13 July 2018

Saling Memahami Itu Mahal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

SALING MEMAHAMI ITU MAHAL


Saling Memahami Itu Mahal
Google Image

Bukti cinta tersimpul rapi
Salah satu keajaiban dunia itu Taj Mahal
Ajarlah diri sentiasa memahami
Saling memahami itu mahal

Mendengar melihat itu mudah
Mulut ringan berbicara rambang
Tidak perlu terus meludah
Kelak nanti dipinggir orang

Terang bulan menerangi gelita
Berlampu suluh menyeberangi titi
Tidak menghulur tidak mengapa
Cukup kamu sudi mengerti

Merimbun hijau pokok bidara
Dari kejauhan menambat hati
Tertib beralun menutur bicara
Segar subur kejernihan hati

Singgah ke kedai membeli gula
Beli juga seikat meranti
Bertolak ansur itu mulia
Nikmat di akhirat pasti menanti

Pergi ke masjid pakai kurta
Kurta dihias sulaman tangan
Bekerjasama jangan dilupa
Apa yang berat menjadi ringan

#sama-sama mencari redha Ilahi



10 comments:

  1. saling memahami memang penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2 penting..untuk menjaga silaturahim.

      Delete
  2. Sifat-sifat mahmudah tu agak sukar nak dilaksanakan tp kalau dapat terasa keindahannya kan PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana..banyak dan ada saja dugaannya...kalau dah ada sifat memahami...pelihara.

      Delete
  3. Bagusnya nasihat menasihati mcm ni...terasa byk perlu diperbaiki kan.

    (salam kenal dari blogger julia johari, done follow, keep in touch)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...moga bermanfaat ya..
      terima kasih follow blog PC...PC dah follow juga..

      Delete
  4. betul tu,,, kalau tak saling faham memahami boleh terburai ikatan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak...hancur lebur jadinya hubungan,ikatan dan apa yang telah dibina...

      Delete
  5. Saling memahami asas kesepakatan ukhwah dan keharmonian kehidupan ini, in shaa Allah.

    ReplyDelete
  6. Kak PC lea x de masa nak blogwalking skrg ni,,, RIndu nak baca entry kak PC.. Rini luangkan masa sikit untuk singgah sini..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..