16 July 2018

Kuali Pulak Ke??

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


KUALI PULAK KE?? | Mahu tidak mahu mengikuti perkembangan semasa itu perlu juga bagi PC.Baik .. atau yang kurang baik .. hadam dan pandai-pandai pilih.Bukan lagi dikelompok B.B.B.N.U ~> Budak Budak Baru Nak Up kan..makanya banyak lemaunya berbanding rangup..gitulah ibaratnya..he he he dah macam keropok la pulak.Usia senja ni sebolehnya Berlapik Bila Berbicara Nak Untung.Untung dunia akhirat kalau bolehlah.Tapi asyik tewas saja..kikikiki.

Kuali pulak ke??

KUALI PULAK KE??
Google Image

Kalau tak dapat buat semua hangan tinggal semua.Begitu juga dengan situasi sekarang.Kalau mungkin apa yang berlaku disekeliling kita tidak klik dengan diri kita...tidak ngam dengan jiwa..tidak sehaluan cara dan pendapatnya..jangan terus tolak..ambil tahu jugalah supaya tidak terus ditinggalkan dan ketinggalan.Walaupun mungkin bukan lagi masanya dan tidak lagi berpadanan dengan diri.

Kunyet sudah.Bawang pun sudah.Kuali pulak ke.Berhuhuhuhu betullah.Kunyet ke .. bawang ke .. bila dijadikan ramuan masakan ke periuk juga .. ke kuali juga.Betul ke tidak.Lucunya,ianya menjadi simbolik membayangkan sesuatu hal,perkara dan tabiat segelintir makhluk Allah yang bergelar manusia.Zaman sekarang,jangan buat hal yang aneh-aneh dan mendatangkan kemarahan serta kebencian maka bakal viral lah dengan bermacam gelaran.Entah macam mana .. PC terdengar adik-adik sepupu PC sebut makcik pakcik kuali pula.

Kuali? .. sudah naik tarafkah mereka.Apa pula difinisi kuali dipandangan mereka yang sebenarnya.Dengan penuh sopan lagi sabar dan bersungguh nak tahu ni kononnya .. ceh ceh ceh .. PC pun tanya .. apa hal pulak kuali terjebak sama..nah ini anggapan  B B B N U.."Spesis kuali ni lagi advance.Suka mendengar cerita...sahih ke tidak sahih main terima..tanpa usul periksa menyebarkan sesukanya..busuk hati..hati hitam macam bontot kuali".Sungguh PC ketawa yang mungkin mengundang iri hati syaitan dan iblis...sebab ditiru ketawanya.

Perjalanan hidup kita cukup singkat.Adakala kita berasakan 24 jam itu tidak cukup.7 hari itu sedikit kerana permainan duniawi yang melekakan.Tetapi pernahkah terfikir nanti di akhirat kelak kita tidak ada waktu untuk itu semua melainkan hanya risau memikirkan diri masing-masing kedestinasi mana akhirnya nanti.Justeru kualitikan masa dan hari yang ada sekarang untuk memberi rasa selesa,bahagia dan gembira di sana kelak.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

15 comments:

  1. haaa? peliknya depa ni... kuali ni apa pulak.. haha
    macam2 laa org yang suka bergosip ni.. ada aje nama nak diberi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC yang dengar pun terkejut...hahaha....bila dah geram maka macam2lah gelaran yang keluar dan diberi...kadang lucu pun ya juga...

      Delete
  2. Betul tu tak dapat buat semua jangan tinggal semua.. Waktu semakin cepat terasa, puasa haritu pun rasa kejap je sebulan. Ini pulak Syawal dah berlalu. kejap lagi tuptup dah raya korban pulak.. Allahu lajunya masa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Husniey...puasa...raya..ni dah dekat nak raya haji....ni jemaah haji pun ada dah yang berlepas kalau tak silap kak PC....sangat pantas...jadi kita jangan sia-siakan waktu yang ada....

      Delete
  3. mcm2 istilah sekarang ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kadang macam tak terikut...kadang lawak juga..macam2 sangat.

      Delete
  4. Haha macam2 ye term skrg ni. Dr bawang ke kuali. Lepas ni tak mustahil batu lesung - org yg suka melagakan org. Macam2. Yg penting kita jadi yg terbaik buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah marahkan kak...bila geram...yang kena mesti bagi gelaran yang bukan2 pada yang cakap tu...hehehe...nak cakap depan2 risau jadinya lain...penyudahnya timbul kuali la pulak...

      Delete
  5. aduh... mcm2 gelaran diberi kan.... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak...mula2 aneh je...tapi dengar je..lama2 tergerak juga nak tanya...bila dah tau tu yang ketawa PC.

      Delete
  6. Kesian mereka, jadi perlambangan yang tak elok.
    Sedangkan semuanya berguna.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbth...

    Salam kenal...

    ReplyDelete
  8. Ah sudah.. Kuali pula.. sabar jelah.. Macam-macam..

    ReplyDelete
  9. Orng2 spesis mcm ni mmg tak ubah macam kuali.. mmg betul. Sabar jelah.. moga kita semua dijauhkan dgn org2 yg hatinya hitam.. nauzubillah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..