Koyak Akal Rabak Hati

KOYAK AKAL RABAK HATI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


KOYAK AKAL RABAK HATI | Alam ini semakin uzur.Semakin tua.Bila berlakunya kiamat itu menjadi satu rahsia yang hanya DIA yang tahu ketikanya.Malaikat Israfil dan sangkakalanya sudah lama bersiap sedia.Hanya menanti perintah daripada-NYA sahaja untuk meniupnya.Namun begitu menurut para ilmuan,telah banyak tanda atau isyarat bahawa kiamat semakin dekat.Allahu.Takut dengan dosa-dosa.Takut dengan neraka-NYA.Sungguh bukan berjenaka.

Koyak akal rabak hati.

Manusia hilang pertimbangan.Sesuatu yang berlaku pasti bersebab.Berlaku atas kejahilan manusia itu sendiri yang hanyut dengan hasutan atau bisikkan syaitan atau suatu yang disengajakan dalam sedarnya.Tidak mustahil juga disebabkan khianat manusia lain yang jauh menyimpang sifat kemanusiaannya.Sekarang di mana-mana sahaja ada ruang,peluang dan potensi untuk melakukan dan berlaku pelbagai masalah jenayah,menzalimi dan sebagainya.Bukan satu hal yang aneh dipendengaran.Tidak lagi satu perkara ganjil dipenglihatan.Usahakan untuk berhati-hati.Menghindari.

Langgar sesuka hati.Berapa banyak yang tahu kemudian beku membisu.Berapa ramai yang lantang menyeru dilempar dengan debu dan balasan menghancurkan kalbu.Banyak yang berselindung dibalik kubu yang mewah dengan keliru.Pura-pura tidak tahu.Acah-acah menguatkan "itu hak aku".Bila banyak hal dilanggar sesuka hati itu umpama manarik sehelai benang dari sehelai selimut yang dikait..akan terbuka dan terlerai semua simpulan dan cantuman kaitan hingga akhirnya semua kesejukkan.

Takut itu tiada dalam hati.Koyak akal rabak hati.Ya lesap ke mana rasa takut dihati.Nekad.Hingga lupa akibat hingga melarat-larat menyeret mudharat.Di zaman ini terkadang nekadnya tiada matlamat kerana tiada alamat.Boleh jadi ke timur..boleh terbawa ke barat."Asal puas hati".Sampai ada yang "makan hati".

KOYAK AKAL RABAK HATI

#sama-sama mencari redha Allah SWT



5 comments:

  1. setuju tu, asal puas hati apa yg dibuat ada tiada lagi rasa empati kepda yg lain...

    ReplyDelete
  2. Inilah dia kehidupan. Kita bersyukur sekali kerana terhindar dari masalah kerosakan akal dan hati ..terima kasih tazkirah yang terbaik dari PC. Ada nasihat panduan hidup agar jauh dari kejahatan.InshaAllah

    ReplyDelete
  3. Dunia semakin 'sakit' akibat tangan tangan manusia yang mengotorinya..

    Seseorang itu marah pasti bersebab..

    ReplyDelete
  4. "Berapa banyak yang tahu kemudian beku membisu" <--betul...adeh!

    ReplyDelete
  5. Menjadi peringatan buat diri ini. Terima kasih atas perkongsian PC, semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..