16 December 2018

Jangan Pukul Rata

9:30 AM 1
JANGAN PUKUL RATA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Masam sungguh rasa cuka
Ada orang alah padanya
Tiada ruginya bincang bersama-sama
Keputusan demi kebaikkan semua

Besi buruk sudah berkarat
Kumpulkan sahaja satu tempat
Muafakat membawa banyak berkat
Sendirian takut tidak terlarat

Sungguh luas sawah padi
Sekali pandang menambat hati
Bertolak ansur melambangkan budi
Pergi ke mana sentiasa disenangi

Musim panas enak makan semangka
Elok sebenarnya untuk berdiet juga
Anggapan kita dan mereka mungkin berbeza
Ada baiknya duduk bersemuka

Batu blok batu bata
Sesuai untuk membina singahsana
Jangan suka-suka pukul rata
Belum tentu semua orang setuju dan suka

Jangan Pukul Rata

#sama-sama mencari redha Allah SWT


15 December 2018

Koyak Akal Rabak Hati

7:30 AM 4
KOYAK AKAL RABAK HATI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


KOYAK AKAL RABAK HATI | Alam ini semakin uzur.Semakin tua.Bila berlakunya kiamat itu menjadi satu rahsia yang hanya DIA yang tahu ketikanya.Malaikat Israfil dan sangkakalanya sudah lama bersiap sedia.Hanya menanti perintah daripada-NYA sahaja untuk meniupnya.Namun begitu menurut para ilmuan,telah banyak tanda atau isyarat bahawa kiamat semakin dekat.Allahu.Takut dengan dosa-dosa.Takut dengan neraka-NYA.Sungguh bukan berjenaka.

Koyak akal rabak hati.

Manusia hilang pertimbangan.Sesuatu yang berlaku pasti bersebab.Berlaku atas kejahilan manusia itu sendiri yang hanyut dengan hasutan atau bisikkan syaitan atau suatu yang disengajakan dalam sedarnya.Tidak mustahil juga disebabkan khianat manusia lain yang jauh menyimpang sifat kemanusiaannya.Sekarang di mana-mana sahaja ada ruang,peluang dan potensi untuk melakukan dan berlaku pelbagai masalah jenayah,menzalimi dan sebagainya.Bukan satu hal yang aneh dipendengaran.Tidak lagi satu perkara ganjil dipenglihatan.Usahakan untuk berhati-hati.Menghindari.

Langgar sesuka hati.Berapa banyak yang tahu kemudian beku membisu.Berapa ramai yang lantang menyeru dilempar dengan debu dan balasan menghancurkan kalbu.Banyak yang berselindung dibalik kubu yang mewah dengan keliru.Pura-pura tidak tahu.Acah-acah menguatkan "itu hak aku".Bila banyak hal dilanggar sesuka hati itu umpama manarik sehelai benang dari sehelai selimut yang dikait..akan terbuka dan terlerai semua simpulan dan cantuman kaitan hingga akhirnya semua kesejukkan.

Takut itu tiada dalam hati.Koyak akal rabak hati.Ya lesap ke mana rasa takut dihati.Nekad.Hingga lupa akibat hingga melarat-larat menyeret mudharat.Di zaman ini terkadang nekadnya tiada matlamat kerana tiada alamat.Boleh jadi ke timur..boleh terbawa ke barat."Asal puas hati".Sampai ada yang "makan hati".

KOYAK AKAL RABAK HATI

#sama-sama mencari redha Allah SWT



14 December 2018

Nafkahilah

8:30 AM 5
NAFKAHILAH
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


NAFKAHILAH |  Biasa sangat dengar : "Dalam rezeki kita ada rezeki orang atau makhluk lain juga" dan "Tangan yang memberi(di atas) itu lebih baik daripada tangan yang menerima(di bawah).

Mungkin segelintir kita ada yang berasa bangga bila memberi.Tidak kurang juga yang berasa malu dan kerdil bila menerima.Betulkan rasa-rasa dan persepsi seperti itu.

Ok..macam ni..hari ini kalau kita boleh,mampu,berdaya untuk memberi..jangan bangga tapi bersyukurlah kerana Allah bantu kita untuk membersihkan harta-harta yang DIA pinjamkan pada kita dengan cara berkongsi rezeki..memberi hadiah atau sedekah juga zakat.Ingatkan pada diri..siapa tahu di hari mendatang kita pula menjadi penerim.

Kalau hari ini kita adalah penerima pemberian..tidak usah berasa hina kerana rezeki Allah itu luas yang didatangkan dalam pelbagai bentuk dengan bermacam cara.Mungkin sahaja hari ini kita banyak menerima..siapa tahu satu ketika dikemudian hari kita pula banyak memberi.Kalau Allah mahu terbalikkan keadaan..sekelip mata tiada yang mustahil bagi-NYA bukan.


NAFKAHILAH


Nafkahilah.

Mahu namun tidak begitu mampu.Kalau tanya sesiapa pun pasti niat mahu memberi dan membantu itu sentiasa ada dikalbu.Tidak mengapa..hantarlah doa-doa sebagai bantuan yang mendahului bantuan-bantuan lainnya.

Tidak terlihat tidak bererti tidak ada.Jangan bersedih kalau ada yang mempertikai mengapa tidak terlihat sebarang pemberian..kerana apa yang paling utama nafkahi TERLEBIH dahulu keluarga kita sebaik-baik dan secukup-cukupnya.

Menafkahi itu sangat digalakkan..namun pastikan setiap apa dan kepada siapa yang mahu kita nafkahi itu betul-betul selayaknya..jangan sampai setiap nafkah yang diberi itu menjadi bara yang kita hidupkan sendiri akhirnya.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

13 December 2018

Y E S .. DINANTI ATAU DIGERUNI

7:41 AM 18
Y E S .. DINANTI ATAU DIGERUNI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


Y E S .. DINANTI ATAU DIGERUNI | Tidak kiralah apa pun perayaan besar yang melibatkan cuti umum..beberapa minggu sebelumnya biasa akan ada jualan murah besar-besaran.Tidak khusus pada satu kaum,bangsa atau budaya..malahan semua orang boleh menikmati jualan murah dengan potongan harga yang wow tanpa diskriminasi.Cuma kewangannya sahaja ada atau tidak..mencukupi atau sebaliknya.

Y E S dinanti atau digeruni.

Year End Sales.Hujung tahun.Di mana-mana mempromosikan Y E S.Year End Sales.Jualan hujung tahun ni bukan sekadar perbelanjaan atas talian..di pusat-pusat membeli belah juga begitu.Ada yang saban tahun menantikan jualan hujung tahun ini untuk membeli lebih banyak barang yang diingini.Ada juga yang gerun bila melihat harga-harga yang mampu meranapkan kewarasan dan nafsu.Setahun menyimpan..lebur dihujung tahun.Mungkin ada yang berbelanja untuk seisi keluarga.Untuk anak-anak.Untuk reward diri sendiri.Tidak mustahil untuk persiapan aidilfitri tahun hadapan.Heeheehee.Mana-manalah asal sentiasa sederhana dan bijak mengurus perbelanjaan.
Harga runtuh.Garu kepala eh rambut pun runtuh.Ini yang digeruni.

Yakin Enak Sangat.Alhamdulillah negara kita mewah dengan pelbagai jenis makanan.Biarpun pelbagai agama,bangsa serta budaya namun dengan kepakaran dan garis panduan yang ada olahan bahan atau ramuan membolehkan kita yang beragama Islam menyediakan dan menikmati berbagai menu.Pesta makanan juga sering dianjurkan.Mungkin ianya dinanti untuk yang gemar mencuba.Namun ianya digeruni bagi yang sedang  giat diet.Hahahaha.

Yelah Esok Selesai.Jangan janji ketika gembira.Risaunya berhujung sengketa.Jangan banyak bicara ketika marah risau akhirnya berkhabar duka.Yelah esok selesai.Yakin?..atau janji melepas diri.Janji ditepati atau janji tinggal janji.Hasilnya itu sentiasa dinanti tapi mungkirnya itu digeruni.

..dan kita hamba harus ingat YANG ESA SATUNYA mesti kita geruni azabnya..jangan pernah fikir..aah itu semua nanti di mahsyar tatkala melintasi titian sirat.,hakikat tidak..sebenarnya azab itu DIA beri sedari di dunia lagi.

Y E S .. DINANTI ATAU DIGERUNI

#sama-sama mencari redha Allah SWT

12 December 2018

Hidangan Rebutan Zaman Hingusan

7:56 AM 19
HIDANGAN REBUTAN ZAMAN HINGUSAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


HIDANGAN REBUTAN ZAMAN HINGUSAN | Zaman kecil-kecil ada tak makanan kegemaran sahabat-sahabat blogger..atau suka je semua..makan je semua.

Rezeki.Apa yang dihidang itu yang dimakan.Budak-budak.Tapi bila dah pandai rasa..dah tahu mana sedap mana tak kena dengan selera atau tekak..masa itulah baru macam-macam karenahnya.

Hidangan rebutan zaman hingusan.

Muai(banyak).Babah mama selalu cerita,zaman mereka kecil-kecil,ubi kayu,ubi keledek,ubi kentang sering menjadi menu yang sering ada selain nasi dan lauk pauk yang lain.Adik beradik ramai ditambah ianya mengenyangkan.Sehinggalah bila PC bila balik rumah atuk dan nenek (belah mama) atau rumah nyanyei dan jaie(panggilan jawa belah babah)..ubi kayu juga sering dihidangkan kepada kami cucu-cucunya.

PC dan sepupu-sepupu sentiasa on bila ada ubi kayu rebus tak pun ubi kayu goreng.Cuma mungkin dulu cara atok nenek nyanyei jaie tarik perhatian cucu-cucunya supaya suka dan nak makan ubi kayu ni..mereka sediakan sambal tumis ikan bilis untuk cucu yang tahan dan suka pedas..ikan masin cucu yang tak suka sambal dan kelapa parut digaul dengan gula tebu untuk cucu yang tak boleh makan pedas dan ikan masin.Maka beramai-ramai duduk mengadap talam dengan pencicah masing-masing.Sangat tidak anti sosial.Makanan menyatukan kami.

Hidangan rebutan zaman hingusan.
Ubi rebus + sambal tumis ikan bilis + ikan masin gelama
Bekal untuk En Suami dan untuk yang di rumah.Hujan-hujan,menambah lagi nostalgia dan nikmatnya.

Dulu ubi kayu dan ubi-ubi lainnya menjadi hidangan rebutan zaman hingusan.Namun sekarang pemilik kebun yang tanam pokok-pokok ubi kayu dan sebagainya sentiasa berebut dengan haiwan-haiwan perosak untuk tanam,jaga sehingga membuahkan hasil.Maka tidak hairan kenapa harganya kadangkala berganda.Bagi yang alah(angin) pada ubi kayu mungkin tidak apa-apa.Bagi yang sebaliknya,mahal pun dibeli.

Bagi PC sendiri yang sedari kecil terdedah dan terbiasa dengan ubi-ubian ini..bila lama tak makan,rasa sangat rindu.Mungkin bagi anak-anak atau adik-adik yang lahirnya lebih diperkenalkan kepada makanan segera seperti naget,sosej dan sebagainya..ubi-ubian ini cuma biasa-biasa.Setiap hari semakin banyak idea untuk menghasilkan makanan yang lazat-lazat.Moga ubi-ubian ini tidak hanya dikenali melalui buku sahaja.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


11 December 2018

Liat Bayar Hutang..Kenapa?

8:32 AM 17
LIAT BAYAR HUTANG..KENAPA?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


LIAT BAYAR HUTANG..KENAPA? | Hutang.Berhutang.Percayalah tidak ada orang yang suka berhutang tanpa sebab.Percayalah juga tidak ada orang beri hutang tanpa alasan.Kecuali memang berhutang itu menjadi tabiat sedari kecil.Jangan fikir kanak-kanak tidak pandai berhutang.Huiii kadang cagarannya lagi dahsyat-dahsyat.Hutang cara kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa.

Percayalah tidak ada orang yang suka berhutang tanpa sebab.Berhutang itu pilihan.Mengikut keperluan dan situasi.Ada sesetengah perkara perlu dibeli dan dimiliki secara berhutang atau bayar secara ansuran contohnya beli aset..kereta,rumah dan sebagainya.Bagi yang mampu..sememangnya bukan satu masalah.Bagi yang mahu,namun sederhana kemampuannya maka membayar secara berdikit-dikit itu jalannya.Boleh jadi juga berhutang disebabkan tekanan hidup.Apa yang menyedihkan bila sanggup berhutang untuk memenuhi selera yang mengerikan.Baik positif atau negatif..tetap ianya menjadi sebab berhutang.

Percayalah juga tidak ada orang beri hutang tanpa alasan.Termakan janji manis lemak berkrim peminjam yang bersungguh janji dengan kadar segera mahu pulangkan wang yang dipinjam.Rasa empati yang tinggi dan tebal juga membuatkan hati mudah cair hingga tidak tergamak berkata 'tidak' bila mendengar rayuan.Terkadang ikatan persaudaraan,persahabatan juga menjadikan kita rapuh hati.Tidak salah sebenarnya sekiranya mampu kemudian membantu.Ya,memberi pinjaman peribadi itu salah satu bantuan.Salahnya bila janji tinggal janji.Pemberi ternanti-nanti.Peminjam menari-nari.Naaaaamun tidak semua begitulah.Hanya segelintir sahaja.

Liat bayar hutang..kenapa?


Liat bayar hutang..kenapa?

Kesempitan menghambat.Niat nak bayar ada.Memang ada.Namun kesempitan menghambat,kerana masalah atau ujian tidak boleh dijangka.Justeru wang yang telah disediakan terpaksa digunakan terlebih dahulu.Tidak mustahil situasi terjadi sebenarnya.Diketika ini tabungan pun sudah tidak boleh menampung.Caranya,jumpa pada orang yang beri kita pinjaman atau berhutang itu..jelaskan..bincang,cakaplah elok-elok supaya tidak timbul salah sangka dan permusuhan.Kalau nak pinjam boleh berpantun berangkap-rangkap..nak minta tangguh pun apa salahnya berpantun juga.Berbahasa pada yang berbudi insyaAllah tidak rugi..kalau rezeki terus dihalalkan.

Menganggap hal remeh.Hutang.Macam mudah sangat.Ringan disebut.Esok-esok bayar.Hujungnya mungkin hingga terlupa.Ada yang anggap hutang hal yang sangat besar dan berat kerana ianya melibatkan kehidupan  di akhirat.Hutang bukan hanya urusan di dunia..namun mempengaruhi hujungnya kehidupan seterusnya kelak.Bagi yang culas dan menyepi mungkin menganggap hal remeh melunas pinjaman yang telah dibuat.

Buat kesimpulan sendiri.Ingat,yang memberi pinjam tidak sentiasa juga hidupnya lancar.Mungkin dia sahaja tidak mahu memberitahu.Nama pun kehidupan pasti ada dugaannya.Boleh jadi diwaktu dia memberi pinjam kepada kita..ketika itu baik-baik sahaja dan tidak mustahil dia meminjamkan bukan kerana wangnya melimpah tapi dia cuba belajar meletakkan dirinya disituasi tersebut jika dia yang jadi peminjam.Jadi jangan buat kesimpulan sendiri bahawa dia senyap itu ok semuanya.

Banyak pandangan ulama' mengenai topik hutang.Banyak juga dalil-dalilnya.Namun PC tertarik untuk kongsikan dan jadikan ayat ini sebagai satu solusi serta penawar meredakan hati bagi sesiapa yang sedang marah,berkecil hati,gelisah hutangnya tidak dibayar.Memang sukar sebenarnya.Dalam situasi rasa tertipu..atau sengaja ditipu..kadang kemarahan sukar dibendung.


LIAT BAYAR HUTANG..KENAPA? |

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
(Al Baqarah Ayat 280)

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 December 2018

Nikmati

9:01 AM 22
Nikmati
NIKMATI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


NIKMATI | Mencuba sesuatu yang baru atau lain daripada kebiasaan itu menakutkan.Bagi sesetengah orang itulah mencabar diri namanya.Mencari dan mendapat kelainan itu lebih mendapat kepuasan.PC?..pilih-pilih.Ikut kesesuaian.Kalau sudah selesa teruskan,bila mahu mencuba sesuatu itu,,berperingkat dan berwaspada juga.Sikit-sikit.Perlahan-lahan.

Hidup cuma sekali di dunia namun jangan berhabisan dan berhempas pulas menikmati duniawi.Berpada-pada jugalah walau tidak banyak pun.Tiada istilah "dunia ini aku yang punya" kerana memang bukan kita punya...Allah SWT yang punya.Sila sedar diri.

Nikmati.

Agama.Bersyukur kita dilahirkan sebagai Islam dan disertakan iman.Cumanya setiap hari sesiapun mesti memantapkan pengetahuan dan pegangan kita agar tidak terkurang atau tergelincir di mana-mana.Aamin.Islam dan iman itu antara hadiah terbesar daripada Allah SWT.Hargai dan nikmati.Islam ada hukum yang membatasi namun Islam bukan memberatkan.Kecuali bagi orang-orang yang mewah dengan alasan.

Kehidupan.Tidur dan bangun setiap hari.Menghela nafas dan beraktiviti.Nikmati kesihatan yang Allah pinjamkan.Nikmati makanan yang baik dan berkhasiat.Sentiasa menjaga tempat tinggal yang dibina.Seberapa panjang usia kita hidup di dunia pasti ditanya kelak. Nikmati keamanan yang ada untuk beribadah dengan khusyuk serta beriadah dengan bersungguh.

Nikmati detik-detik yang ada sebagai hamba-NYA dan bukan sebagai tuan yang punya..itu akan membuat kita sentiasa beringat dan tidak keterlaluan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



09 December 2018

Sekeping Gambar

9:57 AM 10
SEKEPING GAMBAR
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Suka sangat makan kuih keria
Kuih keria bersira gula melaka
Gambar mencetuskan bermacam cerita
Orang menterjemah pelbagai gaya

Orang menterjemahkan pelbagai cara
Hingga lupa dosa pahala
Mungkin umpan teruna dara
Berhati-hati jangan terpedaya

Berhati-hati jangan terpedaya
Zaman sekarang banyak angkara
Sekeping gambar ayunya bak dara
Bersua muka aduhai bersuara teruna

Bersua muka aduhai bersuara teruna
Berbaik sangka macam dah tak kena
Terkadang indah daripada rupa
Baiknya tafsir biasa-biasa sahaja

Baiknya tafsir biasa-biasa sahaja
Jangan teruja hingga terlupa 
Sekeping gambar banyak kisahnya
Menarik orang meneka-neka

Menarik orang meneka-neka
Itu semua agenda di dunia
Dahulu gambar asli semua
Sekarang edit hujung jari sahaja

Sekarang edit hujung jari sahaja
Ramai yang pilih dan salah guna
Hanya sekeping gambar cuma
Hubungan baik jadi porak peranda

Hubungan baik jadi porak peranda
Tersenyum musuh taktik berjaya
Bahagia menganiaya sementara
Pasti bergolak rasa dijiwa

Sekeping gambar

#sama-sama mencari redha Allah SWT

08 December 2018

Anak Muda

10:01 AM 13
Anak Muda
ANAK MUDA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Bangkitlah.
Dengan nama Tuhanmu.
Melunas sunnah Rasulmu.
Menjadi anak muda yang kaya.
Kaya agama dan ilmu.
Biar sederhana pada kehidupanmu.

Anak muda.
Hari ini dirimu sangat diperlu.
Suaramu.
Untuk membela agama bangsa dan negara.
Perang tidak usah bersenjata.
Jangan juga mencedera.
Tapi perangi dari jiwa.
Tolak yang menghimpit.
Tolak yang mengungkit.
Tolak yang menyepit.
Tolak yang menghenyak.
Kau bangkit.

Hari ini kau muda.
Satu masa akan menjadi tua.
Yang Tuhan awal ambil itu hakNYA.
Berbaki marakan jiwa.
Jasad menurut juga nantinya.
Jangan gentar pada yang benar.
Lupus yang membuat onar.

Anak muda.
Tidak usah tergesa-gesa mara.
Susun strategi sebaik-baiknya.
Bukan untuk memporak peranda.
Untuk menyatukan yang putus dan retak di mana-mana.

Silap langkahmu.
Silap tingkahmu.
Silap lisanmu.
Silap percaturanmu.
Bukan hanya hari ini sakitnya.
Tidak sekadar ini perit getirnya.
Tapi ingat.
Hingga kau tutup mata rapat.
Sakit getirnya akan diwarisi.

Bijaklah dalam kesabaran.
Takkan pernah kerugian.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

07 December 2018

Terus Gilap Kelebihan Dan Kekuatan Yang Ada

8:13 AM 13
TERUS GILAP KELEBIHAN DAN KEKUATAN YANG ADA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


TERUS GILAP KELEBIHAN DAN KEKUATAN YANG ADA | Alhamdulillah,Jumaat ini kita masih di sini.Masih diizin menjadi penghuni alam ini yang mewah dengan nikmat daripada Ilahi.Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad SAW.

Siapa kita dulu.Bagaimana kita hari ini.Apakah yang terjadi masa akan datang.SEMUA dalam buku takdir masing-masing.Baikkah yang sudah berlalu.Burukkah hari ini atau bertambah baik juga bertambah burukkah masa akan datang semua di bawah izin dan kehendak-NYA.Kita berangan-angan.Bercita-cita.Berkehendak.Mengatur itu dan ini seterusnya melakukan sedayanya hamba sahaja.
TERUS GILAP KELEBIHAN DAN KEKUATAN YANG ADA
Go with the flow..tapi bersungguh-sungguh kerana sekecil apa pun usaha atau perjuangan dan langkah hamba-hambaNYA ada harganya daripada PANDANGAN DIA.

Terus gilap kelebihan dan kekuatan yang ada.Allah SWT memberi sesiapa pun kelebihan dan kekuatan yang DIA mahukan.Kita tidak pernah tahu akan hal itu sehinggakan kita sendiri mencuba-cuba.Mungkin kelebihan atau kekuatan itu sudah lama ada cuma tidak diketahui dan digilap seperti mana sewajarnya sahaja.Justeru,cari dan terus gilap kelebihan dan kekuatan yang ada walaupun hal kecil dan sedikit yang dimiliki.

Usaha..selarikan dengan doa..kemudian tutuplah dengan tawakkal.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



06 December 2018

Meracuni

7:58 AM 10
MERACUNI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Pada setiap tutur kata.
Kita.
Manusia.
Pada yang dituju.
Pada yang mendengar.
Pada yang berminat.
Berpengaruh.
Terpengaruh.
Hujungnya runtuh.
M E R A C U N I.
Banyak.
Meracuni
Tingkah laku.
Mencontohi.
Dicontohi.
Bukan tidak dibenar.
Tapi mesti dibenarkan dulu.
Agar yang baik menambah saham.
Supaya yang buruk dalam-dalam dibenam.
M E R A C U N I.
Banyak dalam agenda.

Lebih halus.
Acah-acah lebih tulus.
Itu lebih mudah tembus.
Banyak yang bijak.
Banyak yang tangkas.
Banyak juga yang tewas dihenyak.
Pemikiran dan kejiwaan.
M E R A C U N I.
Semakin parah di akhir zaman.

M E R A C U N I.
Anak bangsa.
Melemahkan dari dalam.
Pada keutuhan iman.
Racun paling cepat.
Paling dahsyat.
Mematikan.
Menghapuskan.
Bukan jasad tapi semangat.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


05 December 2018

Dari Dapur Sendiri

7:15 AM 32
DARI SAPUR SENDIRI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


DARI DAPUR SENDIRI | Bagi PC memasak itu satu terapi.Membahagiakan.Menggembirakan.Walau cuma goreng telur dan ikan bilis.Walau cuma makan berlaukkan sambal belacan,ikan kering dan sayur masak air.Sungguh.Pandai masak?..Tidak.Kalau disukat tahap kepandaiannya..biasa-biasa..sederhana.Melihat yang sudi merasa dan makan tidak ditimpa musibah itu sudah sangat buat PC lapang dada.Lega.

Dari dapur sendiri.

Bagi pemula.Jangan risau.Bagi yang baru berjinak-jinak untuk jatuh cinta di dapur atau ke dapur..petuanya cuba-cuba dan redah sahaja.Masak ikut sukatan naluri tapi jangan emosi.Dirasa-rasa supaya seimbangnya ada.Sedap tak sedap belakang kira.Mana ada lahir-lahir terus tahu itu ini.Semuanya perlukan proses sentiasa.Namun sekarang cukup mudah,ramai yang murah dan baik hati berkongsi resepi di media sosial,tinggal terpulang pada kita mahu tidak mahu mempraktikkannya sahaja.

Orang tak nak makan masakkan kita.Tak mengapa.Cuba lagi.Orang cebik setelah merasa.Biarkan sahaja.Hei mana tahu satu masa dia jadi suka.Bukankah hati itu milik Tuhan,bila-bila masa boleh dibolak balikkan.Bukan menu di luar tidak baik.Bagusnya dari dapur sendiri itu mengikut kriteria yang kita jaga dan tetapkan sendiri.Kualiti paling dijaga dan kuantitinya seperti mahunya kita nikmati.Namun sesekali cuci tangan,jom nikmati juadah di luar pula..hikkkkss.


Dari dapur sendiri.
Mee goreng dari dapur sendiri.Untuk makan sendiri dan bekal untuk En Suami.

Punca banyak penyakit itu daripada mulut dan perut..maka berhati-hatilah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


04 December 2018

Ulang-ulang Berulang Kali

9:54 AM 6
ULANG-ULANG BERULANG KALI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


ULANG-ULANG BERULANG KALI | 'Jangan ulang-ulang banyak kali boleh tak'.'Bosan la asyik-asyik benda yang sama diulang-ulang'.Ada yang berkeluh kesah berasa bosan dan rimas bila satu-satu perkara itu diingatkan atau dimaklumkan berulang kali.Banyak kali.

Ulang-ulang berulang kali jika di sosial media atau di media cetak mahupun di media elektronik..ianya dipanggil promosi.Secara langsung atau secara tidak langsung.Daripada menyampah jadi suka.Daripada tidak tahu menjadi tahu.Bukan daripada mata sahaja turun ke hati...daripada telinga pun perginya ke hati.Mula-mula meluat..eh terpikat.

Ulang-ulang berulang kali.

ULANG-ULANG BERULANG KALI

Mudah diingat dan dipraktikkan.Atok nenek kita..mak ayah kita..dulu masa kita kecil-kecil..suka ulang-ulang cakapnya.Padahal perkara yang sama.Kadang sampai anak cucu dah boleh hafal dialog apa yang dia orang nak cakapkan.Namun akibat tidak jemu mereka ulang cakap benda yang sama itulah kita boleh ingat sampai sekarang.PC sendiri pun ada yang masih PC praktikkan sampai sekarang apa yang dipesan oleh arwah atok dan nenek PC.Dalam tanpa sedar ianya membuatkan kita berterima kasih kepada mereka sebenarnya.Sentiasa mengingatkan hal yang baik ulang-ulang berulang kali.

Menjadi amaran.Di jalanraya.Mengapa banyak signboard yang sama diletakkan merata-rata.Tidak cukupkah hanya satu signboard sahaja untuk mengingatkan.Itulah psikologinya bagaimana mengingatkan dengan cara sesuatu yang boleh dilihat dan terakam diminda.Telinga yang mahu mendengar.Mata yang mahu melihat harus sentiasa diingat dan memperlihatkan ulang-ulang berulang kali.Jika ada bahaya contohnya..boleh dielakkan.

Elak ulang kesilapan.Mudah lupa..mudah lalai itu sentiasa ada pada kita insan.Tidak dapat lari dari melakukan kesilapan itu lumrah.Baik hal yang kecil mahupun yang besar.Maka mengapa kita dianjurkan untuk sentiasa mencari perkara-petkara baik,dekati dan amalkan berulang kali tanpa jemu.Supaya setiap amalan itu buat kita berfikir banyak kali untuk ulang kesilapan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

03 December 2018

Mengerti

8:25 AM 11
MENGERTI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Ada cukup sekali berbicaranya.
Ada dengan lirikan mata.
Ada dengan segaris senyuman cuma.
Ada dengan hanya sedikit anggukkan kepala.
Ada hanya sepatah kata tiada lebihnya.
Apa?.
M E N G E R T I.

Bila mahu mengerti.
Bila mengerti daripada dasar hati.
Menjadi mudah hingga hujungnya nanti.
Bila menempuh kehidupan sesudah mati.
Mengerti ada yang sendiri.
Mengerti ada juga yang mesti dipelajari.
Ya.

Sukar.
Bila?
Tidak mahu mengerti.
Bekukan mata hati.
Lebih parah.
Bila?
 Tidak mahu mengerti apa yang Tuhan ingini.
Allahu Rabbi.

Sesama insan.
Sedaya dipenuhi.
Bersungguh kaji ingin mengerti.
Ambil hati.
Ambil peduli.
Hak Tuhan jangan dibuat tuli.
Bertempiaran sendiri nanti.

M E N G E R T I.
Mahal sekali.
Tidak semua miliki rasa ini.
Bukti?
Masih ramai menyakiti.
Banyak yang tersakiti.

Mahu mengerti.
Selami dari sepasang mata ini.
Jawapan ada nanti.
Bukan hanya pada manusia.
Pada setiap makhluk yang ada.


Mengerti

#sama-sama mencari redha Allah SWT

02 December 2018

Boleh Tak Nak Jadi Blogger Tapi..

9:05 AM 21
BOLEH TAK NAK JADI BLOGGER TAPI..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BOLEH TAK NAK JADI BLOGGER TAPI.. | Melakukan sesuatu itu sangat sarat dengan empat S..semangat .. sabar..suka..syukur.Rapuh salah satunya sahaja pun longgar yang lainnya.Atau mungkin PC sahaja berasakan begitu barangkali.Allahu.Jalan pintas ni nasib.Kadang ada yang kena dan berjaya..kadang tersasar dan merana.Macam itu jugalah seorang blogger.

Boleh tak nak jadi blogger tapi..

Boleh tak nak jadi blogger tapi..

Tidak perlu daftar di blogger dot com.Sila jadi vlogger..rakam masukkan dalam youtube..nanti jadi youtuber pula.Boleh sahaja sebenarnya.Terutama yang lebih gemar berlisan berbanding menulis.Tiada salahnya.Lebih mudah mendekati,didekati dan difahami kerana berbicara terus.

Malas taip entri.Sebenarnya bila malas,jangan kata jadi blogger..urusan lain pun agak sukar dilakukan.Blogger dan penulisan sangat berkait.Macam isi dengan kuku.Macam aur dengan tebing.Tapi boleh juga,cari video atau mana-mana artikel salin dan masukkan dan kogsikan di blog kita..jangan lupa backlink kan.Sekiranya tidak blogger tersebut boleh dikenakan tindakkan atas kesalahan mengambil artikel tanpa izin.Huissss tak pasal-pasal jadi pencuri.Jesian orang termenung garu kepala besengkang mata cari idea..kita senang hati curi ya.Dosa.

Blogwalking dan komen sahaja.Seronok sebenarnya blogwalkibg dan komen sahaja di blog kawan-kawan.Kadang mood PC pun begitu.Tiada mood nak menaip...nak mengarang..nak berkongsi apa-apa...tapi rasa bersemangat lain macam nak pergi ziarah dan bebel di blog kawan-kawan.Tapi hujungnya jika berterusan begitu..bagaimana pula presrasi blog sendiri.Allahu.Rasa tak sampai hati hidang juadah basi pada tetamu sedangkan bila PC datang rumah orang banyak hidangan berkhasiat dihitangkan.Begitu jugalah dalam dunia seorang blogger.

Pasang iklan banyak-banyak sahaja.Entri yang dikongsi itu ada daya tarikkan ysng tersendiri.Apa yang disampaikan itu sangat penting.Sama ada membuat orang gembira dan mendapat sesuatu daripada blog kita atau tergesa-fesa mencari simbol × kemudian taubat tidak mahu datang lagi.Blog bukan tiang lampu atau dinding tempat iklan membiak.Heeheheeee.Kalau PC utamakan dahulu pengisiannya..kemudian barulah pemasangan iklan yang selayaknya.InsyaAllah rezeki daripada iklan itu menyusul nanti.Konten..pageview..sering perlu diambil perhatian.

#sama-sama mencari redha Allah SWT




01 December 2018

Untuk Semua Belum Tentu Untuk Kita

7:21 AM 3
UNTUK SEMUA BELUM TENTU UNTUK KITA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


UNTUK SEMUA BELUM TENTU UNTUK KITA | 334 hari sudah kita lalui.Berbaki 31 hari sahaja lagi.Di tahun 2018 ini.Akhirnya Disember menjelma.Menjadi bulan penutup masihi setiap tahun.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Untuk Semua Belum Tentu Untuk Kita

Untuk semua belum tentu untuk kita.

Sama rata.Allah beri sama.Tujuh hari seminggu.Dua puluh empat jam sehari semalam.Sama-sama menjadi makhluk menghuni alam milikNYA hingga Malaikat Izrail datang ambil nyawa.Ada yang Allah izin hidup lama dengan usia yang begitu panjang.Ada yang tidak sempat pun celik mata melihat dunia Allah pinjamkan dan ambil semula.Macam-macam.

Nikmat Allah beri.Ujian pun Allah beri.Cuma mungkin kadarnya tidak sama.Apakah dan bagaimana bentuknya berbeza-beza.Untuk semua belum tentu untuk kita.Itulah namanya rezeki.Mungkin tidak kali ini dilain kali barangkali.

Hidup tetap hidup.Hidup untuk menghidupkan itu letaknya pada tanggungjawab.Hidup kemudian mematikan itu izin Allah.Hidup sementara itu di dunia.Kekal hidup selama-lamanya itu di akhirat kelak.

#sama-sama mencari redha Allah SWT