Isilah Waktu-waktu Cuti..

ISILAH WAKTU-WAKTU CUTI..
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


ISILAH WAKTU-WAKTU CUTI | Sudah memasuki minggu-minggu akhir cuti persekolahan akhir tahun 2018 diam tak diam.Bererti 2019 kian mendekat.Allahu.Hujung-hujung waktu begini masih ada ibu bapa yang membawa anak-anak berjalan-jalan.Ada juga yang lebih memilih memberi tumpuan menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak untuk sesi 2019.

Hari ini merupakan cuti umum sempena sambutan Hari Natal (Hari Krismas).PC rasa anak-anak..adik-adik tetap masih berada dalam mood cuti sekolah walau sudah dihujung-hujung..maka ibu bapa boleh lebih menggunakan waktu ini untuk bersama anak-anak.

Isilah waktu-waktu cuti.

Baik ibu bapa..anak-anak..adik-adik..yang single atau pasangan suami isteri dan sesiapa pun..isilah waktu-waktu cuti yang ada dengan sebanyak-banyaknya perkara yang berfaedah.Isi dengan kegiatan yang bersesuaian dengan situasi masing-masing.Tidak perlu ke tempat yang mahal,mewah atau jauh pun untuk bercuti,beraktiviti dan mengisi waktu dengan perkara bermanfaat sebagai syarat wajib..yang penting adalah kualitinya yang masing-masing boleh beri dan memperolehinya kembali nanti.

Percutian yang indah itu bila mana setiap yang berada disituasi itu berasa tenang,gembira,bahagia dan mensyukuri.Bersama-sama menjalani dan menikmati setiap moment dengan berlapang dada dan fikiran yang tenang.Tiada aura-aura yang tidak baik dan tiada yang rasa membebani juga terbeban.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. SANGAT SETUJU DENGAN KATA2 pc..NIATKAN AGAR ERAT KASIH SAYANG DI MASA CUTI INI. Cuti sekolah

    BalasPadam
  2. Selamat bercuti kak pc.. Cuti sekolah selalunya padat, kemana saja ramai orang. Husniey kalau pilih untuk bercuti mesti ambil kira musim. So kadangkala waktu cuti panjang, tujuan penting mestilah balik kampung jenguk orang tua :D

    BalasPadam
  3. Tinggal beberapa hari aje lagi cuti sekolah ni.
    Anak-anak Mrs. A macam dah tak sabar pulak nak pergi sekolah hehehe...

    BalasPadam
  4. Harap2 cuti ni digunakan sebaiknya. Seronok cuti kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama