Hidupkan Semula

HIDUPKAN SEMULA

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Besar dan indah dilihat mata
Modal besar mendirikannya
Imarahkan surau dan masjid yang ada
Moga cahayanya nampak terang tidak terhingga


Ilmu umpama pelita hidupmu
Jangan putus asa dan jangan jemu
Menuntut ilmu tidak semestinya belanja beribu
Syaratnya cari guru yang betul dan berilmu


Lampu terpadam gelap gelita
Meraba-raba cari lilin
Hati yang mati lebih berbahaya
Jasad sihat tapi kontang belas ihsan


Siddiq amanah tabligh fathonah
Sifat-sifat terpuji melunas suruhan Allah
Dekati semula Al Quran dan sunnah
Hidupkan semula iman yang musnah


Seminggu pantas sahaja berlalu
Hari ini Jumaat kembali lagi
Cairkan rasa-rasa yang beku
Moga memperoleh keberkatan Ilahi

#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam Jumaat Pc. Semoga beroleh keberkatan hari penuh barokah ni. Skrg ramai usaz google. Depa suka rujuk Google dr pergi belajar dengan ustaz di masjid2. Bahaya tu kan.

    BalasPadam
  2. antara tanda2 awal kiamat ialah byk masjid besar n cantik dibina tp x ramai jemaah yg pi solat ke sana.

    BalasPadam
  3. SALAM JUMAAT PC MOGA PEROLEH BERKAT-NYA MEMAKMURKAN RUMHNYA SENTIASA

    BalasPadam
  4. salam..jemput join contest di blog saya, nak jadi sponsor pun boleh =)

    http://at-tarmizi.blogspot.com/2018/09/contest-isi-kotak-dialog-asif.html

    BalasPadam
  5. Guru yg betul perlu dicari agar ilmu diberkati. Sayangnya zaman digital ni ada diantaranya mengaku guru, ustaz, mentor, sifu, guna fb cari murid semata2 atas dasar perniagaan. Moga kita dpt mengenal guru yg betul... aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama