31 October 2018

Kebuntuan Seorang Blogger..Eh!

8:33 AM 22
 KEBUNTUAN SEORANG BLOGGER..EH!
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


KEBUNTUAN SEORANG BLOGGER .. EH! | Adakah seorang blogger berasa buntu?..Atau mungkin PC sahaja yang berasakan begitu.PC bukan sahaja pernah melalui detik kebuntuan...malahan diserang sikap syok sendiri dan kejutan budaya dalam berblog.Bila dikenang boleh senyum sendiri.Tapi lebih banyaknya rasa malu dan jelas ke"jakun"annya.

Teruja yang membawa padah.Pemilihan template,warna dan menghias blog satu yang menjadi kemestian bagi seorang blogger tak kiralah yang baru mahupun yang senior..ketika itu maklumlah "newbie" gitu kononnya PC ni.Semua gadjet nak dipasang.Pantanglah nampak yang comel mula nak syok sendiri.Hinggakan siput lebih laju geraknya berbanding loading blog PC😥.Akhirnya PC pun bertaubat cuba mencari yang minimalis.Jangan berhenti menggali ilmu dalam lapangan berblog ini.Teruskan.Ilmu sentiasa berkembang dan bertambah.

Kebuntuan seorang blogger .. eh!.

Buntu menentukan matlamat atau haluan blog sendiri itu satu hal yang tidak dapat disangkal.Tekapai-kapai menentukan "niche" satu yang lumrah.Ibaratnya macam baru mula buka perniagaan.Masih mencuba-cuba mencari apa yang dapat menarik perhatian dan minat sahabat-sahabat yang sudi singgah.

Kebuntuan Seorang Blogger..Eh!

Singgah atau blogwalking.Blogger juga memerlukan komunikasi dua hala.Secara maya.Singgah,baca dan meninggalkan komen.Diketika ini timbul kebuntuan apabila kotak komen sememangnya tidak ada (tidak diaktifkan) atau tidak terpapar disebabkan masalah tertentu.Dah baca,nak ulas eh tak ada pula tempatnya.Tidak mengapa kerana ianya membantu juga sebenarnya.Sengaja tidak mahu komen atau sebaliknya tetap membantu menambah pageview sahabat blogger.Niatkan sedekah.Lillahitaala.

Citarasa.Setiap blogger akan berkongsi apa sahaja yang disukai.Blog sendiri maka dengan senang hati mahu dicorak dan diwarnakan bagaimana.Kita suka belum tentu orang suka.Setiap orang ada citarasa.Kalau singgah ke blog sahabat-sahabat...apa yang dikongsikan tak menarik minat atau tak menenuhi citarasa..jangan terus pangkah...bacalah niatkan kutip ilmu.Tiada ruginya.Bayangkan diri sendiri....kalau bersungguh dah kita cari idea...tulis..kongsi..belum baca orang dah pangkah...mesti sedihkan..oleh itu cuba elakkan lakukan hal sedemikian.KECUALI apa yang dikongsikan NYATA ada unsur-unsur yang TIDAK BAIK DAN TIDAK SIHAT.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

30 October 2018

Penting Sangat Ke Air Tangan Tu..

9:29 AM 14
PENTING SANGAT KE AIR TANGAN TU..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


PENTING SANGAT KE AIR TANGAN TU.. | "Air tangan" .. membawa erti "masakkan seseorang".Boleh jadi masakkan daripada seorang ibu,seorang ayah..isteri atau suami atau air tangan seseorang yang kita ingini.

Penting sangat ke air tangan tu.

Belajar masak tak rugi.Masaklah walau yang mudah-mudah je.Masak yang boleh di makan.Diri sendiri makan..orang lain makan tak sakit perut.Bila dah kawin takkan hari-hari nak makan kat luar.-Mama-

Selalu mama pesan begitu.Aneh dipendengaran yang waktu itu PC baru darjah dua.Umur 8 tahun,suruh belajar masak..sebut bab kawin.Cuba suruh main..fuhh tak suruh pun berdesup."Aaaape ke merepek mak aku ni".....itu dulu yang PC fikir dan anggap.Budak-budak sangat.Huhu.Tapi budak dulu dengan budak sekarang sangat jauh beza bawaannya.Lain zaman lain warnanya.Tak gitu.Sebenarnya untuk jangka masa panjang ianya BUKAN cakap dan nasihat yang kosong dan sia-sia.Mewah kebenaran,melimpah hikmah.

Lain orang lain pendapat.Ada yang berasa makan di luar atau bungkus makanan dari luar itu lebih menjimatkan.Ada juga anggap sebaliknya kerana tambah kuantiti maka tambah harga dan wang juga.Sedang kalau memasak di rumah boleh ulang makan tanpa tambah bayaran.Masak lebihkan asal tidak membazir,itu dah ok sangatlah.

Kalau ada yang tanya pada PC..penting sangat ke air tangan tu..pandangan peribadi PC adalah YA!..penting.Bagi PC air tangan ni ada magisnya..ada hikmah dan manisnya luar biasa.Memikat hati.Kebersihan dan kualitinya terjaga.PC tidak prejudis pada yang lebih memilih beli atau sepenuhnya makan di luar..tidak..kerana setiap orang ada sebab atau alasan masing-masing..cuma untuk PC sendiri..menikmati makanan di luar...di warung,restauran,makanan segera pizza,KFC,McD dan sebagainya itu perlu sekali sekala.Bergantung pada situasi,masa dan keperluan.

PENTING SANGAT KE AIR TANGAN TU..

#sama-sama mencari redha Allah SWT

29 October 2018

BOLA?!?

8:10 AM 14
BOLA?!?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BOLA?!? | Isnin akhir di bulan Oktober.Menutup tirai Oktober tahun ini pasti menjadi kenangan manis dan indah bagi pasukan bola sepak Negeri Perak.Sabtu lepas berlangsung perlawanan Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu FC.Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pemain sama ada daripada pasukan Perak..mahupun pasukan Terengganu FC.Hari ini cuti untuk warga di Negeri Perak.Biar tidak semuanya bercuti..tidak mengapalah moga ini menjadi sumbangan kegembiraan bukan sahaja kepada pemain tapi pada penyokong juga.

Babah PC bukan tergolong dalam kelompok yang suka menonton apatah lagi mengikuti perlawanan bola sepak.Kalau tengok pun ala kadar sahaja.Hingga sekarang pun begitu.Abah mertua,adik-adik ipar PC pula lebih kepada sukan badminton.Namun ianya berubah bila mana Tunku Mahkota Johor (TMJ) membangunkan semula bola sepak di negeri kelahiran dan kesayangan kami Johor Darul Takzim..Encik Suami yang dulunya lebih memilih tidur dan membaca komik daripada menonton perlawanan bola sepak..kini berlaku sebaliknya.Suka mengikuti perkembangan semasa bola sepak.Bukan hanya JDT..pasukan bola sepak negeri-negeri lain juga.

Bola?!?.

BOLA?!?

Perantau tumpang rezeki.Ya,PC dan Encik Suami warga JDT.Berhijrah ke Negeri Perak ini lantaran tuntutan tugas yang perlu digalas.Kami perantau tumpang rezeki kemenangan pasukan bola sepak Perak yang berjaya meraih Piala Malaysia.Allahu.Dalam apa pun jenis sukan,setiap diadakan perlawanan masing-masing sebenarnya sudah bersedia lebih awal.Kekalahan atau kemenangan.

B O L A ..BUAT ORANG LUPA ALLAH.Banyak sebab orang lupa Allah SWT.Banyak orang juga sentiasa ingat Allah,tapi lupa suruhan dan larangan-Nya.Tidak semua orang alpa untuk melunaskan ibadah gara-gara bola.Solat itu wajib dilunaskan tapi tidak wajib dipamerkan ketika menunaikannya.Bagi PC secara peribadi..permainan bola itu atau apa pun jenis permainan dan jenis sukan tiada salahnya.Mahu lalai mendirikan solat...atau tetap menjaga solat,itu berbalik pada diri sendiri dan masing-masing😊.


Segera PERLU DAN MESTI berubah dan diubah.Bola sepak itu cukup sebagai satu sukan.Riadah yang meyihatkan.Menyatukan hati dan ukhuwah satu sama lain.Pelbagai bangsa,agama dan budaya di dalamnya.Bukan hanya dikalangan sesama pemainnya serta jurulatih,tapi juga pada penonton dan penyokongnya.Kekuatan satu pasukan bila ada kerjasama setiap ahlinya..kejayaan sukan bila ada kesepakatan oleh penyokong-penyokongnya.Tidak rugi menjaga akhlak.Yang akan terpuji diri sendiri akhirnya.امین

#sama-sama mencari redha Allah SWT


28 October 2018

Jalan Singkat

8:23 AM 4
JALAN SINGKAT
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Dalam sungai ada buaya
Buaya buas menanti mangsa
Jalan singkat ada baiknya
Ada juga kesan buruknya

Ada pelbagai jenis kurma
Makanan sunnah jadikan rutin harian
Takut manisnya seketika cuma
Pahit dan mendung pula berpanjangan

Belajar membuat kuih keria
Disira dengan gula melaka
Cepat naik segera menjunamnya
Mengekalkan itu lebih utama

Indah corak di mangkuk tingkat
Berisi lauk juga kek coklat
Ramai yang memilih jalan singkat
Moga tidak hujungnya tersekat

Jaga silaturahim sesama kita
Berbuat baik tidak mengira nasab
Tiada jalan singkat menghuni syurga
Satu per satu amalan dihisab

Amalan mulia berjimat cermat
Jangan pula menjadi kedekut yang amat
Bahagia melihat orang merai nikmat
Buka sedikit menitis setiap keringat

Jalan singkat
#sama-sama mencari redha Allah SWT


27 October 2018

Terus Memgikut Dan Membayangi

9:59 AM 6
TERUS MENGIKUT DAN MEMBAYANGI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Di bawah sinar rembulan.
Di bias sinar kelam cahaya malam.
Di posisi apa pun.
Bayang tetap mengikuti.
Sentiasa mendampingi.
Selalu menemani.

Di jasad manusia.
Di wujudnya tumbuhan.
Pada juga sang haiwan.
Ya ada bayangnya.
Ke mana arahnya kita.
Di situ terarahnya ia.

Terus mengikut dan membayangi.
Ilusi.
Realiti.
Yang bagaimana mengikuti.
Seperti apa yang membayangi.

Kisah silam tidak mampu dipadam.
Kenangan itu akan sering bertandang.
Sentiasa mengikuti.
Terserah pada diri sendiri.
Melayani.
Mengabaikan tidak mahu peduli.


TERUS MENGIKUT DAN MEMBAYANGI

Jangan dibiar yang mengikut menganggu.
Jangan benarkan yang membayangi menggugat.
Satu masa.
Apa yang dulu.
Baik.
Buruk.
Bakal ditinggalkan.
Tetapi.
Bakal mengikuti.
Yakin membayangi.
Waris-waris yang ditingga

# sama-sama mencari redha Allah SWT






26 October 2018

Pengertian SEDERHANA..Terserah Akulah

7:27 AM 3
PENGERTIAN SEDERHANA..IKUT AKULAH
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PENGERTIAN SEDERHANA .. TERSERAH AKULAH | Berlebihan.Terlalu berkurangan.Tengah-tengah antara keduanya adalah KESEDERHANAAN.Tidak keterlaluan dibahagian mana-mana pun.Memudahkan.Meringankan dan mematuhi apa yang Islam anjurkan.SubhanaAllah.


PENGERTIAN SEDERHANA .. TERSERAH AKULAH

Pengertian sederhana..terserah akulah.

Hormat.Bila sebut sederhana,setiap orang akan menjelaskan pengertian sederhana itu daripada sudut pandangan dan situasi yang dilalui.Sederhana bagi orang yang memang sederhana kehidupannya seharian..memiliki dua pasang baju baru itu sederhana.Manakala bagi orang yang mewah kehidupannya,memiliki lima almari pakaian berjenama itu juga di anggap sederhana baginya walhal bagi kita yang melihat  daripada kacamata insan biasa-biasa menganggapnya itu lebih mewah.Bagi mengelakkan timbul rasa-rasa yang kelam,gelap dan hitam dalam hati..hormatilah sahaja.

Akur dan berlaoang dada.Pandangan helang dan nuri tidak sama bukan.Jadilah mata lebah yang sentiasa mencari bunga-bungaan dan haruman serta kebersihan..jangan menjadi mata lalat yang selalu gemar akan kekotoran dan bauan yang tidak menyenangkan.

Sisihkan.Mahu sisihkan rasa riak,ujub dan takbur pada diri TIDAK mudah.Sangat-sangat SUSAH.Kalau tidak dilisan ianya diluah..takutnya dihati ianya bersarang.Kadang di mulut menafi tapi dilihatkan pada perbuatan.Justeru untuk menasihati,atau memperbetulkan apa yang keterlaluan condong ke arah kesederhanaan mestilah sepertinya bermain layang-layang..seperti juga menarik rambut dalam tepung lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan insan beranggapan "pengertian sederhana .. terserah akulah"

Salam Jumaat indah untuk semua sahabat di mana pun kalian berada.Moga sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah SWT.امین.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

25 October 2018

Pancing Dan Umpan

8:51 AM 16
PANCING DAN UMPAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


PANCING DAN UMPAN | Bagi kaki pancing atau sekadar hobi sederhana,pancing dan umpan seolah menjadi sahabat karib.Mungkin seorang nelayan dilaut cetek atau dalam keperluannya lain-lain mengikut keperluan situasi.Andai sekadar ditempat biasa-biasa..pancing dan umpan memadai.Lain target tangkapan lain saiz dan beza jenis umpannya..

Kata abah mertua PC..Mahu belajar dan melatih diri bersabar..cubalah sesekali memancing..setelah modal,masa,tenaga yang dilaburkan..bila mana umpan habis namun tiada satu pun hasil yang di bawa pulang.SABAR TAK ketika itu..di saat bukan dan belum rezeki ada..

Pancing dan umpan.

Waspada.Tersilap,tersasar,tergelincir itu perkara biasa.Tidak mustahil berlaku pada sesiapa pun.Pada pemahaman atau pemikiran juga tindakkan.Khilaf itu sentiasa boleh terjadi walaupun telah terlebih dahulu berjaga-jaga atau siap siaga.Waspada pada segenap unsur disekeliking kita.Niatkan segala usaha untuk lindungi diri dan keluarga kerana DIA.Berdoa minta Allah SWT elakkan kita semua daripada termakan umpan kata-kata yang membinasa.امین.

Taktik dan teknik.Adik beradik.Saudara mara.Kawan-kawan.Ada sahaja idea masing-masing bagaimana untuk menarik perhatian satu sama lain.Taktik dan teknik pancing dan umpan biasanya digunakan.Lucu kisah semalam PC.

Pancing dan umpan.


Biras : Kak tengok ni..
PC : Buah tu..terliur oii..
Biras : Abang dengan akak sukakan buah ni..
PC : Haah..😍
Biras : Balik kampung kak..ada lagi untuk akak dengan abg..
PC : Kan baru dua minggu lepas kami balik..
Biras : 😔..alah misi gagal..
PC : 😖😏

Begitulah kehidupan ini.Allah SWT tebarkan begitu banyak nikmat yang boleh diibaratkan umpan.Bijaklah memilih dan memanfaatkannya supaya nanti tidak merosakkan roh dan jasad sendiri.

#sama-sama mencari redha Allah SWT.

24 October 2018

Bahaya

9:22 AM 11
BAHAYA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BAHAYA |Terdedah atau tertutup.Bahaya sentiasa ada di mana-mana sahaja sebenarnya.Kita sedar  atau sebaliknya itu sahaja bezanya.Berjaga-jaga atau melakukan kecuaian bahaya sering mendekat boleh juga menjauh.Mohon Allah SWT sentiasa lindung kita semua daripada sebarang musibah dan bahaya.

Bahaya.

bahaya

Berada dalam situasi bahaya setiap daripada kita pasti mahu hindarinya sedaya upaya yang boleh dan terbaik.Namun adakala baik sengaja atau tidak sengaja diri sendiri mengundang bahaya itu mendekat.Mungkin sesetengah perkara kita adalah mangsa yang betul-betul teraniaya tapi pada satu bab lainnya sebenarnya kita sendiri membuka dan memberi jalan agar orang yang sentiasa mencari peluang untuk menyakiti kita.Lebig baik sedari awal kita mengenal musuh atau bahaya yang di bawa daripada rasa kejahatan atau pembinasa itu tumbuh dalam diri seorang yang bergelar ''kawan'' atau ''sahabat''.

Apa yang kita lisankan juga penyumbang kepada bahaya.Bahaya pada diri sendiri.Bahaya pada orang lain.Sasaran itu akan pecah dan tersebar kerana untuk menyakiti kadangkala ianya tidak semestinya pada sasaran utama sebaliknya pada apa yang berada disekeliling kita.Juga siapa yang paling hampir disekitar kita.Tiada istilah bertindak cerdik tatkala rasa amarah menguasai diri.Tiada istilah empati bila memberat rasa dengki dan iri hati.Mungkin ada yang dengar kemudian padam.Ada yang dengar tetapi simpan.Simpan yang baik itu bukan masalah tapi simpan tidak sepatutnya itu padah.Hati-hatilah.

Apa yang kita nikmati.Makanan.Lebih makan membinasakan tubuh sendiri.Punca penyakit itu daripada perut.Kenyang perut senang hati.Jika berlebihan hujungnya menyusahkan hati💔.Hiburan.Berlebih-lebihan juga bahaya..Boleh terbawa-bawa menjadi lalai sentiasa jika tiada kawalan sewajarnya.Tapislah demi kebaikkan diri sendiri dan jangan sampai mempengaruhi orang lain.Banyak nikmat Allah SWT pinjamkan pada kita.Sangat banyak.Untuk menghindari bahaya,nikmati semuanya dengan paling sederhana.Syukurilah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



23 October 2018

Gula-gula

9:04 AM 9
GULA-GULA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Tebu hitam susah carinya
Banyak khasiat itu katanya
Berlebihan manis ada bahayanya
Lebih baik mencegah daripada merawatnya

Mahu menunjukkan cinta luar biasa
Lain darpada yang lain konon mahunya
Jangan manis hanya pada kata-kata
Hujung cerita mengecewakan jiwa

Masuk hutan memburu rusa
Dapat seekor rusa betina
Tidak perlu berjanji setia
Buktikan sahaja mana semampunya

Kelihatan biasa-biasa ada baiknya
Dianggap miskin tidaklah mengapa
Biarlah hidup sederhana
Doanya manis hingga berakhir nyawa

Nenek tua jalannya bongkok
Walau bongkok cerah matanya
Sudah dapat santan semangkuk
Hampas sudah tidak berguna

Jarum patah dalam peti
Ada kisahnya bukan kerana ada sakti
Tulus lurus sebuku hati
Kanak-kanak atau dewasa jangan dibohongi

gula-gula
#sama-sama mencari redha Allah SWT

22 October 2018

Menuai Apa Yang Disemai

9:15 AM 8
MENUAI APA YANG DISEMAI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Hari ini kita.
Cuba pandang diri sendiri.
Pandang betul-betul.
Tanya pada diri sendiri.
Memberi.
Menerima.
Yang mana lebihnya.

Siapa kita.
Boleh sahaja berubah.
Mengikut masa.
Selaras usia.
Banyak faktor mengubah.
Mahu berubah.
Mahu kekal.
Yang mana.
Terserah juga.

Dulu begitu.
Eh,sekarang begini.
Ya,wajarlah.
Asal sedar diri.
Asal tahu akar dan sendi.
Asal ingat asal usul sendiri.
Jangan buang agama dan hukum Ilahi.

Menuai Apa Yang Disemai

Tanam padi.
Beras hujungnya.
Tanam budi.
Manis hikmah rezekinya.
Membela lalang.
Semak dan bahaya dapatnya.

#sama-sama mencari redha Allah SWT







21 October 2018

Teruslah Jangan Bertangguh Lagi

7:44 AM 5
TERUSLAH JANGAN BERTANGGUH LAGI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt



TERUSLAH JANGAN BERTANGGUH LAGI | Kita berhenti sedangkan waktu terus bergerak.Menjauh yang tidak mampu pun dikejar.Berganti setiap detiknya.Dengan bab yang berbeza.Dengan lakaran yang lain bentuknya.Sudah berada dihujung bulan Oktober.SubhanaAllah.InsyaAllah.Moga Allah izin.Aamin.

Teruslah jangan bertangguh lagi.

Yakin.Mahu mengumpul rasa yakin bukan kerja mudah.Goyah itu paling senang.Yakin ini melibatkan banyak hal terutama kekuatan dalaman dan kesanggupan untuk menanggung dan menguasai risiko.Tiada kejayaan tanpa kejatuhan.Tiada manis tanpa pahit.Itulah kehidupan..dalam merintis keinginan.Yakin Allah SWT senantiasa ada untuk membantu dan memantau sesiapa pun kita.

Terbuka.Tempayan yang terbuka lebih mudah dipenuhi air hujan berbanding sebaliknya.Ada masanya perlu terbuka dan jangan lupa ada saatnya mesti betul-betul tertutup.Kalau dirasakan perlu dan wajar untuk teguh berasa sakit demi kebaikkan..mengapa tidak.Kritikkan itu menyakitkan.Hehehe.Buat keras..teruslah jangan bertangguh lagi.

TERUSLAH JANGAN BERTANGGUH LAGI

Kenal pasti.Teruslah jangan bertangguh lagi apabila mahu bertindak pada perkara-perkara yang betul dan baik bukan sahaja untuk diri sendiri,malahan untuk orang lain juga.Kenal pasti persekitaran lalu lakukan.Mungkin langkah pertama kita menjadi halaman baru buat orang lain.Bila suatu yang baik itu diikuti..insyaAllah kebaikkan-kebaikkan lainnya menyusul.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


20 October 2018

Segalanya Terungkap Nanti

9:08 AM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SEGALANYA TERUNGKAP NANTI | Lama.Sekejap.Jauh.Dekat.Panjang.Pendek.Waktu itu sering menjadi ukuran.Ya,tempoh waktu.Atau jangka masa seperti hari,bulan dan tahun juga.Sedetik itu waktu.Apatah lagi berjam juga berabad.

Segalanya terungkap nanti.

Lambat atau cepat seiringnya waktu yang telah berlalu dan bakal mendatang segalanya terungkap nanti.Baik disisi yang putih atau sebaliknya.Mahu yang manis atau juga sebaliknya.Kalau tidak di dunia..ya di akhirat menanti.NAMUN...boleh sahaja setiap sisi kurang molek itu dipadam dan diselindungi dengan cara taubat yang sesungguh bertaubat.Allah SWT itu tidak menzalimi.Pintu-pintu taubat sentiasa luas terbuka seperti juga pintu-pintu syurga yang sentiasa luas menanti penghuni-penghuninya.

Kisah silam itu jangan pernah dijadikan tembok yang menghalang.Hendak berubah..betul-betul.Biarpun sikit-sikit dan perlahan.Biar sarat dengan cacian dan makian..hadapi dengan sekentalnya hati.Asal nawaitu kerana DIA segalanya terungkap nanti.

Dalam hidup ini,ada hal perlu untuk kita perjelas agar tidak timbulnya fitnah.Ada juga yang mesti disimpan serapinya juga supaya tidak menjadi dosa buat kita dan orang lain.Jangan gundah tidak dipandang dikala membuat kebaikkan mungkin itu penyelamat buat kita.Dan jangan sedih juga andai sering dipandang serong kerana itu peringatan dariNYA kerana tanda kasih.

Untuk menjawab segala persoalan takdir kehidupan dirasakan tidak mampu..sedang telah banyak kekeliruan diulas dan dibahas dengan selayaknya pun masih lagi dipandang sepi dan didengar hambar..maka yakinlah segalanya terungkap nanti...cuma jangan tatkala detik itu tiba kita sudah terlewat...

SEGALANYA TERUNGKAP NANTI
#sama-sama mencari redha Allah SWT


19 October 2018

Rezeki

7:48 AM 19
REZEKI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt
Rezeki
Bersua lagi di hari Jumaat
Masjid menjadi tumpuat ummat
Lontarkan kata penuh hemat
Mengundang bahagia juga rahmat

Awal pagi mendaki bukit
Perlahan-lahan dan sedikit-sedikit
Ada banyak ada sedikit
Sentiasa memberi tiada mahu mengungkit

Lengan kemeja rapi dilipat
Awal bersiap agar tidak lewat
Ada lambat ada cepat
Syukuri sahaja limpahan nikmat

Kain batik kain pelikat
Hadiah istimewa saudara jauh dekat
Yakinlah rezeki tidak silap alamat
Tiada juga istilah terlambat

Buluh disusun dijadikan rakit
Rakit indah milik Si Atik
Ubahlah pandangan sedikit demi sedikit
Rezeki itu tidak semesti duit

#sama-sama mencari redha Allah SWT

18 October 2018

Cabaran Seorang Blogger

9:53 AM 27
CABARAN SEORANG BLOGGER
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


CABARAN SEORANG BLOGGER | Siapa pun kita.Di mana kita berada,cabaran itu sentiasa ada.Tidak mengira waktu pun sebenarnya.Cabaran paling besar adalah kita ini sebagai hamba-Nya,bagaimana mahu mentarbiah diri agar berusaha sedaya kudrat untuk memantapkan keimanan pada-Nya.Menyerlahkan syariat-Nya di celah-celah indahnya tarikkan duniawi.Allahu.Apa pun yang kita lakukan,biar sehabis baik.Memberi manfaat.امین.

Cabaran seorang blogger.

Hebat.Wallahi sangat jauh daripada PC yang hingga kini masih terkial-kial memperbaiki itu ini sana sini sebagai seorang blogger kecil dan terpencil.Sangat ramai sahabat blogger yang PC kagumi.Semangat mereka.Istiqhamah berkongsi pelbagai ceritera dan info-info serta tips-tips berguna.Pelbagai cara diguna.Banyak sumber mereka gali untuk terus gigih berkongsi setiap hari.Status dan tanggungjawab yang digalas itu tidak sama sekali dijadikan satu alasan.SubhanaAllah.Syabas sahabat-sahabat blogger.

Secara peribadi cabaran seorang blogger daripada sudut pandangan Perdu Cinta..

💌Masa.
Sama setiap kita Allah pinjamkan 24 jam 7 hari seminggu.Ya sama NAMUN cara menguruskan masa setiap kita adalah berbeza-beza mengikut cara dan keinginan masing-masing.Ikut keselesaan individulah senang cakap.Justeru tidak hairan mengapa ada yang hanya berkongsi satu entri sehari..dan ada yang mampu berkongsi hingga empat ke lima entri sehari.Pengurusan masa itu sangat penting juga bagi seorang blogger lebih-lebih lagi yang menjadikan blog sebagai medium sumber pendapatan.

💌Lawan rasa.
Lumrah manusia.Macam-macam rasa ada.Bukannya setiap hari perasaan atau emosi sentiasa berada dalam keadaan baik.Ada ketikanya mendung sepanjang hari.Ada masanya lemau mengalahkan keropok yang dah seminggu masuk angin.Bila rasa malas dan ke laut datang..tidak mustahil bersawang sana sini blog.Hendak melawan rasa-rasa yang membinasa itu sukar.Kadang perlu dipaksa-paksa.Kenangkan kesungguhan rakan yang singgah blogwalking dan menitipkan komen..itu meniupkan semangat kembali.

💌Idea.
Bagi PC banyak cara dan sumber boleh diusahakan untuk mencari dan mendapatkan idea.Terkadang apa yang berada disekeliling sendiri atau di hadapan mata sendiri boleh dijadikan idea untuk menulis dan dikongsikan kepada sahabat blogger lain.Di saat berasa tepu untuk mencoret..cari ruang untuk rehatkan diri.Santai.Jalan-jalan.Letih fizikal,mental dan emosi juga merencatkan blogger untuk kembangkan idea menjadi satu hasil karya yang bagus.Tak apalah apa yang disampaikan ringkas,yang penting ikhlas dari hati dan boleh menjadi saham pada kita.Doa minta Allah dekatkan ilham yang baik-baik supaya kebaikkan melalui tulisan itu dapat disebarkan.امین.

💌Wahana (alat,perantaraan,gadjet,medium).
Ada masa,mood on,idea kencang.......tiba-tiba wahana pulak bermasalah.Laptop rosak..komputer rosak..tab rosak..notebook rosak..smartphone moody..Allahu.Seorang blogger sememangnya memerlukan diantara ini semua..ianya menjadi medium untuk menyampaikan dan perkongsian.Justeru bukan satu hal yang aneh seseorang blogger itu sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan wahana yang terbaik termasuklah sedaya upaya memilih  tawaran perkhidmatan jaringan internet yang berkualiti.Untuk mempersembahkan sebuah karya yang terbaik.

Cabaran Seorang Blogger
#sama-sama mencari redha Allah SWT




17 October 2018

Barulah Pertama Kali

7:22 AM 14
BARULAH PERTAMA KALI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BARULAH PERTAMA KALI | Mantis shrimp😎 lebih mudahnya dikenali atau dipanggil sebagai udang lipan,udang mentadak atau udang ronggeng.Bila pergi belanja barang mentah basah..sesekali ada ternampak tapi tidak kuat tertarik untuk membeli dan mencubanya.Mungkin orang lain sudah jemu menikmatinya..tapi PC barulah pertama kali makan udang ini.

BARULAH PERTAMA KALI

Masih molek berkulit.

BARULAH PERTAMA KALI

Seekor baru dibuang kulitnya.Teruja cepat-cepat ambil gambar.Lebih mudah mengurus udang biasa sebenarnya.Gunting kelilingnya,ikut rezeki,kadang isinya melekat pada kulitnya..kalau tidak melekat cantiklah hasil isinya terbentuk seperti gambar☝.Alhamdulillah.

Barulah pertama kali.

Mungkin nanti ada kali-kali seterusnya barangkali..aamin.Sedap rasanya.Kali pertama ni udangnya PC goreng tepung.Lupa pula ambil gambar..😕

#sama-sama mencari redha Allah SWT.



16 October 2018

Mudah Sangat

8:37 AM 10
MUDAH SANGAT
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


MUDAH SANGAT |  Susah atau mudah?..Pasti yang mudah menjadi pilihan utama.Rasa PC tiada yang suka bersusah payah dan menempuh pelbagai rintangan kerana sudah banyak didengar dan dilihat betapa ramai yang mengambil jalan pintas untuk bermacam visi dan misi.Mungkin juga kita ada pengalaman sendiri.Namun hakikat hidup tidak begitu kerana syurga itu mahal.

Mudah sangat.

Syukur.Kalau kita sentiasa ingat semua daripada Allah SWT,insyaAllah kita akan mudah untuk bersyukur.Tapi kalau kita rasa apa yang kita miliki adalah kerana usaha yang dilakukan sepenuhnya,tidak mustahil mudah sangat juga kita mengkufuri nikmat di depan mata.

Kesimpulan.Dalam pandangan,idea atau apa pun yang kita kongsikan terkadang merangkumi banyak aspek termasuklah kesimpulan.Mungkin ada yang lebih mudah terus membuat kesimpulan tanpa usul periksa terlebih dahulu dengan cara melulu atau terburu-buru hingga timbulnya fitnah.Tapi ada juga membuat kesimpulan mudah sangat dengan memilih jalan positif iaitu bersangka baik selagi mana satu hal itu disahkan benar atau sebaliknya.

Terpengaruh dan mempengaruh.Butakan hati.Ubah pandangan mata.Saujana mata memandang.Luas corong dipendengaran.Setiap masa bermacam kelakuan boleh lalu lalang di hadapan mata.Boleh di akses hingga disebelah teling.Apa yang baik kalau mahu mudah sangat untuk diterima begitu juga sebaliknya..mudah sangat kalau mahu ditolak dengan kadar segera.

Berputus asa atau bangkit.Sesekali atau mungkin banyak kali sebenarnya..hehe..berputus asa tidak boleh dielak.PC lah tu.Ada rasa itu.Ada.Cuma berlarutan atau menyinggah sekejap sahaja.Bila kurang mendapat dan mencari motivasi rasa-rasa negatif senang menyerang..tapi kalau kena caranya,cepat bertindak..insyaAllah mudah sangat bangkitnya.Cari kekuatan diri dan gilap.

Mudah sangat.
#sama-sama mencari redha Allah SWT

15 October 2018

Seadanya

8:57 AM 5
SEADANYA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Seadanya.
Diri sendiri.
Orang lain juga.
Saling menerima.
Saling merai.
Sentiasa berlapang dada.
Selalu membuka minda.
Ringankan untuk menghormati.
Menghargai.


Kekurangan.
Jangan dibanding-bandingkan.
Kelebihan.
Tidak usah diagung-agungkan.
Lebih.
Atau.
Kurang.
Buku masing-masing.
Haluan sedari rahim si ibu yang mengandung.
ALLAH SWT telah acuankan.
Ikhtiar insan ada had.
Ada batasan kemampuan.


Seadanya.
Terima seadanya.
Sedayanya.
Semampunya.
Selayaknya.
Mahu setara.
Mana mungkin.
Mahu sama.
Jauh berganda.
Sedar diri.
Selaginya manusia biasa.
Selaginya hamba-Nya.
Biasa-biasa sahaja.


Seadanya.
Jangan mengharap lebih.
Jika apa yang diberi kurang.
Jangan minta lebih.
Kalau yang disediakan ringan.
Jangan mahu memenuhi.
Yang lain disingkir.


Seadanya.
Terimalah.
Jangan asyik menuding.
Takut biasnya tak mampu untuk ditanggung.
Andai kebaikkan itu serampang dua mata.
Untung.
Jika keburukkan itu serampang dua mata.
Tidak teruntung menanggung.

Seadanya
#sama-sama mencari redha Allah SWT


14 October 2018

Seketika Sahaja

9:08 AM 12
SEKETIKA SAHAJA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Dahulu bermotor sekarang berkereta
Syukuri nikmat ada adanya
Apa dibangga dengan harta
Semua pinjaman dariDIA

Ada suka ada duka
Resam hidup sesiapa sahaja
Jangan tamak nikmati dunia
Sampai detik kembali pada-NYA

Hidup jangan banyak agenda
Silap tingkah buruk padahnya
Hidup ini ibaratnya roda
Tidak sentiasa di atas sahaja

Enak sungguh sirap selasih
Baik untuk menyejukkan badan
Setiap ujian tanda Allah kasih
Menguji keimanan menilai kesabaran

Mencari rezeki hingga ke senja
Tanggungjawab pada-Nya jangan dilupa
Hakikat hidup seketika sahaja
Kekal selamanya di akhirat sana

Seketika Sahaja

#sama-sama mencari redha Allah SWT

13 October 2018

Bila Musim Hujan

8:14 AM 2
BILA MUSIM HUJAN
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BILA MUSIM HUJAN | Malaysia beriklim tropika.Berhutan khatulistiwa.Hujan dan panasnya sepanjang tahun.Kelembapannya juga tinggi.Adakala panjang panasnya.Ada masa lebih banyak dan panjang hujannya.SubhanaAllah.Alhamdulillah.💧

Bila musim hujan.

Berhati-hati.Ada yang memilih untuk menghabiskan banyak waktu di rumah sahaja.Keluar bila benar-benar perlu waktu hari cuti hujung minggu.Namun bagi yang gemar berjalan-jalan atau terus beraktiviti di luar rumah yang memerlukan perjalanan jauh keluar kawasan..pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik..tayar kenderaan..brek..wiper..dan keseluruhannya kerana jarak pemandangan ketika memandu di musim hujan serta keadaan jalanraya adalah berbeza.Mood juga boleh berubah.

Bencana alam.Tidak perlu pergi jauh,lihat sahaja di sekitar rumah kita.Adakala bila hujan seharian dengan lebat dan tanpa henti,air parit atau longkang mulai penuh hingga melimpah ke halaman rumah.Jalan-jalan kampung juga tenggelam.Banjir sangat mudah terjadi.Struktur tanah yang mula longgar dek takungan air serta hujan disertai angin ribut mengakibatkan juga banyak pokok tumbang.

Awasi kesihatan secara berkala.Apa yang dimakan dan diminum pastikan betul-betul bersih dan suci.Di masak dengan betul.Terutama bagi yang mudah mengalami masalah alahan pada kesejukkan.Mudah batuk,selesema,lelah dan sebagainya.Cegahlah itu lebih baik.

Ujian.Peniaga,petani,nelayan..hujan menjadi salah satu ujian buat mereka.Namun ianya juga boleh menjadi hikmah yang luar biasa.Mungkin dari segi pendapatan sedikit berkurangan tapi masa untuk berehat bersama keluarga lebih sedikit berbanding hari-hari lainnya.Perut yang sentiasa lapar dimusim-musim hujan juga menjadi ujian cara tidak langsung nampaknya ni...hikhikhikhik😅

Bila musim hujan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

12 October 2018

Penghulu Dan Bulan Safar

8:31 AM 15
PENGHULU DAN BULAN SAFAR
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


PENGHULU DAN BULAN SAFAR | Hujan masih membasahi bumi.Moga menjadi manfaat kepada sekalian alam.Walau mungkin sesetengah kawasan panas terik,ya itu juga nikmat dan pastinya bermanfaat.Alhamdulillah.Jumaat kedua di bulan Oktober namun menjadi Jumaat pertama di bulan Safar.Sudah melangkah ke bulan kedua di kalendar Islam rupanya kita.SALAM JUMAAT semua.

Penghulu dan Bulan Safar.

Setiap Jumaat yang hadir itu besar hikmah dan pengertiannya untuk kita ummat Islam.Lantaran itu,tidak hairan mengapa setiap kebaikkan yang dilakukan berganda ganjarannya yang diperolehi.Aamin.Jangan dibiar ringan dan kosong catatat kanan kita.

Kosong?!?.Bulan Safar.Dikenali juga sebagai bulan kosong.Berdasarkan bacaan dan rujukkan PC di wikipedia,PC kongsi mengikut fahaman secara ringkas ya.Di Bulan Safar kebanyakkan orang-orang Arab keluar untuk pergi berperang.Melakukan serangan dan menuntut pembalasan pada musuh-musuh mereka.Justeru itu rumah mereka ditinggal kosong.Antara peperangan yang berlaku di bulan Safar

📯 Peperangan Al Abwa
📯 Peperangan Zi Amin
📯 Peperangan Ar Raji

Setiap yang berlaku adalah gerak dan arahan daripada Allah SWT.Bila Allah berkehendak pasti ada sesuatu yang mahu ditunjukkan dan disampaikan.Kita ambil pengajarannya.

Penghulu Dan Bulan Safar

#sama-sama mencari redha Allah SWT


11 October 2018

Suara-suara Insan Kecil

8:43 AM 1
SUARA-SUARA INSAN KECIL

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Yang bukan sesiapa.
Terpinggir.
Sebenarnya dipinggir.
Di pandang.
Jika ada mahunya.
Jika ada misi dan visinya.
Jika mahu meraih nampak moleknya.
Ya.
Yang bukan sesiapa berguna.
Ada masanya.
Ada tempohnya.

Suara-suara insan kecil.
Salahnya sering dilihat.
Mudah nampaknya.
Macam buih dilautan.
Baiknya ditutup rapat kedap.
Benar bicara.
Salah rupanya.
Salah tingkahnya.
Benar rupanya.
Hujungnya.
Nanti.
Yang sering dilupai.

Suara-suara insan kecil.
Bersatu menyatu bergema alam.
Menjadi jentera.
Menjadi senjata.
Menjadi perisai.
Sebenarnya insan-insan ini besar.
Besar hatinya.
Besar semangatnya.
Besar rasa kecintaannya pada Pencipta.

Berani.
Tidak semua miliki.
Suara-suara insan kecil ini.
Ditendang sana sini.
Disampah sesuka hati.
Adakah yang sudi mendengar.
DIA PASTINYA.
Sentiasa ada.
Jangan dikhuatiri.
Pertimbangannya dua.
Sentiasa siaga menjaga bekerja.
Pahala atau dosa.
Syurga atau neraka.

Suara-suara insan kecil

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 October 2018

Berasa Tersinggung

9:04 AM 15
BERASA TERSINGGUNG
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


BERASA TERSINGGUNG | Bagi Perdu Cinta secara peribadi,berasa tersinggung itu lumrah..lazim berlaku tidak kira diperingkat usia yang mana.Diskala berapa pun..selagi kita ini manusia biasa..ada hati yang dalamnya ada rasa,ada perasaan.Hal yang bukan aneh sebenarnya untuk berasa tersinggung ~> berkecil atau terasa hati💔.Bila kita tahu jika seseorang itu sedang berasa tersinggung..tolong jangan di"sinis" atau dipinggirkan.Itu haknya untuk mengolah rasa.Berasa tersinggung itu satu proses yang baik jika diolah dengan betul.

Berasa tersinggung.

Berasa tersinggung

Atasi khilaf bukan mencari salah.Menang-menang itu bila masing-masing ada rasa keterbukaan untuk mengaku dan menerima kekalahan.Ego lebih keras daripada tembok.Lebih ganas daripada taufan.Jika mahu ianya boleh mencair dengan paling dan sangat mudah.Pilihan sendiri sebenarnya.Ditengah-tengah ada perdamaian..pilihlah laluan itu walaupun berat,pahit dan sukar dek luka dan parut yang ada.

Hakikat,untuk berasa tersinggung sebenarnya sukar kerana setiap kita dilahirkan dengan kejernihan hati dan fikiran.Rasa empati,rasa hormat,kasih sayang dan segala perasaan baik yang tinggi itu menjadi penebat daripada terbitnya berasa tersinggung.Namun begitu,lantaran terlalu kerap di hidangkan dan diasak dengan lisan-lisan yang berat dipendengaran serta menghiris dihati..mana mungkin seseorang itu boleh terus bertahan serta berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Menjadi punca penyakit.Rawatlah dengan sebaik-baiknya bila mula berasa tersinggung bercambah.Sedikit demi sedikit rasa yang berat dan membebankan akan merosakkan hati dan fikiran.Meragut dan meranapkan kebahagiaan dan kegembiraan.Sebenarnya bahaya untuk sesiapa pun.Memaafkan itu berat tapi meringankan perasaan.Melupakan itu sakit tapi nikmat dihari kemudian.Terus bersabar dan berserah pada-NYA.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

09 October 2018

Jangan Dibiar Berulang

8:27 AM 6
JANGAN DIBIAR BERULANG
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Sana sini berlaku bencana
Itu semua tanda kasih DIA
Semua kita mesti sentiasa menjaga
Kelak menyesal tiada gunanya

Jangan asyik fikir masih selamat
Dunia kian menghampiri kiamat
Tidak semua balasan tunggu di akhirat
Balasan sedari dunia jelas terlihat

Satu langkah boleh menjadikan kelam
Kelam hidup silap bertindak
Fikir-fikir lebih mendalam
Tidak rugi berfikir sebelumnya bertindak

Hidup ini ada aturan
Aturan untuk kebaikkan semua
Apa yang terjadi itu teguran
Teguran untuk lebih berwaspada

Bukan semua berlaku mendadak
Sedari awal sudah ada amaran dari-NYA
Ambil iktibar kemudian bertindak
JANGAN DIBIAR BERULANG peristiwa

Jangan Dibiar Berulang
Google GIF image

#sama-sama mencari redha Allah SWT

08 October 2018

Senyap Dan Bertindak

8:43 AM 9
SENYAP DAN BERTINDAK
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


SENYAP DAN BERTINDAK | "Diam-diam ubi berisi" .. sudah berisi jadilah resamnya padi "Menunduk bila semakin berisi". Persoalannya mampukah untuk melakukannya.Mungkin boleh dicuba terlebih dahulu.Mulanya dari diri sendiri.

Senyap dan bertindak.

Senyap dan bertindak

Satu hal yang berat untuk "mengunci mulut".Kalau mulut berkunci sekali pun tidak pula jari jemari yang ringan untuk menari-nari pada keyboard..abjad dan angka-angka seolah-olah memanggil-manggil.Menggeletar jemari dibuatnya.Sekarang ini dengan hanya satu lambang emoji pun sudah dapat membayangkan suatu apa yqng dirasa dan menarik ramai orang untuk membuat bermacam-macam andaian.

Kuat hadapi serangan.Bila ghairah berkongsi maka mesti tegar juga menerima maklum balas selayaknya.Betul disisi kita belum tentu benar disisinya orang..justeru senyap dan bertindak itu lebih baik dan selamat..diri sendiri juga situasi persekitaran kita.Menjadi punca heboh dan kecoh itu sia-sia lebih-lebih lagi pada hal yang melalaikan.

Senyap dan bertindak ada waktunya mesti dilakukan.Bukan bererti mengelak atau pun menidakkan..mungkin ianya lebih menjurus kepada meminimumkan risiko segenap sudut yang boleh berlaku tanpa disedari.Tidak semua yang dilakukan menjadi..justeru apabila langkah pertama adalah senyap maka tiada pertikaian dan persoalan yang perlu diperjelas untuk memuaskan hati banyak pihak.

Lebih ramai yang memilih untuk melihat hasil berbanding mahu mendengar dalih.Lebih banyak yang memilih senyap dan bertindak itu membina persekitaran yang lebih aman dan berkat.Hidup tanpa dendam,hasad dengki,provokasi dan menghakimi itu lebih menyihatkan jiwa dan fikiran.InsyaAllah..امین.

#sama-sama mencari redha Allah swt