31 August 2018

Di Penghulu Hari Merai

7:12 AM 4
DI PENGHULU HARI MERAI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

DI PENGHULU HARI MERAI | Alhamdulillah.Salam Jumaat indah untuk semua sahabat.Mungkin ada yang sedang berada di perjalanan pulang ke kampung.Hati-hati.Moga dipermudahkan musafirnya ya.

Di penghulu hari merai.

Hari ini penutup bulan Ogos 2018.Hari ini ramai yang bersemangat merai.Berwarna warni.Pelbagai seni.Macam-macam aksi.Yang dibenarkan.Yang lulus untuk ditonton.Sambutan Hari Kebangsaan ke-61.SubhanaAllah.Syukur atas segala nikmat untuk hamba dan ummat.Jaga jangan cemari.Eratkan jangan leraikan.

Syukur masih Allah izin merai..syukur juga dengan nikmat hujan yang Allah beri.Alhamdulillah.Di penghulu hari merai dengan rendah hati..bila nikmat dikecapi jangan lupa pada yang MEMBERI.Apabila ujian menghampiri jangan yang MEMBERI dicaci dikeji.

DI PENGHULU HARI MERAI

#sama-sama mencari redha Allah swt.

30 August 2018

Hargai Biar Lebih Berharga

8:50 AM 4
HARGAI BIAR LEBIH BERHARGA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Sejambak mawar harum baunya
Terletak cantik di atas meja
Hargailah alam semesta
Antara bukti cinta pada-NYA

Indah sungguh warna si rama-rama
Terbang bebas sini sana
Hargailah ibu bapa kita
Tanpa mereka entah kita bagaimana

Puas menjelajah seluruh benua
Jangan sekadar berseronok sahaja
Jagalah nilai agama dan bangsa
Jika bukan kita siapa lagi mahu menjaganya

Kalau tak tumbuh tidakkan melata
Benar-benar sahih barulah diwarta
Hidup mewah bukan semata dek harta
Tapi bahagia juga dengan redha-NYA

Semerbak harum bunga kenanga
Berseri dipandang kuning warnanya
Hargailah biar lebih berharga
Berguna di dunia dialu-alukan di SANA

HARGAI BIAR LEBIH BERHARGA

#sama-sama mencari redha Allah SWT



29 August 2018

Bawa-bawalah Bertenang Dan Sabar

9:10 AM 6
BAWA-BAWALAH BERTENANG DAN SABAR

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BAWA-BAWALAH BERTENANG DAN SABAR | Api yang sedang marak membakar sangat sukar untuk memadamnya.Merah apinya menjulang..bahang auranya..hitam pekat asapnya.Boleh bayangkan jika ianya suatu terjemahan emosi yang sarat dengan kemarahan.Di ketika itu kita bukan kita.Hanya jasadnya kita tapi semuanya seakan disewa selain kita.SubhanaAllah.Di saat diri dikuasai rasa marah moga Allah SWT lindungi kita..jaga lisan dan tingkah kita..agar tiada campurtangan lainnya.

Bawa-bawalah bertenang dan sabar.

Tenang boleh dilatih.Boleh diusahakan.Yang penting minta dengan DIA agar sentiasa beri rasa tenang pada diri kita.Ada juga tenang alami.Ya,dilahirkan menjadi setenang-tenang insan..masyaAllah.Mendidik diri menjadi tenang dan sabar satu tugas berat.Besar cabarannya.Silap-silap misi gagal dengan sangat mudah.Senang suruh bertenang..senang juga suruh sentiasa sabar..ya,sangat senang.Pasti ada yang mempertikai bila dinasihati agar bertenang dan sabar..jangan terkejut kalau yang menasihati kena marah secara berjamaah..

"Suruh orang sabar!..suruh orang bertenang!..heiiii cakap senanglah!!!!😡😲"... 👉ginilah yang lazim didengari..aduh.

Kalaulah kita tahu sebenarnya ..

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (Surah Az Zumar : Ayat 10)

Dan ..

Bawa-bawalah Bertenang Dan Sabar

Sabarkah kita .. daripada rasa sabar itu terbit pula ketenangan .. sabar dan tenang moga menjadi pemacu menuju kehidupan yang damai di sana.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


28 August 2018

Bukan Semua Boleh Di "Kacang-kacangkan"

7:53 AM 7
BUKAN SEMUA BOLEH "DIKACANG-KACANGKAN"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BUKAN SEMUA BOLEH "DIKACANG-KACANGKAN" | Kacang .. huisss sedap tu.Bagi penggemarnyalah.Bagi yang bukan penggemar atau fobia dengan kacang atau sememangnya ada alasan tersendiri mengapa suka atau sebaliknya pada kacang mahupun kekacang..masing-masinglah ya..tidak mengapalah..kan setiap kita ada citarasa dan kegemaran tersendiri..😊

Kacang bukan sahaja makanan.Tapi kacang juga membawa pengertian "sesuatu yang mudah".Bahasa yang direka-reka.Tidak terdaftar pun dikamus dewan.Atau sudah didaftarkan.."Alah,kacang je".."perkara kacang pun tak boleh buat".. atau "kau jangan nak kacang-kacangkan aku" .. jangan nak main-mainkan gitulah..pernah dengar tak...atau PC je yang selalu dengar..hehehe.

Bukan semua boleh "dikacang-kacangkan".

Ada hal boleh diambil mudah atau dipermudahkan urusannya.Dilonggarkan syaratnya.Ada perkara mesti mengikut ketetapan apa yang telah termaktub dan tertulis.Ada ketikanya sesama kita perlu bertolak ansur atau berlebih kurang.Namun begitu ketegasan juga sangat-sangat perlu.

Paling disukai adalan toleransi.Tapi jangan pernah lupa besertanya juga adalah sifat atau sikap gemar mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.Sesiapa pun boleh melakukannya.Sesiapa juga boleh memilih untuk tidak bertindak kurang bijak.Setiap tindakkan membayangkan peribadi seseorang itu.Hati-hati.

Bukan semua boleh "dikacang-kacangkan" .. hargai,hormati dan letak nilai pada orang kalau mahu diri sendiri dinilai dengan baik oleh orang lain.Jinak-jinak haiwan buas..tidak akan mudah membuang naluri buasnya.Begitu juga manusia.Biar sabar itu tanpa sempadan namun kesanggupan untuk menghadapinya terkadang melangkaui sempadan juga.

BUKAN SEMUA BOLEH "DIKACANG-KACANGKAN"
Google image

#sama-sama mencari redha Allah SWT

27 August 2018

Takut

7:48 AM 6
Takut
TAKUT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Rasa.
Naluri.
Tidak boleh dibohongi.
Tidak boleh juga membohongi.
Ada pada semua.
Setiap makhluk.


Takut.
Parahnya menjadi ketakutan.
Dijasad ini.
Disebuku darah ini.
Dihati.
Rasa takut.
Rasa ketakutan itu ada.
A d a !
Jangan dipersenda.
Jangan mempersenda.


Kehilangan.
Ketidakcukupan.
Kesakitan.
Kesedihan.
Kegagalan.
Perpisahan.
Seketika atau selama-lamanya.
Takut.Ya sangat takut.


Siapa pun.
Di mana pun.
Hebat sekali pun.
Namun takut tetap ada.
Berskala besar.
Berskala kecil.
Mampu di atasi.
Tidak berdaya dirawati.


Bukan pura-pura.
Tidak juga lakonan.
Biar ada yang mungkin wayang sahaja.
Takut-takut berjenaka.
Segagah mana pun insan di dunia.
Walau halus rasa takut bergelumang dijiwa.


Baginda Rasulullah.
Takut.
Bukti.
Sunat taubatnya melebihi umatnya.
Lekuk air mata taubatnya bukti nyata.
Biar telah dijamin syurga.
Allahu.
Kita?
Bagaimana?


Takut.
Perlu ada.
Pada DIA.
S E N T I A S A.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



26 August 2018

Pegang Erat Dan Jaga Tali Tuhanmu

9:51 AM 6
PEGANG ERAT DAN JAGA TALI TUHANMU

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Pegang Erat Dan Jaga Tali Tuhanmu
Google image

Aduh sakit digigit kerengga
Ketika asyik memetik mangga
Dua Kalimah Syahadah jaga sebaiknya
Selamat kita dunia hingga ke sana

Pintu itu arabnya albab
Nama cucu Saudagar Mas'hud Al Buaya
Al Quran ada untuk menjawab
Segala kemusykilan ada solusinya

Hitam-hitam si tampuk manggis
Isinya putih manis bergula
Sunnah Rasulullah banyak dihadis-hadis
Buatlah walau sedikit jangan ditinggal semua

Masuk hutan memburu rusa
Rusa tiada kancil menjelma
Solat yang lima siagakan sentiasa
Tambahkan juga ibadah lainnya

Risau tangan ditumbuhi kutil
Gigih mencari cara rawatannya
Silaturahim itu nampaknya kecil
Namun diputus besar akibatnya

Anak pak imam namanya Iklima
Manis orangnya tapi pendiam
Tunaikan sebaiknya rukun Islam yang lima
Yakini sepenuh jiwa rukun Iman yang enam

#sama-sama mencari redha Allah swt

25 August 2018

Mulut Dan Hati Biar Setara

11:06 AM 6
MULUT DAN HATI BIAR SETARA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MULUT DAN HATI BIAR SETARA | Hanya dua.Setara atau saling bercanggah.Ya,bila berlisan dengan sesama insan kerana dengan insan dan makhluk kita boleh bohongi TETAP TIDAK dengan TUHAN.Ya,TIDAK dengan para Malaikat.Dan tidak juga dengan diri sendiri yang hujungnya bakal bertindak balas dengan cara memberontak atau mengakibatkan tekanan.

Mulut dan hati biar setara.

Hati boleh dididik.Lisan juga boleh diajar.Bererti ianya boleh disetarakan dengan baik jika kena dengan caranya.InsyaAllah.Namun  hakikatnya .. pada sesetengah keadaan ada ketikanya mulut dan hati menjadi tidak setara.Boleh jadi ianya terpaksa dilakukan.Boleh jadi juga ianya untuk memelihara kesejahteraan bersama.Bergantung pada situasi bagaimana diketika itu mengikut keperluannya.

Penting sebenarnya mulut dan hati biar setara.Bagi Perdu Cinta ianya sangat penting supaya diri sentiasa berada di zon ketenangan.Sentiasa positif.Berlapang dada,santai dan tenang fikiran.Sekiranya membuat keputusan pun,ianya satu keputusan yang disertai dengan rasa redha bukan disulami dengan rasa tidak berpuas hati.

Mulut dan hati biar setara agar jasad tidak menjadi mangsa.Supaya orang juga tidak terpalit sama menjadi mangsa.

Mulut Dan Hati Biar Setara

#sama-sama mencari redha Allah SWT

24 August 2018

Dalam Doa .. Dunia Hingga Syurga

11:06 AM 14
Dalam Doa .. Dunia Hingga Syurga
DALAM DOA .. DUNIA HINGGA SYURGA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


DALAM DOA .. DUNIA HINGGA SYURGA | Doa itu senjata.Ini yang sering kita dengar dan Perdu Cinta sendiri pun percaya..bahawa doa itu senjata kita sebagai hamba-Nya.Minta..minta dan jangan berhenti MINTA.Justeru berdoalah dengan kejernihan hati..sentiasa! tanpa dibataskan ruang,waktu dan situasi.Dan bersangka baik dengan Allah.

Doa itu juga solusi meraih keberkatan daripada-Nya.Di setiap majlis yang baik-baik..di setiap urusan yang molek-molek..di setiap hal yang indah-indah..asal berasaskan dan berterasakan hukum yang dibenarkan..syarak yang membolehkan lazimnya dihiasi dan diisi dengan doa-doa mohon keberkatan.

Cuba sebut kalimah بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم sebelum melakukan hal negatif..agak-agak diteruskan atau terhenti sebelum bermula dan melakukan.

Dalam doa .. dunia hingga syurga.

Lazim didengar .. mintalah dan doalah yang baik-baik agar kebaikkan itu kembali kepada kita..baik doa daripada diri sendiri atau minta didoakan orang lain atau juga orang lain mendoakan .. dan PC sentiasa berdoa dapat bersama-sama disyurga dengan insan-insan yang sama-sama dengan PC di dunia.

Ungkapan doa "moga bahagia hingga ke syurga" .. "moga bersama di dunia hingga ke syurga" sering diberi dan diterima..kan..kan..kan😄 lebih-lebih lagi dalam mengharapkan bahagia,sejahtera satu-satu perhubungan itu..perkahwinanlah kebiasaannya..kenapa ya.

Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita solehah..jadilah anak,adik perempuan,isteri dan ibu yang solehah..insyaAllah tergolong dalam keindahan dunia..doa dan jaga diri sungguh-sungguh supaya nanti pasangan-suami-isteri tidak menjadi pasangan bidadari disyurga.

Kerana ...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; (Surah : A-li'Imraan Ayat : 15)
Hadiah istimewa untuk yang sentiasa menjaga ... dah sedia pun ...

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.(Surah : Ad-Dukhaan  Ayat : 54)
Cemburunya rasa .. owh moga En Suami sentiasa memilihku ...

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Surah : Al-Waaqi'ah Ayat : 35~36)
Moga menjadi ketua bidadari syurga nanti .. 

Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.(Surah : Saad Ayat : 52)
Cabaran ..
Salam Jumaat indah

#sama-sama mencari redha Allah SWT

23 August 2018

Bila Sudah Terbiasa

9:12 AM 8
BILA SUDAH TERBIASA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


BILA SUDAH TERBIASA | Janggal.Pelik.Sering silap.Hal biasa pada satu permulaan yang baru.Dalam hal atau urusan apa pun.Bila bermula daripada sifar bererti tiada satu pun yang kita ketahui melainkan dengan bantuan Allah SWT dan usaha kita.Dalam proses sebeginilah insyaAllah banyak pengalaman boleh ditimba dan digali.

Bila sudah terbiasa.

"Alah bisa,tegal biasa" .. rumit satu-satu pekerjaan itu andai sentiasa dilakukan menjadi terbiasa dan mudah.

"Practice makes perfect" .. rajinlah berlatih untuk mencapai kesempurnaan selayaknya sebagai hamba-hamba-Nya.

Rasa atau perasaan ni boleh berubah-ubah,kerana hati kita Allah yang jaga.Kalau awalnya tidak suka,boleh jadi dihujung menjadi sebaliknya.Kadang yang paling mahu kita elak itulah yang kita dapat bukan kerana Allah menzalimi tapi Allah nak beritahu sebenarnya kita mampu dan ada kekuatan untuk menempuhinya.

Bila kerap tersungkur..kita lebih mudah dan bersedia menanggung sakitnya.Mungkin pada kali pertama kita terkapai-kapai.Buntu.Keliru.Namun pengalaman itu menjadi kompas mana hala untuk kita tuju.Tuju pada DIA dulu.

Satu perasaan bila sudah terbiasa melakukan sesuatu adalah aneh bila berhenti atau tidak melakukannya lagi.Bila sesuatu itu menjadi rutin dan sudah sebati pada diri..wajarlah ia berat dan sukar untuk ditinggalkan.

Pada hal-hal baik teruskan.Bersyukur bila ada rasa yang mendalam pada diri untuk kekalkan rasa bila sudah terbiasa itu.Namun satu hal yang mesti diambil peduli juga adalah bagaimana mahu menukar bila sudah terbiasa pada hal negatif kepada sebaliknya hinggakan bila sudah berhijrah berasakan bila sudah terbiasa pada perubahan langsung tidak mahu berpaling ke lembah kelam dulunya.

Bismillah.Hidup bukan sekadar hidup.Moga hidupnya kita berguna pada orang lain juga.

Bila sudah terbiasa.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

22 August 2018

Aidiladha 1439H

9:09 AM 5
AIDILADHA 1439H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Aidiladha mengganti sesudah Syawal
Hari bererti ummat sejagat
Sebelum subuh bangkitlah awal
Mandi sunat kemudian solat

Dari jauh sudah kedengaran
Takbir tahmid bersahut-sahutan
Ramai jamaah jalan beriringan
Berwajah ceria menunai tuntutan

Berwajah ceria menunai tuntutan
Tua muda saling bergandingan
Sesudah solat sunat ditunaikan
Berkumpul bersama ditempat korban

Ketupat lemang sudah terhidang
Di makan bersama-sama jiran tetangga
Tidak kira berapa ekor haiwan korban tumbang
Rezeki yang ada beri sama rata

Semerbak aroma daun pandan
Diguna semasa rebus ketupat
Peristiwa korban jadikan tauladan
Suruhan dipatuh darjat diangkat

Daging batang pinang menjadi dambaan
Bila dimasak cepat lembutnya
Moga bertemu lagi  di tahun hadapan
Aidiladha 1440H dengan izin-Nya

Aidiladha 1439H

#sama-sama mencari redha Allah SWT







21 August 2018

Lakukan Pengorbanan Hargai Kemerdekaan

8:22 AM 5
LAKUKAN PENGORBANAN HARGAI KEMERDEKAAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


LAKUKAN PENGORBANAN HARGAI KEMERDEKAAN | Syukur atas setiap nikmat sementara.Alhamdulillah.Allah pilih kita untuk mengecapinya.SubhanaAllah.Bulan Ogos menuju ke akhirnya..kurang dua minggu kita berada di bulan Ogos.Diam tidak diam.

Lakukan pengorbanan hargai kemerdekaan.

Esok umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha.Di mana pun berada..juadah apa pun yang dihidangkan untuk keluarga mahupun tetamu,jangan sampai berlaku pembaziran.Setiap rezeki itu ada keberkatannya.Di waktu-waktu beginilah pasti di sana sini melakukan ibadah korban baik secara individu,keluarga atau berkelompok.Sama ada niatnya mahu bersedekah atau bernazar..bismillah niatkan kerana Allah SWT.Melakukan ibadah korban bukan kerana dek mampu semata-mata,namun ingatilah sirah permulaannya..kisah disebaliknya.Betapa seorang Nabi dan Rasul sanggup menyembelih anaknya sendiri demi memenuhi perintah Allah SWT..sehinggakan anak yang dikasihi itu Allah gantikan dengan seekor haiwan yang besar.Allahu.Sehingga hari ini ibadah ini terus dilaksanakan.

Mungkin kita tidak mampu dan berdaya untuk melakukan pengorbanan sebesar itu.Dengan rasa tebal kecintaan pada dunia..Perdu Cinta sendiri pun terkadang hanyut dan lalai di sana sini.Mudah untuk melakukan khilaf sengaja atau pun sebaliknya justeru lakukan pengorbanan bermula dari mengecil serta menipiskan nafsu nafsi.Siapa tahu bermula dari pengorbanan kecil seterusnya membawa kita semua pada fasa seterusnya iaitu hargai kemerdekaan.Merdeka minda dan hati dari terus menjadi jajahan duniawi.امین.

Memandu itu duniawi.Menikmati apa diingini juga duniawi.Ada duniawi yang menyesat dan melalaikan....ada duniawi yang buat kita lebih mendekati Allah SWT.Rasanya ramai yang sedang bermusafir pulang ke kampung untuk merai Aidiladha...jaga diri..selamat memandu..berhati-hati dan sentiasa berhemah di mana sahaja..

Lakukan pengorbanan hargai kemerdekaan.

#sama-samamencari redha Allah SWT

20 August 2018

Macam-macam Jenis Saudara

9:09 AM 8
MACAM-MACAM JENIS SAUDARA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MACAM-MACAM JENIS SAUDARA | Bunga ada macam-macam jenis.Warna pun ada banyak kategorinya.Haiwan pun begitu juga..ada pelbagai jenis haiwan..Allahu.Indah setiap apa yang Allah SWT ciptakan.Untuk menjadi manfaat satu sama lain.Untuk lebih mengenali,memahami dan yang terpenting untuk menyedari bahawa tiada yang mustahil untuk Allah SWT menghidupkan sesuatu dengan izin-Nya.


Macam-macam jenis saudara.

Kita tidak boleh hidup sendiri.Kita sentiasa memerlukan insan-insan disekeliling kita untuk menjalani kehidupan.Bukan bererti bergantung sepenuhnya pada orang lain..namun adakala kita juga memerlukan bantuan terutama saudara mara terdekat.Sekiranya mereka ini berjauhan daripada kita maka jiran tetanggalah mendahului.Justeru sebab itulah kita perlu menjaga silaturahim satu sama lain sentiasa.

Sedangkan adik beradik seibu sebapa pun berlainan sikap satu sama lain..apatah lagi saudara mara kita...betul tak..he he he...sabar jelah..

🍌🍈🍉 Saudara buah.Kalau nak tengok atau jumpa ketika musim buah-buahan.Itu pun kalau di rumah kita ada pokok buah-buahan dan berbuahlah..lucu pun ada.Allahu.Luar biasa rajin bertandagnya.Tidak mengapalah..rezeki kongsi.Moga nanti berbuah lagi.امین.

☕🍰🍕 Saudara makan besar.Kalau ada majlis makan-makan.Siap pesan kalau ada makan-makan jangan lupa jemput.Baiklah,tapi jangan lupa jemput orang lain juga bila awak pun buat makan-makan.Biar sama-sama merasa dan saling erat ukhuwah.Kalau dia tak jemput kita..eh tak mengapa mungkin terhilang ingatan seketika pada kita.Tiada manusia sempurna zahir batinnya.

💰💲🏡 Saudara harta pusaka.Kepok pun belum berganti dengan yang batu.Masih kayu.Tunggu tanahnya betul-betul padat dan gitu...eh assalammualaikum datang-datang mengaku saudara melulu.Masa inilah bau-bau bacang..bau-bau durian..semua bau timbul..tapi lebih kuat bau busuk hati.Pun tidak mengapa,faraid ada mengatur dan mensyaratkan siapa dan berapa yang berhak nanti.

✏📝✂Saudara ada niat dan mahunya.Bila ada perlunya minta bantuan maka timbullah tidak mengira masa.Subuh atau senja sudah tiada batasnya.Sabarlah,dengar kemudian berilan sebaik-baik pertolongan.Siapa tahu masa kita tiba juga nantinya.

👫👬👭 Saudara mahal.Susah mahupun senang,sedih atau gembira,sakit dan sihat,ketika tersungkur atau gagah bangkit....ya tetap dan sentiasa ada..baik saudara atau rakan....ini saudara dan rakan yang mahal.Syukurilah.Akhir zaman sudah tidak ramai saudara seperti ini.

Dan bila kita sentiasa mengharapkan yang terbaik....beri jugalah yang sebaik-baiknya.Setiap kebaikkan kita itu jangan harap balasan kebaikkan dari orang yang telah kita buat baik padanya....JANGAN!!...kerana balasan kebaikkan dari Allah SWT itu luas dan ada magisnya.

MACAM-MACAM JENIS SAUDARA

#sama-sama mencari redha Allah SWT



19 August 2018

Menghalang Atau Merangsang

8:04 AM 6
MENGHALANG ATAU MERANGSANG

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

MENGHALANG ATAU MERANGSANG | Seorang mungkin agak lambat dan mungkin sukar menjadi..berbanding beramai-ramai atau berkumpulan.Satu-satu tugasan itu lebih mudah diselesaikan.Bukan bermakna kalau seorang itu tak boleh nak uruskan banyak perkara atau tak mampu untuk siapkan arahan atau tugasan yang diberi.Ada juga jenis yang lebih suka urus semua perkara sendiri.Maklumlah bila ramai dan berkumpulan auranya lain macam.Banyak kepala banyak hati.Maka banyak idea dan perasaan mesti dijaga.

Menghalang atau merangsang.

Menghalang atau merangsang.
Google Image

Macam main layang-layang...lepas-tarik-lepas-tarik.Tinggi namun tidak terlepas dari pendangan dan tangan.Begitu juga dalam kehidupan seharian kita.Ada sesetengah hal menghalangnya daripada terus berlaku atau dilakukan adalah lebih baik.Dan sesetengah perkara perlu ada yang sentiasa merangsang agar ianya terus hidup,maju dan berkembang.

Berhati-hati menilai dan menurut.Sesiapa pun sentiasa terdedah dengan perkara-perkara negatif.Sepositif mana pun hati(sangkaan) dan fikiran kita pada orang lain dan persekitaran kita..mesti senantiasa waspada.Ada yang suka menghalang pada kebaikkan dan merangsang pada keburukkan.Menjadi hal mudah untuk menjatuhkan berbanding membangkitkan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

18 August 2018

Berganda

9:54 AM 8
Berganda
BERGANDA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Kisah sedih tidaknya sentiasa
Lama-lama berganjak juga
Penyakit kaki tangan dan mulut kian mereda
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat-Nya

Mana yang rosak dibaik pulih
Untuk mengelak kes kemalangan
Panas kering pula mengambil alih
Bergandalah juga penjagaan kesihatan

Suka minum air laicikang
Kononnya dapat menyejukkan tubuh
Lebihkan minum air kosong
Demi menjaga keperluan tubuh

Zaman kanak-kanak indah rasanya
Sekejap waktu berlalu tidak berasa
Bertemu rakan main bersama
Berganda juga pengawasan ibu bapa

Hari pertama juga hari kedua
Cuti sekolah pun telah bermula
Selamat bercuti sekolah untuk semua
Isi waktu yang ada dengan sebaik-baiknya

#sama-sama mencari redha Allah SWT



17 August 2018

Sepertinya Semakin Parah

7:36 AM 6
Sepertinya Semakin Parah
SEPERTINYA SEMAKIN PARAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SEPERTINYA SEMAKIN PARAH | Keselamatan.Ketenteraman.Semua mengharapkannya.Dalam keselamatan dan ketenteraman itu insyaAllah ada bahagia dan gembira.Lapang dada.Tenang fikiran.Memudahkan banyak urusan.Lancar setiap ibadah yang mahu dilunaskan.SubhanaAllah.Bersyukurlah sentiasa kerana rasa syukur itu umpama perangsang rasa damai.Rasa dan nikmati kecukupan sebaik-baiknya ya.InsyaAllah nanti Allah tambah lagi.Gandakan rezeki dengan cara-Nya yang kita tidak tahu dan tidak sangka.

Penting ke rasa ketenangan perlu ada pada diri kita?..Semua makhluk juga perlukan ketenangan dengan cara masing-masing yang tidak kita manusia fahami.Tapi Allah SWT sentiasa mengerti.

Sepertinya semakin parah.

Dalam kekayaan..kejayaan..belum tentu ada kebahagiaan dan ketenangan.👉bukan maksud PC orang yang kaya dan berjaya itu semuanya tidak bahagia ya..ada juga yang bahagia dan sentiasa damai menjalani kehidupannya..alhamdulillah.Tidak mustahil dalam kesederhanaan yang menurut tafsiran dan andaian masing-masing mungkin ianya mewah dengan kebahagiaan dan ketenangan..👉tapi ada juga yang sentiasa rasa tidak selesa..tidak kecukupan.

Tidak selesa.Tidak cukup.Bercelaru.Tidak tenang boleh membiakkan masalah lain yang lebih besar dan berat.Yang tidak salah dianiaya.Yang kecil tidak faham apa-apa diseksa dan didera.Gangguan itu dari jiwa dan akal.Bila jedua-duanya ini mula diserang dengan rasa yang tidak jelas akan ada calon mangsanya.Allahu.Segalanya mungkin.Boleh jadi sedia ada pada diri sendiri dan boleh jadi juga asbabnya berpunca daripada sekwliling kita.

Salam Jumaat indah semua...

#sama-sama mencari redha Allah SWT

16 August 2018

Soalan Apakah Ini?!?

7:42 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SOALAN APAKAH INI?!? | Memberi perhatian dan mencari perhatian berbeza tetapi semakin setara.Ditambah mudahnya satu-satu hal atau perkhabaran itu tersebar,maka ianya aktif 24 jam 7 hari seminggu.

Soalan Apakah Ini?!?

Soalan apakah ini.


Masa itu hanya tempoh .. detik demi detik - PerduCINTA

Rasa ingin tahu itu umpama sehelai kain yang disiram minyak tanah.Dicucuh walau dengan api yang paling kecil namun maraknya luar biasa.Lupa had dan batas.Abai hukum,adat dan adab.Ya,dek rasa ingin tahu yang membuak-buak subur bercambah.

Ramai yang mati dengan pelbagai soalan sedangkan banyak persoalan diperjuangkan agar menjadi peribadi.Bertahan dan mempertahankan.Terkadang soalan tidak masuk akal bila didengari.Ada ketika juga soalan seperti tidak wajar untuk dilontarkan dan diberi jawapan semoleknya.Namun,begitulah lumrah individu-individu yang dahaga ceritera orang lain.

Analisa itu tersangat perlu.Tiada salahnya untuk menyatukan antara analisa dan pertanyaan.Jangan sampai kontang hukum,tidak usah mencerminkan kepada orang keperibadian yang boleh merobek reputasi sendiri.Belajar menghormati.Berusaha menghargai.


Sabar itu unlimited .. namun kesanggupan itu ada expired - PerduCINTA
Mengapa baru sekarang? ... Mengapa tidak dari dahulu? ... Bagaimana begini? ... Kenapa tidak begitu?

Soalan apakah ini.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


15 August 2018

ESOK

7:56 AM 9
ESOK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


ESOK | Hari ini,hari yang telah dilalui.Bagaimana ceritanya..seperti apa warna dan coraknya kita lakarkan  dalam panduan yang telah Allah SWT acuankan.Lalui dengan lurus dan telus.

Esok.

Berharap kerana harapan itu sentiasa ada.Peluang dan ruang juga sentiasa tersedia bezanya menjadi rezeki kita atau sebaliknya.DIA yang tahu mengatur segala-galaNYA.Aturan yang TERBAIK dan TERHEBAT.

Berapa banyak yang tersasar melalui hari esok.Dan tidak kurang ramai yang berjaya melepasi hari esok.Ya,kita tidak tahu tapi apa yang bakal berlaku esok ada bahagiannya yang kita rencanakan dan usahakan hari ini.Bukankah Allah SWT suka melihat usaha kita.Pada setiap usaha itu juga akan ada takdir yang boleh berubah.Yang zalim itu segelintir manusia BUKAN ALLAH SWT yang sangat mencintai hamba-hamba-NYA.

Moga esok masih ada untuk kita agar dapat membangun dan membina hubungan lebih ampuh dengan PENCIPTA sekalian alam.

Taubat tidak usah menanti esok..siapa tahu hari ini terakhir buat kita melihat cahaya mentari.Berbuat baik jangan bertangguh esok,kerana kebaikkan tiada sempadan waktu.Berdoalah moga esok masih ada untuk kita bukan kerana mahu hidup selamanya tapi mahu lebih berbuat kebajikkan kerana DIA.

Esok
Google image

#sama-sama mencari redha Allah SWT

14 August 2018

Sisi Lain L G B T

8:16 AM 13
SISI LAIN L G B T

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SISI LAIN L G B T | Tidak perlu dikupas atau mahu berkiaslah.Mahu berterus terang pun tidak di pihak Perdu Cinta.Tidak selayaknya pun untuk berbicara soal ini.Cuma satu .. Ya,mungkin suara kecil tidak didengari tapi Allah SWT itu tidak pernah tidur.Tidak meminggirkan doa-doa dan pengharapan.Suara kecil jika menyatu menjadi bergema dan besar.DIA MENDENGAR.DIA MELIHAT.Lontarkan suara-suara kecil itu atas tiket dan nama doa yang bersungguh dan berterusan.Dalam banyak hal diam tidak bererti menyokong dan menyokong tidak seharusnya bersuara.Guna kewarasan akal sebaik-baiknya.

Bila sesuatu itu berlaku pasti ada sebabnya.Pasti!.Untuk lebih menyedarkan dan mengingatkan.Untuk kita lebih saling mengenali banyak warna-warna sebenar pada diri sesiapa pun disekitar kita.Baik yang kita suka atau yang kita tidak bekenan melihatnya.Setiap kita yang hidup ada matlamat masing-masing.Beza matlamat itu membuatkan satu sama lain itu beza melakar kehendak.Matlamat umpama acuan membentuk seseorang.Harus diingat acuan bagaimana yang mahu kita pilih jangan membuang hukum sehingga membinasakan bukan saja diri sendiri malah orang lain terkait sama.

Sisi Lain L G B T
Google Image

Sisi lain L G B T.

L- LUANGKAN SEBERAPA BANYAK WAKTU
G- GUNAKAN SETIAP KUDRAT YANG ADA
B- BANGKIT CARI,KENALI DAN RAPATI
T- TUHAN SENTIASA ADA MENANTI-NANTI PADA YANG SUDI

L- LUPAKAN KISAH LALU YANG MALAP
G- GARISKAN SEMPADAN YANG JELAS
B- BIAR ORANG TAHU ADANYA USAHA MAHU BERUBAH
T- TAUBAT ITU SENTIASA ADA UNTUK SEMUA

L- LEPASKAN LUKA LALU
G- GUNAKAN DETIK INI 
B- BINA SEMULA KEKUATAN DAN JATI DIRI
T- TIADA YANG MUSTAHIL BILA DIA MENGIZINI

L- LANGKAH SEMULA SATU PERSATU
G- GANTUNGKAN HARAP PADA DIA SATU-SATUNYA
B- BAHAGIAN SETIAP KITA TIDAK SAMA 
T- TAKDIR JANGAN DIPERSALAH JANGAN JUGA HANYA BERSERAH

#sama-sama mencari redha Allah SWT


13 August 2018

Ada Tanda Harga

8:57 AM 9
ADA TANDA HARGA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Ada.
Ya ada tanda harga.
Terlihat.
Terselindung.
Nampak.
Buat-buat tidak nampak.
Diri sendiri.
Tuhan.
Tahu.

Apa yang jelas.
Kadang sepi mata memandang.
Kadang tersembunyi.
Cerah mata hati melihat.
Ya.Terserah diri sendiri.
Mematikan.
Atau.
Menghidupkan hati.

Mahal.
Lebih berharga.
Lebih dihargai.
Jangan murah.
Lusuh.
Dilempar sana sini.
Begitu sketsa kehidupan.
Ubah.
Mesti.

Semua ada tanda harga.
Cuma cara membayarnya berbeza-beza.
Daripada sesama insan.
Sesama makhluk.
Jangan pernah dilupa.
Daripada Tuhan juga.

Ada Tanda Harga

#sama-sama mencari redha Allah SWT

12 August 2018

Elak Daripada Terpengaruh Itu Susah

8:16 AM 13
ELAK DARIPADA TERPENGARUH ITU SUSAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


ELAK DARIPADA TERPENGARUH ITU SUSAH | Berat .. berat .. berat.Zaman sekarang kalau tidak kuat mudah terpengaruh.Kalau pada perkara yang baik..tak jadi masalah..sila la terpengaruh.Apa yang paling bahaya bila terpengaruh pada perkara yang bukan-bukan.Maka bukan-bukanlah jadinya.Allahu.

Strategi mempromosi atau pengenalan perlu dilakukan untuk memperkenalkan  dan mengetengahkan perkhidmatan atau produk yang dimiliki dan ditawarkan.Sistematik dan terkini gaya mempromosi maka tidak mustahillah mencanak sambutan yang diterima..apatah lagi disertakan dengan testimoni daripada pengguna terdahulukan..pastinya media cetak,media elektronik,media sosial menjadi pilihan bagi langkah pemasaran.

Ada yang terpengaruh bila sentiasa mendengar dan melihat iklan-iklan yang tak jemu dipaparkan dan diperdengarkan.Kalau dah hari-hari setiap masa..batu yang keras pun hari-hari dititiskan air lama-lama lekuk juga..begitu jugalah kita manusiakan.Atau pun bila sesuatu yang kita lihat itu sudah lama diidamkan maka untuk elak daripada terpengaruh itu susah.Rasa terpengaruh dan keinginan yang terpendam bila bergabung maka sukar diubah.Gam gajah pun kalah ni lekatnya..he he he.Perdu Cinta pun tidak terkecuali daripada terpengaruh oiii...😄..lagi-lagi bab makanan..menu-menu....huiiiiiii.Lupa istighfar😩

ELAK DARIPADA TERPENGARUH ITU SUSAH
Google image

Dalam mempromosi jangan berbohong.Ketika meletak tanda harga jangan riba.Semasa berjual beli pastikan berakad.DENGAN NAMA ALLAH.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


11 August 2018

Maka Bermulalah ..

9:18 AM 5
MAKA BERMULALAH ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Awalnya.
Akhirnya.
Bermula.
Penutup.

Kelahiran.
Satu perjuangan.
Untuk hidup.
Dua nyawa.
Mungkin lebih.
Yang hidup berjuang.
Memberi kehidupan.
DIA menghidupkan.
Sebenarnya babak pertama.
Maka bermulalah.
Kehidupan di dunia.

Kematian.
Sesiapa pun.
Di mana pun.
Apa pun yang hidup.
Mati pasti.
Kembali ke pangkuan DIA.
Jasad hancur ke tempat asal.
Roh kembali ke pemilik hakiki.
Dan sebenarnya.
Maka bermulalah.
Erti kehidupan sebenar.

Indah tetap akan lebur.
Teguh nanti akan hancur.
Melangit pasti akan tersungkur.
Di tiupan mematikan.
Di tiupan membangkitkan.
Di tiupan menghidupkan.
Cuma DIA.
TIADA MULA.
TIADA AKHIR.

Maka Bermulalah
Google image

#sama-sama mencari redha Allah SWT

10 August 2018

Di Mana-mana Sahaja

9:11 AM 10
DI MANA-MANA SAHAJA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Pergi kenduri berkain pelikat
Duduk bersila sebelah Mamat
Selamat menunaikan solat Jumaat
Moga bahagia sentiasa berkat

Ambil wudhuk air di kolah
Sambil berselawat pada Baginda
Sangat luas muka bumi Allah
Bahagian rezeki di mana-mana

Enak sungguh buah kurma
Duduk di beranda makan berdua 
Tuntutlah ilmu sebanyak mana
Kemudian kongsi apa selayaknya

Sungguh menawan si burung Nuri
Warna merah pada lehernya
Pandai-pandailah bawa diri
Baik buruk ada di mana-mana

Emas haram dipakai jejaka
Suasa boleh cuma suka-suka
Sebarkanlah aura-aura membina
Moga impaknya kembali pada kita

Teruskan amalan berjimat cermat
Menabunglah sentiasa walau sedikit
Salam Jumaat buat sahabat
Jangan terpedaya dek waktu yang menghambat

DI MANA-MANA SAHAJA

#sama-sama mencari redha Allah SWT

09 August 2018

Semakin Menggila

7:39 AM 6
Semakin Menggila
SEMAKIN MENGGILA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SEMAKIN MENGGILA | Buat kerja gila kalau hujungnya nanti membuahkan hasil,,apa salahnya..asal tidak bercanggah dengan syarak..tidak melangkau sunnah.Bila jaga dua hal ini betul-betul dan baik-baik,insyaAllah yang lain menyusul molek.Tak gitu.Apa yang bahaya dan menyesakkan jiwa dan minda adalah bila apa yang dibuat tersasar dari apa yang sudah terang-terangan Tuhan larang.

Patah balik itu bukan satu yang salah dan mengaibkan.Berubahlah.Dalam apa pun situasi khilaf yang sesiapa pun lakukan..jangan malu untuk kembali ke titik permulaan selagi belum kembali ke alam barzakh (kubur) seterusnya ke alam baqa (akhirat).Sinar itu sentiasa ada walau kelihatan tersangat halus umpama debu-debu halus yang bertebaran.

Gila-gila itu waras tapi penuh hal spontan yang dilakukan..ketawa,beriang gembira di mana berada.Sentiasa menyuntik aura-aura bahagia bukan sahaja pada diri sendiri tapi juga pada orang yang berada disekelilingnya.Semakin dilayan semakin menggila.

Semakin menggila??..banyak.Macam-macam sekarang ini yang semakin menggila.Yang baik..ada.Yang tidak baik banyak.Allahu.Ada masanya kita dipilih Allah SWT untuk melaluinya,contoh Allah uji dengan kesakitan.Ada ketika juga Allah SWT suruh kita pilih dan bezakannya.Banyak hal dalam hidup ini sangat bersangkut paut satu sama lain.Melainkan yang berfikiran mementingkan diri sendiri.Mungkin diketika hidup kita berasa dan beranggapan tidak menyusahkan orang..tapi bagaimana nanti ketika setelah kematian.Jangan menidakkan hakikat.

Perdu Cinta tengok semakin menggila juga peniaga jual buah-buahan dan petai...menggila juga Perdu Cinta nak beli..kihkihkih😅

#sama-sama mencari redha Allah SWt

08 August 2018

Tidak Usahlah Di Siram Minyak Lagi

7:59 AM 17
TIDAK USAHLAH DI SIRAM MINYAK LAGI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TIDAK USAHLAH DI SIRAM MINYAK LAGI | Menggoreng guna minyak masak.Tak kiralah minyak kacang ke...minyak kelapa ke..minyak sawit ke..masing-masing ada pilihan dan ikut kemampuan.Nama pun menggoreng,betul tak..kalau merebus barulah guna air..hee he hee..😁Mahal-mahal beli kereta,tak kisahlah buatan dalam negara atau kereta import..canggih mana pun model..power mana pun enjin..tetap perlukan minyak petrol juga untuk hidup dan gerakkan enjin..kecuali yang menggunakan tenaga solar atau bateri yang perlu dicas..kuikuikui😉.

Besar pengaruh dan penggunaan minyak dalam kehidupan kita sebenarnya...baik untuk masakkan mahupun untuk kegunaan kenderaan atau pengangkutan.Minyak salah satu juga bahan yang memudahkan proses pembakaran.Minyak dan api pasangan secocok saling memerlukan.Tapi awas,ianya mampu membinasakan dengan izinNYA.

Adakala minyak perlu bersahabat baik dengan api...ada ketika jauhkanlah minyak daripada api..bergantunglah pada keadaan dan keperluannya..lebih-lebih lagi diketika keadaan semakin genting dan parah.TIDAK USAHLAH DI SIRAM MINYAK LAGI.Bara yang tinggal pun andai disiram  minyak tidak mustahil marak semula,inikan api yang sedia ada sudah cukup besar disiram minyak..Allahu..

Begitulah perumpamaan kehidupan.Masalah itu diibaratkan api.Nasihat yang negatif itu umpama minyak.Sebelum memberi apa-apa sahaja penilaian,nasihat atau kata-kata..fikirkan dahulu baik buruknya..sama ada setiap buah fikiran kita itu nanti menambahbaik atau sebaliknya pada permasalahan orang lain.TIDAK RUGI menjadi air yang menyejukkan.

TIDAK USAHLAH DI SIRAM MINYAK LAGI

#sama-sama mencari redha Allah SWT

07 August 2018

Tetap Ada Nikmatnya

8:30 AM 10
TETAP ADA NIKMATNYA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TETAP ADA NIKMATNYA | Syukur atas setiap nikmat.Nikmat?.Sering dinikmati tapi terkadang sering juga dilupai..lupa untuk disyukuri.Moga kita bukan antara yang mengkufuri nikmat-nikmat dari Allah SWT.

TETAP ADA NIKMATNYA.

Suka bila apa didamba didepan mata.Tertunai semua.Lancar sentiasa.Ya itulah yang dikata nikmat hidup..nikmat di dunia.Alhamdulillah.Sedih dan kecewa bukan biasa-biasa bila apa diharap sukar digapai,gagal tidak tercapai..musnah berkecai berderai.Dirasakan gelita tidak berguna..hampa kecewa menguasai jiwa.

Lazimnya diungkap "pahit itu ubat" .. "manis itu sakit" .. ada benarnya namun diantara kepahitan dan kemanisan itu juga perlu diletakkan garis yang bergelar "kesederhanaan".Kedua-duanya ada nikmatnya yang tersendiri.Allah itu sentiasa memberi keseimbangan.

Sesuatu yang kena dijiwa itu lebih mudah diterima jadi tidak mustahil juga lebih mudah dipuji atau yang setara dengannya.Berbanding dengan apa yang tidak kita boleh terima sewenang-wenangnya maka beribu alasan dan cara menolaknya.

Setiap apa pun tetap ada nikmatnya.Carilah dan padankan dengan hati.Susah.Berat.Anggap itu dipermulaan,nanti bila hati mula sebati,insyaAllah semua seperti biasa-biasa sahaja.

TETAP ADA NIKMATNYA.


Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT