Bukan Budak-budak

BUKAN BUDAK-BUDAK
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BUKAN BUDAK-BUDAK.
Ibu ayah kita.
Bukan budak-budak.
Dimarah.
Diherdik.
Dibentak-bentak.
Ikut suka hati.
Ikut semahunya.
Gurau.
PASTIKAN letak hadnya.
Mereka ibu ayah kita!
Mereka murka.
Neraka kita hujungnya.
HORMATI.


BUKAN BUDAK-BUDAK.
Adik-beradik kita.
Seibu sebapa.
Sebapa.
Seibu.
Tidak seibu.
Tidak sebapa.
Sesusuan.
Dulu kecil-kecil.
Dewasa lain cara dan gayanya.
Jangan bantai ikut sesukanya.
HARGAI.


BUKAN BUDAK-BUDAK.
Saudara-mara.
Pakcik.
Makcik.
Sepupu.
Saudara jauh.
Saudara dekat.
Jangan mencari bila ada perlunya.
Jangan pinggir setelah dihisap madunya.
Takut terputus saudara dalam sepi.
SAYANGI.


BUKAN BUDAK-BUDAK


BUKAN BUDAK-BUDAK.
Mudah ditipu.
Mudah digula-gula.
Mudah diperdaya.
Mudah segenapnya.
Mudah juga yang memperdaya masuk perangkap sendiri.
Tolong jangan perasan.
Diam tidak tentu suka.
Berbicara tidak tentu benci.
Lihat keperluan dan situasi.
Jangan hentam ikut suka sendiri.
Takut bila bangkit.
Tak cukup tenaga nak lari.


Budak-budak pun tidak suka dibudak-budakkan.
Mereka sudah pintar.
Mereka merakam semua.
Suatu masa bakal dimuntahkan semula semua.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


10 comments:

  1. betul tu.. semoga kita terhindar dari golongan anak derhaka..

    ReplyDelete
  2. Kadang kala walau ada pertalian darah, gurau ada hadnya.. takut ada terasa sehingga tidak mahu bertegur sapa... banyak berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kena letak sempadan.Kadang luaran nampak ok rupanya simpan dalam hati.

      Delete
  3. peringatan yang bagus kak.. Namun ramai yang tak menyedari nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sha..moga kita sentiasa berpada-pada.

      Delete
  4. budak2 memang perakam utama cam kamera dia akan tgk dan perhati perangai org2 tu... then dia tanya kita kenapa org tu macam tu dan macam ni... jenuh nak explain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak..diam tapi memerhati.Sampai masa bertanya untuk kepastian dan mahu penjelasan.

      Delete
  5. Seram bila ada anak memperbudak-budakkan ibu bapa mereka

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..