08 November 2018

Berkeluh Kesah Itu Meringankan Juga..

BERKELUH KESAH ITU MERINGANKAN JUGA..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BERKELUH KESAH ITU MERINGANKAN JUGA.. | Ah!.Adoi!.Ermm!..dan banyak lagi biarpun sekadar menghela nafas yang menekan dan berat itu boleh dianggap berkeluh kesah.Tidak terlepas melalui hari-hari yang telah berlalu..saat ini..ada yang dikeluh kesahkan.Walau cuma dalam hati.

Salahkah..

Berkeluh kesah itu meringankan juga.

Tidak bersyukur.Tidak mensyukuri jika berkeluh kesah.Ada betulnya.Bila bersyukur apa pun yang datang,bagaimana pun bentuk ujian hadapi tanpa berkeluh kesah.Itu tanda redha,berlapang dada menerima dan tenang fikiran menghadapi.Persoalannya benar-benar mampukah kita.InsyaAllah boleh.

Sesekali itu wajar.Mungkin tidak sedap untuk di dengar,mahu tidak mahu terimalah hakikat berkeluh kesah itu meringankan juga bebanan dijiwa dan minda.Apa yang terbuku dan terpendam ada waktunya perlu dileraikan.Mesti diluahkan supaya tidak merosakkan saraf emosi dan meragut ketenteraman akal.Sebelum apa yang terpendam itu membawa kepada ketidak wajaran tindakkan atau tingkah laku..adalah lebih baik luah dilandasan yang betul.

Tidak usah meleret menjadi rungutan yang berlarutan.Apa situasi..usahakan untuk jadikan Allah SWT tempat pertama berkeluh kesah.Seberapa banyak mana pun yang ingin diluahkan..silakan.Bila-bila pun.Namun sesama insan..jangan terbiasa dan dibiasakan..cukup mungkin pada yang BETUL-BETUL perlu sahaja.Suatu yang berterusan takut-takut menjadi rungutan yang mungkin merosakkan diri sendiri.

Berkeluh kesah itu meringankan juga.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



9 comments:

  1. Bila dilanda resah, kita sering berkeluh kesah dan kita lupa bahawa sepatutnya kita mengadu kepada Allah...

    (Guna internet explorer baru boleh komen...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..mengadu pada Allah dulu sebaiknya..kemudian usahakan cari penyelesaian.

      Delete
  2. Betul PC. Kadang buka sebab tak bersyukur tp secara tak sengaja kita mengeluh. Terasa ringan kejap kan. Cuma org dengar tak berapa molek lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..bila mengeluh kata tak bersyukur walhal itulah kita manusia...perlu meluahkan..

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian PC. Insha Allah zumal tak mengeluh lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 .. sebenarnya perlu berkeluh kesah..kerana hidup ini warna warni dan tidak sentiasa tenang..

      Delete
  4. thank you for this kind reminder. kdg2 ingat tapi selalu lupa.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan..tq awk mengingatkan...betullah mmg Allah itu memberi apa yg umatnya mampu kan...ujian ke dugaan ke semua sbb Allah tahu kita boleh lalui nya..kadang kita je terasa tidak yakin..
    btw done following u...jemput singgah my blog ya

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..