Hidangan Rebutan Zaman Hingusan

HIDANGAN REBUTAN ZAMAN HINGUSAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


HIDANGAN REBUTAN ZAMAN HINGUSAN | Zaman kecil-kecil ada tak makanan kegemaran sahabat-sahabat blogger..atau suka je semua..makan je semua.

Rezeki.Apa yang dihidang itu yang dimakan.Budak-budak.Tapi bila dah pandai rasa..dah tahu mana sedap mana tak kena dengan selera atau tekak..masa itulah baru macam-macam karenahnya.

Hidangan rebutan zaman hingusan.

Muai(banyak).Babah mama selalu cerita,zaman mereka kecil-kecil,ubi kayu,ubi keledek,ubi kentang sering menjadi menu yang sering ada selain nasi dan lauk pauk yang lain.Adik beradik ramai ditambah ianya mengenyangkan.Sehinggalah bila PC bila balik rumah atuk dan nenek (belah mama) atau rumah nyanyei dan jaie(panggilan jawa belah babah)..ubi kayu juga sering dihidangkan kepada kami cucu-cucunya.

PC dan sepupu-sepupu sentiasa on bila ada ubi kayu rebus tak pun ubi kayu goreng.Cuma mungkin dulu cara atok nenek nyanyei jaie tarik perhatian cucu-cucunya supaya suka dan nak makan ubi kayu ni..mereka sediakan sambal tumis ikan bilis untuk cucu yang tahan dan suka pedas..ikan masin cucu yang tak suka sambal dan kelapa parut digaul dengan gula tebu untuk cucu yang tak boleh makan pedas dan ikan masin.Maka beramai-ramai duduk mengadap talam dengan pencicah masing-masing.Sangat tidak anti sosial.Makanan menyatukan kami.

Hidangan rebutan zaman hingusan.
Ubi rebus + sambal tumis ikan bilis + ikan masin gelama
Bekal untuk En Suami dan untuk yang di rumah.Hujan-hujan,menambah lagi nostalgia dan nikmatnya.

Dulu ubi kayu dan ubi-ubi lainnya menjadi hidangan rebutan zaman hingusan.Namun sekarang pemilik kebun yang tanam pokok-pokok ubi kayu dan sebagainya sentiasa berebut dengan haiwan-haiwan perosak untuk tanam,jaga sehingga membuahkan hasil.Maka tidak hairan kenapa harganya kadangkala berganda.Bagi yang alah(angin) pada ubi kayu mungkin tidak apa-apa.Bagi yang sebaliknya,mahal pun dibeli.

Bagi PC sendiri yang sedari kecil terdedah dan terbiasa dengan ubi-ubian ini..bila lama tak makan,rasa sangat rindu.Mungkin bagi anak-anak atau adik-adik yang lahirnya lebih diperkenalkan kepada makanan segera seperti naget,sosej dan sebagainya..ubi-ubian ini cuma biasa-biasa.Setiap hari semakin banyak idea untuk menghasilkan makanan yang lazat-lazat.Moga ubi-ubian ini tidak hanya dikenali melalui buku sahaja.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


22 comments:

  1. aduih sedapnya hujan2 makan ubi kayu...

    ReplyDelete
  2. Masa kecik suka makan ubi kayu bakar gak! Sedap tul...

    ReplyDelete
  3. serious suka sangat makan ubi + sambal ni panas panas. skrg da takde y rajin buat. HAHAHHAH .rindu arwah nenek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...ubi rebus dengan sambal bff sangat..

      Delete
  4. Mmg sedap.. suka sgt klu dpt makan time ptg2 :)

    ReplyDelete
  5. Ubi kayu rebus/goreng memang sedap dimakan bersama sambal tumis.. Dilawankan pula dengan kopi o..

    ReplyDelete
  6. Buat minum petang atau ketika hujan memang sedap ni PC. Cicah pula dgn sambal tumis. Perghh mengancam. Hehe

    ReplyDelete
  7. Masyaa Allah sedap sangat tu PC, dulu kecil2 memang tak suka makan ubi segala neka tu, tapi bila dah kian senja ni menu2 macam ni lah yang menjadi igauan semula.. putaran hidup kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera berubah ya kak.Nak makan ubi-ubian.Bagi PC ada nikmat yang lain macam bila makan ubi kayu dan ubi2 lainnya.

      Delete
  8. Dari kecil sampai sekarang memang favourite kak laili ubi kayu. Rebus, goreng, buat bingka semua jalan hahaha

    ReplyDelete
  9. Fuh,ubi letak kelapa parut,sambal ikan bilis,makan masa hujan..lain macam nikmatnya..

    ReplyDelete
  10. Suka makan petang-petang kalau pergi rumah m.i.l ada rezeki berjumpalah hidangan ni sedap makan dengan sambal

    ReplyDelete
  11. kalau dapat ni memang bertambah-tambah makan.

    ReplyDelete
  12. Ni bukan zaman hingusan je..huhu skrang pon layan gak ni kalau ade depan mata...dgn sambal n kelapa hehe sedapp

    ReplyDelete
  13. Makanan ni memang jadi rebutan dulu Sekarang jarang nampak orang makan makanan nostalgia ni.. kalau ada ,adalah

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..