10 August 2018

Di Mana-mana Sahaja

DI MANA-MANA SAHAJA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Pergi kenduri berkain pelikat
Duduk bersila sebelah Mamat
Selamat menunaikan solat Jumaat
Moga bahagia sentiasa berkat

Ambil wudhuk air di kolah
Sambil berselawat pada Baginda
Sangat luas muka bumi Allah
Bahagian rezeki di mana-mana

Enak sungguh buah kurma
Duduk di beranda makan berdua 
Tuntutlah ilmu sebanyak mana
Kemudian kongsi apa selayaknya

Sungguh menawan si burung Nuri
Warna merah pada lehernya
Pandai-pandailah bawa diri
Baik buruk ada di mana-mana

Emas haram dipakai jejaka
Suasa boleh cuma suka-suka
Sebarkanlah aura-aura membina
Moga impaknya kembali pada kita

Teruskan amalan berjimat cermat
Menabunglah sentiasa walau sedikit
Salam Jumaat buat sahabat
Jangan terpedaya dek waktu yang menghambat

DI MANA-MANA SAHAJA

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 comments:

  1. terima kasih diatas seloka penuh tersirat ini..

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat PC
    Kreatifnya pantun dia penuh nasihat

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat kak pc sayang 💕
    Terima kasih pantun ni.. Bermanfaat dan bermakna sangat tu😍

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..