dibendung.


LIAT BAYAR HUTANG..KENAPA? |

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
(Al Baqarah Ayat 280)

#sama-sama mencari redha Allah SWT

17 comments:

  1. Mrs. A pun setuju dengan tulisan PC sesiapa pun kalau boleh tidak mahu berhutang.
    Samalah dengan Mrs. A kalau boleh elakkan berhutang kalau ada pun jenis hutang yang memang perlu berhutang sebab takde cash selepuk macam kereta dan rumah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak..kalau boleh la..tapi kalau memang sangat menerlukan berhutang..mesti disiplin untuk membayarnya.

      Delete
  2. akak pun pernah gak yg x byr hutang, dh lama sgt segan nak minta... halal je la... kdg kala kita nak berhutang ngn org tak gamak rasanya... tp bila org nak berhutang dgn kita segan kalau tak bg.... bila dah bg segan lak nk minta, last2 halal je walupun hutang dia tu dh boleh bayar bil api air rumah dia yang beberapa bln tertunggak... xpa la, nak buat camana rezeki dia kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la kak...yang bagi pinjam segan nak minta..eh yang meminjam slumber macam tak ada apa-apa..penyudahnya terpulanglah situ.

      Delete
  3. sebab susah sangat nak tagih hutang..bila ditanya ada duit mv terus cakap takda..sebab seganlah nak kena tagih2 hutang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..habis cerita..kadang kita kena kesiankan diri kita juga sebenarnya.

      Delete
  4. Semoga Allah swt permudahkan stp dr kite utk selesaikan ape2 hutang..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...aamin..aamin.Betul,untuk kebaikkan bersama dunia akhirat.

      Delete
  5. Apabila berhutang wajib di bayar tu..dari segi hutang duit. Hanya hutang dengan Allah ..marilah memohon ampun setiap saat ..Allah itu hebat maha pengampun dan penyayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cikgu.Hutang dengan manusia bayar atau jumpa minta halal.Hutang dengan Allah banyakkan taubat nasuha.

      Delete
  6. Menurut yg Etuza tahu dan dengar Hutang membataskan rezeki kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC pun ada denfar begitu..hutang ni macam tembok.

      Delete
  7. semoga kita semua sempat membayar hutang sebelum mati

    ReplyDelete
  8. Mmg ada setengah org berhutang, tapi nak minta balik mcm nak meminjam dgn dia pula. Stress juga dgn org mcm ni huhu. Terima kasih atas perkongsian nasihat ini PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la Tn.Kadang rasa aneh.Kita tertunggu-tunggu.Terhegeh-hegeh minta.Lagi sedih....pinjam alasan tak cukup duit...tapi boleh ke sana sini berjalan-jalan.

      Delete
  9. Kak ana masih gigih bayar Hutang PTPTN. Masih panjang masa utk hbskan hutang2 tu. Semoga dipermudahkan segala urusan kak ana.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..