05 December 2018

Dari Dapur Sendiri

DARI SAPUR SENDIRI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


DARI DAPUR SENDIRI | Bagi PC memasak itu satu terapi.Membahagiakan.Menggembirakan.Walau cuma goreng telur dan ikan bilis.Walau cuma makan berlaukkan sambal belacan,ikan kering dan sayur masak air.Sungguh.Pandai masak?..Tidak.Kalau disukat tahap kepandaiannya..biasa-biasa..sederhana.Melihat yang sudi merasa dan makan tidak ditimpa musibah itu sudah sangat buat PC lapang dada.Lega.

Dari dapur sendiri.

Bagi pemula.Jangan risau.Bagi yang baru berjinak-jinak untuk jatuh cinta di dapur atau ke dapur..petuanya cuba-cuba dan redah sahaja.Masak ikut sukatan naluri tapi jangan emosi.Dirasa-rasa supaya seimbangnya ada.Sedap tak sedap belakang kira.Mana ada lahir-lahir terus tahu itu ini.Semuanya perlukan proses sentiasa.Namun sekarang cukup mudah,ramai yang murah dan baik hati berkongsi resepi di media sosial,tinggal terpulang pada kita mahu tidak mahu mempraktikkannya sahaja.

Orang tak nak makan masakkan kita.Tak mengapa.Cuba lagi.Orang cebik setelah merasa.Biarkan sahaja.Hei mana tahu satu masa dia jadi suka.Bukankah hati itu milik Tuhan,bila-bila masa boleh dibolak balikkan.Bukan menu di luar tidak baik.Bagusnya dari dapur sendiri itu mengikut kriteria yang kita jaga dan tetapkan sendiri.Kualiti paling dijaga dan kuantitinya seperti mahunya kita nikmati.Namun sesekali cuci tangan,jom nikmati juadah di luar pula..hikkkkss.


Dari dapur sendiri.
Mee goreng dari dapur sendiri.Untuk makan sendiri dan bekal untuk En Suami.

Punca banyak penyakit itu daripada mulut dan perut..maka berhati-hatilah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


32 comments:

  1. betul..dari dapur sendiri juga masakan nya penuh kasih sayang..walaupun saya jarang masak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...takpe jarang masak..tapi bila masak...fuh mantop.

      Delete
  2. betul kalau masak sendiri itu lebih terjamin sebab dimasak dengan kasih sayang dan doa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.Kasih sayang dan doa tu ramuan khas untuk seisi keluarga.Hehe.

      Delete
  3. Kakcik masak memang tak pakai sukatan. Ikut sahaja apa yang terlintas hendak diletak atau sebanyak mana... itu yang kadangkala rasa boleh jadi tak sama. Tapi anak bujang kakcik memasak memang ikut sukatan (maklumlah bekas pelajar seni kulinari...hehehe)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kakcik..ikut naluri..ikut suka.Rasa..kurang tambah lagi..sampai ok.Tapi air tangan ibu ni magik..lain macam pukulannya.Sentiasa sedap ditekak anak-anak.Mesti tepat je bila ikut sukatan..

      Delete
  4. Wah terliur tengoknya. Kadang-kadang beli pun tak kena dengan selera sendiri. Masak sendiri lagi selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..maaf buat terliur pulak.Kadang-kadang beli juga..sesekali..kadang makan di luar juga..

      Delete
  5. Betul tu skrg pun dh mudah ramai yg nak share resepi dgn kita. Hihi. Mee goreng PC namoak menyelerakan! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..dah ramai murah hati share resepi..tinggal rajin cari dan buat..atau olah ikut sekera dan kehendak.Mee goreng itam..kikikiki.

      Delete
  6. Sungguh la...punca banyak penyakit dari perut, mulut tu mmg petanda bahaya kalau tak jaga...baik diam kalau tak perlu tak payah cakap kan...perut juju baru berjinak dgn minyak zaitun...amal setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..mulut..perut..kena jaga.Dah jaga tawakkal.Kadang kita dah menjaga ada lagi masih tidak kena..justeru sabar.

      Delete
  7. Setuju... Yang penting kita dah berusaha untuk memasak. Sedap ke tak tu belakang kira. Hehe...

    Fiza pun kekadang kelaut sukatan. Ikut hati main campak² je bahan. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...mana ada yang sempurna.Mana ada yang lahir-lahir terus memasak.Ambil masa,belajar sikit-sikit.Dan cuba je..redah.Jadi rezeki.Tak jadi cuba lagi.hehehe.

      Delete
  8. aishhh bab yang ni myra mmg malas sikit. insya allah akan rajin2 ke dapur hehe

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe..insyaAllah 1 waktu malas yang sedikit bertukar pada rajin yang banyak..haaaaa.

      Delete
  9. Replies
    1. Hehehe...aduh.Sesekali ok mee kuning..selalu pun bahaya juga.

      Delete
  10. Kalau biasa ke dapur, akan sedaplah masakannya.

    ReplyDelete
  11. Betul tu PC, permulaan kita cuba tak kan terus macam chef 5 bintang. Lama2 mahir juga kalah chef tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..bertatih dulu.Sikit-sikit tapi selalu buat insyaAllah ok.Amin.

      Delete
  12. Setuju dengan kak PC. Memasak sebagai terapi diri. Walaupun Siqah tak pandai masak, hadap je. Hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Siqah..hadap je..tang tung tang tung...ok rezeki..tak ok belajar lagi.

      Delete
  13. betul kak memasak ni terapi suka sangat masak walaupun taklah pro macam orang lain, lagi puas bila tengok makanan kita "laku keras" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PC pun tak pro...yang penting orang makan tak sakit hati..tak sakit perut...hehehehe..kira on la tu..

      Delete
  14. Memula memang tak pandai mcm kak ana. Tp bila praktis insyaAllah mesti boleh. Plg happy bila family kita suka dgn apa yang kita masak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera tengok family makan...gembira mereka nikmati..hilang penat memasak seharian sebenarnya..

      Delete
  15. Sedapnya.. tentu sekali dimasak dgn kasih sayang kan

    ReplyDelete
  16. assalam betul tu pc..
    sedapnya mee goreng

    akak. nk minta tolong,
    akak cer try masuk blog saya boleh tak?
    huhuhu
    apa apa if boleh atau tak masuk or tgk blog saya, nti akak wasap saya, boleh
    ni no saya 0193080215

    tq in advance...

    ReplyDelete
  17. Masakan sendiri itu lebih sedap dan terjamin utk kesihatan, in shaa Allah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..