27 July 2018

Mengundang Seberapa Yang Boleh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MENGUNDANG SEBERAPA YANG BOLEH | Bila ada rezeki .. ingat,dalam rezeki kita ada rezeki dan hak orang lain.Orang lain itu tidak semestinya orang asing (tiada pertalian darah)...ibu bapa kita..adik beradik kita..suami atau isteri kita..anak-anak kita dan seterusnya saudara kita juga termasuk antara yang berhak pada rezeki yang Tuhan pinjamkan pada kita.

Ikutlah kemampuan.Ada lebih mungkin yang menerima boleh lebih ramai..ada sedikit,maka sedikitlah pemberiannya.Semampunya kita.Asalkan jernih niatnya.

Mengundang seberapa yang boleh.

Kecukupan itu dariNYA.Wajarlah kalau berasa bimbang kerana persediaan manusia sering tersasar tapi ingat,bantuan Allah itu luar biasa.Lazim bila mengadakan majlis sama ada secara besar-besaran atau kecil-kecilan..undanglah seberapa yang boleh.Tidak membebankan yang mengundang..tidak juga menyakiti tetamu yang diundang.Ambillah jalan selamat antara mewah dan kecilan itu,iaitu kesederhanaan.InsyaAllah baik-baik sahaja.Kalau ada niat untuk menjamu dan  mengundang ..

😉Niat kerana Allah SWT
💰Ukur kemampuan dipendapatan sendiri
☕Menu mudah,ringkas tapi mengenyangkan
💞Sama-sama dapat menikmati

Untuk memuskan hati semua orang agak mustahil.Biar 1000 kali kita kata semua setara dan adil sebaik-baiknya..kerana permintaan setiap orang tak sama.Justeru bagi menghilangkan rasa-rasa yang nantinya membinasa..masing-masing sila berlapang dada.Hari ini Jumaat akhir dibulan Julai..boleh dijadikan juga satu permulaan perubahan.

MENGUNDANG SEBERAPA YANG BOLEH

#sama-sama mencari redha Allah SWT



14 comments:

  1. Salam Jumaat PC.. semoga Allah sentiasa memberkati dengan sepenuh kerahmatanNya.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin....tak ada lain diharap selain keberkatan hidup di dunia hingga akhirat...dalam keberkatan itu ada banyak cabangnya...

      Delete
  2. Salam jumaat. Semoga kita menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain juga.aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..betul sangat2..setuju...walau mungkin manfaatnya itu kecil sahaja tapi memberi kesan yang baik..

      Delete
  3. Salam jumaat PC, memang susah nak senangkan hati orang lain. maka, kita senangkan hati kita sendiri itu diutamakan lebih baik. thanks perkongsian PC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita senang hati,fikiran pun tenang...urusan2 pun boleh diurus dengan lancar.....aamin.

      Delete
  4. terima kasih atas perkongsian. kita tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah semata-mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...kebergantungan padaNya..pada kita sekadaran usaha.

      Delete
  5. Betul tu kak pc.. Nak puaskan hati semua orang payah, baik kita cari redha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...bila Allah redha....moga setiap apa kita lakukan ada keberkatannya.

      Delete
  6. Thanks for sharing PC. selamat berhujung minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2...selamat berhujung minggu kembali....

      Delete
  7. Besar ganjaran kita berkongsi rezeki dengan orang terutama family terdekat. Tak rugi sedikit pun pada yang memberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...menghargai mereka sebaik2nya dengan kadar dan cara termampu...moga hikmahnya sama2 kita rasa..aamin.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..