14 July 2018

Tunai

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TUNAI | Berakhir sudah Syawal.Seperti Ramadhan yang berpisah dengan kita mempunyai 1001 kisah..tidak kurang juga Syawal yang telah berakhir dihiasi pelbagai warna dan ceritera.Ada yang dipenuhi gelak tawa,tidak kurang yang dilimpahi dengan duka lara.Atau mungkin rasa yang bercampur baur..Allah pemberi rasa duka -gembira..gembira - duka.

Duka-gembira .. gembira - duka.Akhir ramadhan En Suami kehilangan pakngahnya.Pakngah ni biras mak mertua PC.Isteri pakngah iaitu adik mak mertua PC sudah 6 tahun menemui PenciptaNya.Manakala di pertengahan Syawal PC pula kehilangan pakuda (abang nombor 3 babah PC).Dua bulan berturut-turut kami diuji dengan suatu yang diluar dugaan kerana kedua-duanya kelihatan sihat dan baik-baik sahaja.Allahu.Melalui detik kehilangan keluarga terdekat itu sakit..bagaimana andai PC sendiri melaluinya.SubhanAllah.Tidak terbayang remuknya hati.Biar mulut ungkap redha namun pasti hati perlukan masa untuk menerima.

Hakikat.Dari PENCIPTA kembali kepada PENCIPTA.Setiap yang bernyawa pasti akan merasai..melalui sakaratulmaut.Allahu.Bermula satu kehidupan baru yang kekal selamanya.Al Fatihah.Sungguh takut untuk membayangkan.Dan takut untuk memikirkan.Namun ianya PASTI untuk kita semua lalui.

Tunai.

Waris yang tinggal tunai tanggungjawab sebaiknya.Jumpa semua sahabat dan rakan-rakan akrab arwah untuk bertanya dan mengetahui apa yang sewajarnya.Melunaskan fidyah.Mengusahakan untuk badal haji serta umrah.Besar tugas waris yang ditinggalkan.Namun tidak sekadaran itu,semuanya perlu lebih terjaga,menjaga dan dijaga.Berlainan alam atau dunia namun perhubungan itu tetap dan sentiasa terjalin.Amalan,sedekah jariah ... anak-anak soleh solehah yang ditinggalkan.Sentiasa menjadi cahaya yang menerangi.SubhanaAllah.

Segala apa yang ditinggalkan jika masih sedang diusahakan teruskanlah.Lunaskan sebaiknya.Tunai impian yang tertangguh moga ianya menjadi tanda ingatan yang sentiasa mekar.Mendengar dan melihat kematian itu pengajaran hebat untuk buat diri insaf.Moga ianya menjadikan kita insan yang lebih menjauhi lagha dan mendekati Allah SWT.

tunai

#sama-sama mencari redha Ilahi.


6 comments:

  1. kita yg ada ini perlu meneruskan hidup dgn beramal kpd Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cikgu AK....aamin..insyaAllah..

      Delete
  2. betul tu besar tanggungjawab waris kpd yg tlh pergi. Lagi2 anak sulung T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...semua mainkan peranan insyaAllah baik-baik sahaja harapnya.

      Delete
  3. Replies
    1. Tepat..cuma detiknya menjadi rahsia.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..