08 August 2018

Tidak Usahlah Di Siram Minyak Lagi

TIDAK USAHLAH DI SIRAM MINYAK LAGI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TIDAK USAHLAH DI SIRAM MINYAK LAGI | Menggoreng guna minyak masak.Tak kiralah minyak kacang ke...minyak kelapa ke..minyak sawit ke..masing-masing ada pilihan dan ikut kemampuan.Nama pun menggoreng,betul tak..kalau merebus barulah guna air..hee he hee..😁Mahal-mahal beli kereta,tak kisahlah buatan dalam negara atau kereta import..canggih mana pun model..power mana pun enjin..tetap perlukan minyak petrol juga untuk hidup dan gerakkan enjin..kecuali yang menggunakan tenaga solar atau bateri yang perlu dicas..kuikuikui😉.

Besar pengaruh dan penggunaan minyak dalam kehidupan kita sebenarnya...baik untuk masakkan mahupun untuk kegunaan kenderaan atau pengangkutan.Minyak salah satu juga bahan yang memudahkan proses pembakaran.Minyak dan api pasangan secocok saling memerlukan.Tapi awas,ianya mampu membinasakan dengan izinNYA.

Adakala minyak perlu bersahabat baik dengan api...ada ketika jauhkanlah minyak daripada api..bergantunglah pada keadaan dan keperluannya..lebih-lebih lagi diketika keadaan semakin genting dan parah.TIDAK USAHLAH DI SIRAM MINYAK LAGI.Bara yang tinggal pun andai disiram  minyak tidak mustahil marak semula,inikan api yang sedia ada sudah cukup besar disiram minyak..Allahu..

Begitulah perumpamaan kehidupan.Masalah itu diibaratkan api.Nasihat yang negatif itu umpama minyak.Sebelum memberi apa-apa sahaja penilaian,nasihat atau kata-kata..fikirkan dahulu baik buruknya..sama ada setiap buah fikiran kita itu nanti menambahbaik atau sebaliknya pada permasalahan orang lain.TIDAK RUGI menjadi air yang menyejukkan.

TIDAK USAHLAH DI SIRAM MINYAK LAGI

#sama-sama mencari redha Allah SWT

17 comments:

  1. setuju.. daripada disiram minyak tu jadi lebih buruk, baik simpan minyak utk masak ke... hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....berbaloi2 gitu....penjimatan kekdahnya....huhuhuhu.

      Delete
  2. kalau api sedang marak, usah di tambah minyak lagi. cubalah menjadi air yang boleh meredakan api tu. begitulah kehidupan kita, usah jadi batu api, biarlah jadi air yang sentiasa sejuk :D betul tak apa shu cuba sampaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dan kak PC setuju.....jangan burukkan keadaan.kalau tak nak bantu tak pe...tapi jangan mebambah rasa kusut pada situasi dan emosi orang lain...

      Delete
  3. Setuju. Biarpun minyak nampak gah dan berkuasa, lebih baik jadi air yang sejuk, tenang lagi mendamaikan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijaklah guna pada tempat dan di mana sewajarnya...supaya tak timbul banyak masalah...

      Delete
  4. Nasihat yg berhemah memang diumpamakan air yg menyejukkan. Tapi kalau salah cara jadi minyak yang membakar. Terserah pada kita nak jadi yg mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak Ana....mainkan peranan sewajarnya..bukan ikut suka sendiri sedang orang lain nanti berduka pula...kesian...

      Delete
  5. Walaupun jangan simbah minyak ke api tetapi jangan pandang rendah air. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Minyak yang tenang mahupun yang menggelegak tiada buaya melainkan memang tengah menggoreng buaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah jadikan setiap satunya ada fungsi...kalau berlebihan lazimnya mudharat yang kita dapat...

      Wah goreng kuih lidah buaya ya...

      Delete
  6. bisnes minyak pun boleh tahan ...

    apa-apa minyak.

    yang penting ada nilai komersial

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila banyak rezeki boleh berkongsi dengan yang selayaknya pula....aamin..

      Delete
  7. nice sharing akak
    in shaa Allah
    peringatan bersama

    ReplyDelete
  8. Mungkin boleh cipta peribahasa 'bagai mencurah minyak ke api'
    macam peribahasa 'bagai mencurah garam ke laut'.

    ReplyDelete
  9. Org yg suka siram minyak tatkala api sedang membara ni mmg hatinya sakit. Suka tengok keadaan yg keruh bertambah keruh.. makin puas hatinya.. nauzubillah.

    ReplyDelete
  10. cantik penulisan PC.. teruskan berkarya PC

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..