31 July 2018

Jadilah Insan Yang Nampak Terdidik

7:27 AM 6
JADILAH INSAN YANG NAMPAK TERDIDIK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


JADILAH INSAN YANG NAMPAK TERDIDIK | Menjalani kehidupan seusia kini bukan hal yang mudah.Perdu Cinta,sahabat-sahabat blogger,awak,kamu,kalian dan mereka sudah tentu ada jalan cerita masing-masing.Warna-warni.Jangan mempertikai kerana setiap daripada kita telah Allah SWT sediakan buku takdir sendiri-sendiri.

Ibu ayah kita mendidik dengan cara dan acuan mereka.Guru membimbing dengan ilmu yang mereka ada.Tapi jangan pernah lupa Allah SWT mentarbiah kita dengan cara yang paling terbaik mengikut keterdayaan hamba-hambaNYA.

Jadilah insan yang nampak terdidik.

Ilmu itu sangat berguna.Biar sedikit dan sekecil mana pun ilmu yang dimiliki.Jangan pernah meremehkan sedikit ilmu yang ada pada orang lain sekiranya tidak setara dengan ilmu yang diri sendiri miliki.Ilmu itu luas.Mungkin kamu hebat dibahagian ini,sedang dia boleh menguasai lebih baik ilmu dibidang lainnya.Dan ada orang berjaya bukan dengan ilmu tapi dengan pengalaman.

Kalau kita berjaya menguasai ilmu itu dengan izin Tuhan.Dan jika satu ketika DIA mahu mengambilnya itu juga atas kehendakNYA.

Banyak orang berjaya kerana pengalamannya.Berapa ramai yang gagal biarpun ilmunya tidak kurang hebatnya..kerana satu hal yang sering dilupakan...bila Allah berkehendak..tiada yang mustahil.

Apa yang dimiliki tidak kekal selamanya dengan pemiliknya.Sungguh.Jadilah insan yang nampak terdidik bukan dengan cara bermegah-megah dengan apa yang dimiliki..bukan mendabik dada atau besar kepala...tapi sentiasa menjaga setiap apa yang dipunyai sebagai hamba.Tidak pernah rugi bagi yang sentiasa mewahkan dirinya dengan kerendahan hati.Sebaliknya akan lebih dihargai dan dihormati.

Jadilah Insan Yang Nampak Terdidik

#sama-sama mencari redha Allah SWT

30 July 2018

Kemeriahan Yang Berganti

9:01 AM 12
KEMERIAHAN YANG BERGANTI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


KEMERIAHAN YANG BERGANTI | Bezanya dapat dirasa.Atau sebenarnya perasaan orang yang berganjak usia.Tua dah Perdu Cinta ni sebenarnya.Allahu.Cuma masih lagi banyak laghanya.Selalu juga lupa neraka itu ada.SubhanAllah.Ucap beria nak kejar syurga paling pertama,tapi bab kebaikkan..urusan ibadah yang paling kemudian gerak dan bertindaknya..👉nak jadi apalah agaknya..hurmmmmm😥.Tapi betul .. kalau diperhati banyak bezanya.

Kemeriahan yang berganti.

Lalu di padang sepi..cuma dipenuhi lalang yang meliuk lentuk mengikut hembusan angin.Melintas di taman-taman permainan juga sepi.Di laluan dan kawasan khas beriadah pun..ada yang menggunakannya tetapi warga ibu-ibu..bapa-bapa..Mata Perdu Cinta rindu nak melihat lincahnya kaki menggelecek bola.Telinga Perdu Cinta rindu nak dengar sorak riang saling bergurau senda dan menyokong satu sama lain walau cuma main teng-teng depan rumah.

Mungkin ada yang tidak atau kurang bersetujulah.."dulu tu dululah jangan disamakan atau dibandingkan dengan sekarang".Hehe.

Bukan tidak ada langsung terlihat kelibat anak-anak..ada,berkumpul di luar pagar rumah..bersila,bersembang namun topiknya kecanggihan gadjet terkini.Siapa yang terlebih dulu memiliki dan mengetahui.Bukan lagi isu kanak-kanak yang setara usia mereka.Moga kematangan mereka itu selari dan mumayeznya juga tidak biar jauh ketinggalan dan ditinggalkan.

Situasi semasa juga barangkali menjadi asbab yang tidak boleh dipandang dan diambil mudah.Kemeriahan yang berganti dengan ketakutan dan rasa tidak selamat walau dipersekitaran sendiri.Antara punca juga ibu bapa mengawal pergerakkan anak-anak mereka.Segalanya mungkin terjadi.Boleh berlaku.Allahu.Jenayah berpotensi berlaku di mana-mana..tidak semestinya di luar rumah,malahan di dalam rumah pun tidak mustahil berlaku dan dilakukan.Di kala ini sukar untuk memberi kepercayaan pada sesiapa pun.Risiko tetap ada.

Kemeriahan Yang Berganti

#sama-sama mencari redha Allah SWT


29 July 2018

Musuh

9:22 AM 4
MUSUH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MUSUH | Syukur atas segala pinjaman nikmat yang sementara.Disekeliling kita dipenuhi nikmat.Nikmat tetap nikmat biar sekecil kuman pun.Apatah lagi sebesar gajah 👉pepatahnyanya begitukan...asal kecil je kuman...kalau besar je gajah.Bila gemok  je Perdu Cinta lah tu..😲😭.Di ketika kita atau sesiapa sahaja menikmati nikmat .. tidak semuanya senang menerima dan melihatnya.Sedar atau tidak.Percaya atau ragu-ragu musuh itu sentiasa ada.Nyata atau berselindung sahaja bezanya.

Musuh.

Bukan auta.Musuh di zaman ini cerdik-cerdik sungguh.Bijak pandai.Sehinggakan tidak kita duga itulah musuh yang sebenarnya.Allahu.Sebenarnya itulah yang sangat-sangat berbahaya dan perlu dikhuatiri oleh kita semua.Ada mangsa.Ada pemangsa.Ada yang terkorban.Ada yang bahagia gembira mengorbankan.Zalim.Ya.Dengan taktik dan matlamat masing-masing.Asal tercapai matlamat.Janji puas hati 👉 yang lain ada aku kesah.Lupa la tu .. Allah kisah .. malaikat ambil tahu .. faham!😌

Adakah benar musuh itu tiada baiknya..musuh ada bermacam jenis.Ada yang tegar menjadi musuh hingga alam ini musnah hancur lebur menjadi debuan( kiamat).Eh,ada juga musuh yang boleh menjadi sahabat.Tidak kurang yang di atas pagar..spesis berkepentingan ni nampaknya..boleh jadi baik sekelip mata..boleh jadi musuh bila-bila masa.

Allah cipta watak musuh itu tidak sia-sia.Ada pelajaran yang boleh kita tuntut.Ada pengajaran boleh kita iktibarkan.

👓Kenalpasti musuh dan didik melalui tauladan.
👀Pantau pergerakkannya dan usahakan tidak terjebak dengan agendanya.
👂Ada ketika perlu dengar strateginya kerana ianya membantu juga untuk kita berjaga-jaga.
👄Berlisanlah dengan baik.Doa moga Allah SWT lembutkan hatinya.

musuh

#sama-sama mencari redha Allah SWT

28 July 2018

Teguh Terpahat

10:25 AM 13
Teguh Terpahat
TEGUH TERPAHAT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

Anak katak eh melompat-lompat
Sayangnya cuma lompat setempat
Jangan sentiasa berasa hebat
Selalu teguh ingat Tuhan melihat

Tidur malam pakai celak
Jangan acah-acah berasa hairan
Mengharap syafaat Baginda di akhirat kelak
Sunnah Rasulullah diabai jangan

Ada yang fobia dengan rambutan
Katanya bulu rambutan menakutkan
Tidak usah pertikai kandungan Al Quran
Wahyu istimewa untuk jadikan pedoman

Enak sungguh aroma belacan
Ada yang suka ada yang tidak makan
Setiap pengalaman jadikan ingatan
Baik diamal buruk ditinggalkan

Ikan keli dimasak berlada
Rasa pedasnya menangkap ke telinga
Ingat sentiasa nasihat ayahanda bonda
Jadikan pendinding walau di mana-mana

Manis wajah bertahi lalat
Molek terletak dialis kanan
Kenangan indah sentiasa terpahat
Memori pahit didendam jangan

Cak cak ba
Jong jong inai
Selamat beristirehat semua
Moga dilimpah rasa damai

#sama-sama mencari redha Allah SWT




27 July 2018

Mengundang Seberapa Yang Boleh

7:11 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MENGUNDANG SEBERAPA YANG BOLEH | Bila ada rezeki .. ingat,dalam rezeki kita ada rezeki dan hak orang lain.Orang lain itu tidak semestinya orang asing (tiada pertalian darah)...ibu bapa kita..adik beradik kita..suami atau isteri kita..anak-anak kita dan seterusnya saudara kita juga termasuk antara yang berhak pada rezeki yang Tuhan pinjamkan pada kita.

Ikutlah kemampuan.Ada lebih mungkin yang menerima boleh lebih ramai..ada sedikit,maka sedikitlah pemberiannya.Semampunya kita.Asalkan jernih niatnya.

Mengundang seberapa yang boleh.

Kecukupan itu dariNYA.Wajarlah kalau berasa bimbang kerana persediaan manusia sering tersasar tapi ingat,bantuan Allah itu luar biasa.Lazim bila mengadakan majlis sama ada secara besar-besaran atau kecil-kecilan..undanglah seberapa yang boleh.Tidak membebankan yang mengundang..tidak juga menyakiti tetamu yang diundang.Ambillah jalan selamat antara mewah dan kecilan itu,iaitu kesederhanaan.InsyaAllah baik-baik sahaja.Kalau ada niat untuk menjamu dan  mengundang ..

😉Niat kerana Allah SWT
💰Ukur kemampuan dipendapatan sendiri
☕Menu mudah,ringkas tapi mengenyangkan
💞Sama-sama dapat menikmati

Untuk memuskan hati semua orang agak mustahil.Biar 1000 kali kita kata semua setara dan adil sebaik-baiknya..kerana permintaan setiap orang tak sama.Justeru bagi menghilangkan rasa-rasa yang nantinya membinasa..masing-masing sila berlapang dada.Hari ini Jumaat akhir dibulan Julai..boleh dijadikan juga satu permulaan perubahan.

MENGUNDANG SEBERAPA YANG BOLEH

#sama-sama mencari redha Allah SWT



26 July 2018

Jangan Dibiar Kontang

8:38 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

JANGAN DIBIAR KONTANG

Kering.
Kosong.
Sepi.
Sendiri.
Sepertinya padang pasir.
Pasir bertebaran mengikut pukulan sang angin.
Mudah bukitnya tersergam.
Lebih mudah bukitnya menjadi rata.
Namun ianya bukti.
Bukti mampunya Allah untuk menjadikan.

Hati.
Ada padanya jiwa.
Rasa.
Mengungkap janji.
Sampai mati.
Janji pada Ilahi.
Jangan dibiar kontang.
Jangan.

Yang kontang itu mudah.
Dicerobohi.
Didustai.
Dinodai.
Dihancuri.
Yang kontang itu lebih mudah.
Dibuang dan dicampak ke tepi.

Jasad yang gagah berani.
Jasad yang indah berseni.
Jangan sampai dibiar kontang.
Isi dan penuhi.
Di rohani.
Iman.Ilmu.Ihsan

Jangan Dibiar Kontang
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi



25 July 2018

Tidak Boleh Dimarah Tidak Suka Dinasihati..Benarkah

9:27 AM 7
Tidak Boleh Dimarah Tidak Suka Dinasihati..Benarkah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TIDAK BOLEH DIMARAH TIDAK SUKA DINASIHATI .. BENARKAH | Gosip atau realiti.Fitnah atau satu hakikat masa kini.Lazim didengari,melentur buluh biar dari rebung..tapi mungkin itu rebung dulu.Rebung sekarang lebih rapuh dan mudah hancur.Semakin mahu dilentur semakin entah bagaimana bentuknya.Biarpun tidak semua tapi begitulah dewasa ini.

Tidak boleh dimarah tidak suka dinasihati .. benarkah.

Melawan dengan perkataan.Memberontak dengan tindakkan.Bukan suatu yang aneh.Tiada yang pelik pun sebenarnya kerana sedari dulu ianya berlaku,bezanya kini lebih berani..lebih berlebih-lebihan dan lebih nekad.Menakutkan.Sangat-sangat.Jiwa-jiwa membara kalau silap mengemudinya merisaukan juga sebenarnya.

Selagi masih ada yang mahu marah itu sayang.Selagi masih ada yang mahu menasihati itu ambil peduli.Bukan kerana mencari khilaf.Tidak untuk menampakkan sisi baik sebelah pihak.Hadam betul-betul.Kesalahan besar atau kecil.Serius atau tidak,berpotensi dilakukan oleh setiap peringkat umur.Bila dimarah,dinasihati,jangan lihat setara atau tidak level sesorang itu mahu mendidik..tapi ambil apa kebaikkan dan pesanan yang ingin disalurkan.

Mengapa berasa tidak boleh dimarah tidak boleh dinasihati.Sudah cukup baikkah.Sudah cukup menjagakah atau memilih kelayakkan si penegur dan penasihat.Rasa sentiasa betul itu bahaya.Bukan sahaja merosakkan diri sendiri,malah menyusahkan orang lain juga.Fikirkan juga padah atau akibatnya.

Manja dan mengada-ngada tersangat bahaya andai tidak dirawat dengan betul.Sungguh.Ianya boleh menjadi penyakit dan wabak yang melemah dan melumpuhkan akhlak generasi sekarang dan mendatang.Jadi tidak hairanlan tidak boleh dimarah tidak suka dinasihati .. benarkah ... ermmmm.Harap maklum.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

24 July 2018

Kemampuan Hujung Tanduk

9:03 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


KEMAMPUAN HUJUNG TANDUK | Bunyinya macam "telur di hujung tanduk" .. betul sangat la tu.Itu yang cuba PC ingin sampaikan cuma bezanya apa yang digariskan adalah "kemampuan".Mampu ke tidak mampu.Betul-betul mampu atau tipu-tipu mampu.Atau juga mampu tapi pura-pura tidak mampu.Banyakkan.Banyak ragamnya.Pelbagai situasinya.

Kemampuan hujung tanduk.

Sebut soal kemampuan,sangat dekat dan erat dengan situasinya pendapatan.Kalau ianya melibatkan ekonomilah.Namun ada juga kemampuan yang selain daripada itu.Hanya bergantung pada kendiri atau diri sendirilah.Dalam hidup kita tidak semua bergantung pada duit.Dan dalam apa pun situasi sedari awalnya letak kebergantungan pada DIA DIA DIA.Sedari mula-mula lagi.

Dulu zaman Perdu Cinta kecil-kecil..kanak-kanak..walau tak faham tapi selalu dengar "ukur baju dibadan sendiri".."jangan tutup lubang,gali lubang".."kail panjang sejengkal jangan diduga lautan dalam"..krikk krikk jugalah oleh sebab tak fahamkan..bila dah faham..hakikat kehidupan di zaman sekarang..hujung-hujung usia dunia ini..berbeza semuanya..Perdu Cinta dengar dan perhatikan.."sifat berlumba-lumba yang sangat menakutkan".."takut kalah".."risau dicop ketinggalan budaya"..keperluan dan kehendak menjadi kepala sedang hukum menjadi ekornya..walhal hukum yang disyariatkan dan disyaratkan itu ditangga pertama.

Ditangga pertama.Perdu Cinta sendiri masih belajar dan perlahan-lahan mengajar diri.Terkadang yang dilahirkan dalam Islam dan iman itulah yang sering sambil lewa dan tidak bersungguh mengenal agama hingga ke dasarnya berbanding insan-insan yang menerima hidayah Allah dipertengahan usia untuk mengenal agama Islam.Selagi berdaya,mampu..usahakan untuk mendekat dan mengamalkan.

Sesetengah hal biarpun kemampuannya hujung tanduk..perlu terus dipaksa dan disokong sebaik-baiknya untuk bangkit dan berlari semula..ada pula sesetengah hal lainnya,kita atau sesiapa pun mesti belajar dan terima hakikat kemampuan hujung tanduk adalah satu yang tidak boleh dielak dan dilalui setiap orang,cuma dengan situadi yang berbeza-beza.

Kemampuan hujung tanduk.

#sama-sama mencari redha Allah

23 July 2018

Jom D A N G D U T

7:44 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


JOM 👉 D A N G D U T | Hiburan,sangat digemari dan sentiasa diusahakan untuk dinikmati.Hiburan ni ada banyak jenisnya.Tidak semestinya tumpu pada nyanyian atau lakonan.Lain orang lain jenis hiburan yang dipilih dan dijadikan kelaziman.Membela ikan,menanam pokok-pokok,memasak,menjahit,membaca,melancong..itu juga antara jenis hiburan yang tidak kurang menjadi pilihan.Selagi ianya memberi rasa yang positif teruskanlah.Bagi PC dalam kita berhibur atau mencari hiburan untuk diri sendiri..jangan lupa orang lain juga.Sama-sama berhibur dan terhibur..apalagi..JOM 👉 D A N G D U T : Doakanlah Agar segala Niat baik Geng semuanya Di terima dan di Utamakan Tuhan.

Jom 👉 D A N G D U T

Jom  D A N G D U T

Hadiah tidak semestinya yang mahal-mahal kerana yang penting ianya dihargai dan memberi makna pada penerimanya.Semua orang ada niat nak beri hadiah,tapi tak semua orang ada kemampuan yang sama.Justeru kenapa PC cakap tidak perlu yang mahal-mahal..tapi kalau ada rezeki,mampu...mengapa tidak dan tiada salahnya pun untuk memberi yang agak mahal atau mahal-mahal.Berilah Kerana Allah.Silakan.

Kalau tak mahu orang bercerita tentang buruknya kita,jangan dibuka aibnya orang.Begitulah sifirnya.Aib kita pun Allah tolong tutupkan.Allah tolong selindungkan.Jadi,jaga-jagalah.Begitu jugalah kalau nak orang doakan kita..kita doakan orang dulu.Doa kita pada orang rahsiakan.Jangan beritahu.Biar malaikat dan Allah SWT sahaja yang tahu ya.Dah tu macam mana orang nak doakan kita semula.Allah itu Maha Adil,Maha Bijaksana kan...mengetahui semuanya..biar DIA yang mengaturnya.

Secara peribadi,bagi PC doa-doa yang baik itu juga hadiah..hadiah bukan sahaja kepada orang lain,tetapi juga hadiah kepada diri kita sendiri..dalam banyak-banyak doa kita atau sesiapa sahaja..kita tidak tahu pun yang mana Allah terima dan makbulkan...oleh itu...JOM 👉 D A N G D U T sungguh-sungguh..

#sama-sama mencari redha Allah SWT



22 July 2018

Hargailah

10:51 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

HARGAILAH

Makan ais krim bersama teman
Air krim kopi mestilah hitam
Banyak nikmat telah Tuhan pinjamkan
Hargailah nikmat iman dan Islam

Pergi sungai memancing ikan
Sambil merasai indah suasana
Insan istinewa kita raikan
Hargailah ibu bapa kita sementara ada

Asyik memilih ikan pelaga
Merah biru jingga pun ada
Jangan dicemar sesuka sahaja
Hargailah sungai kita selayaknya

Sedari tadi belek-belek jam
Asyik menunggu kedatangan teman
Berdosa besar memutuskan silaturahim
Hargailah ukhuwah sesama insan

Buah manggis buah rambutan
Banyak dijual ditepi jalan
Hargailah setiap nikmat kesihatan
Gandakan amalan hidup bertuhan

Kerang oh kerang
Waktu hidup asyik terjelir
Hargailah pemberiannya orang
Jangan dihina tak usah dipinggir

Hargailah
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

21 July 2018

Tak Rasa Rugi Ke

9:41 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TAK RASA RUGI KE | Soalan itu misteri.Ada datangnya dari gerak hati.Ada yang telah lama tersemat dan terbuku dihati.Ada yang terkeluar secara langsung..spontan je.Tidak kurang soalan-soalan yang terlebih dahulu disenaraikan.Dikarang panjang.Macam-macamkan.Sedap di dengar atau sebaliknya itu hal kedua biasanya yang menjadi ukuran.Selesa diulas arau seksa mahu menjawab sering disisih juga wajar atau tidaknya.Apa yang penting,ehh..tanya dulu.Semakin tinggi rasa ingin tahu,semakin banyak soalan bertalu-talu.Biasanya gitu.

Tak rasa rugi ke.

Melepaskan atau meninggalkan.Ada yang berpendapat peluang hanya datang sekali SAHAJA.Tapi bila Allah berkehendak tiada satu pun yang pelik dan mustahil.Peluang dan ruang itu dariNYA.Untuk kita semua.Kalau satu ketika dulu kita pernah melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan satu perkara yang lain,pasti ada hikmah yang cantik tersirat.Sama juga kisahnya,bila sudah berada di kedudukan selesa segenapnya tetapi memilih pula untuk melepaskan semua..satu hal yang perlu cuba dipraktikkan adalah,bila kita melepaskan atau meninggalkan satu peluang dan rezeki..itu juga atas kehendak dan izinNYA.Terkadang kita rasa pedihnya namun hikmah yang Allah hamparkan cukup manis dan bererti.Niat melepaskan dan meninggalkan kerana DIA..

Rugi satu hal yang ditakuti.Terutama para peniaga.Pembeli atau pengguna apatah lagi.Begitu juga konsepnya kita hamba-hambaNYA.Ruginya tak itu...ruginya tak ini..semua rugi...semua kita akan sentiasa berada dalam kerugian kecuali yang rajin berpesan-pesan dan beramal soleh...Rasa rugi lazimnya pada penilaian orang..bila mereka melihat dan tahu apa yang kita miliki tidak dimanfaatkan semaksimumnya.Walhal mereka atau sesiapa pun tidak mampu mengukur keterdayaan orang lain.

Pandangan helang dan pandangan pipit tidak sama ketajamannya.Masing-masing ada cara yang tersendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup.

TAK RASA RUGI KE

Google Image
#sama-sama mencari redha Ilahi

20 July 2018

Kaya Itu ...

9:42 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

KAYA ITU ...

Dambaan manusia.
Semuakah.
Segelintir cuma mungkin.
Ada yang takut.
Besar dugaannya.
Banyak juga nanti soalannya.

Diusahakan.
Ada juga yang diwariskan.
Tidak kurang mewarisi semua.
Allahu.
Rezeki.Ya.
Dugaan ya ya ya.

Kaya itu.
Lain orang lain difinisinya.
Beza orang beza pengurusannya.
Masing-masinglah.
Ada cara.
Ada gaya.
Ada juga mengada-ngada.

Kereta berjenama mewah.
Kaya.
Rumah besar.Gah.Cantik.
Kaya.
Basikal tua.
Kaya.
Teratak kayu.
Kaya.
Kaya itu.
Ikut bagaimana menterjemahnya.

Tidak semua untuk diri.
Diri tidak boleh miliki semuanya.
Kaya itu.
Tidak sesungguhnya harta.
Tidak sesungguhnya pamer semua.
Kaya itu.
Boleh jadi hatinya.
Ilmunya.
Akhlaknya.

Kaya itu.
Mengkayakan.
Dengan jalan Allah.
Tidak membuat orang rasa miskin.
Tidak juga buat orang rasa tersisih.

Kaya itu.
Satu laluan.
Bijak memilih bakal terpilih.
Cantik mengatur laju nanti meluncur.

Jumaat.
Hari mahu menjadi kaya.
Tidak mengapa seringgit dua.
Putih hati.
Kaya raya.

KAYA IT

#sama-sama mencari redha Allah SWT


19 July 2018

Siapa Yang Mahu Menamatkan

8:03 AM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SIAPA YANG MAHU MENAMATKAN | Lelah melihat aneka ragam manusia.Mahu tidak mahu.Suka tidak suka mahu dicampak dan dipalingkan ke mana lagi pendengaran dan penglihatan kita.Ya ada banyak pilihan namun sebesar mana peluang itu boleh diguna.Tenangkan diri,gali sisi positifnya agar sedikit pahala kebaikkan yang disemai tidak tergadai.Pasti ada sesuatu yang mahu Allah SWT sampaikan untuk peringatan kita semua.Pasti ada! dari-NYA sungguh! tiada yang sia-sia.

Siapa yang mehu menamatkan.

Marah itu bukan solusi yang terbaik melainkan telah banyak cara digunakan untuk mengingatkan.Dan apa bila kemarahan itu meledak,jangan hairan segalanya mungkin terjadi.Tindakkan fizikal barangkali,kata-kata kesat tidak terkecuali dan sebagainya bagaimana selayaknya.Bagi sesetengah individu,marah itu puncak dan penghujung rasa sabar yang ditanggung menggunung.Biarpun sabar itu tiada had..tiada sempadan tapi namanya manusia jalan pintas meluah emosi yang merah itu marah biarpun tidak wajar juga tidak diajar begitu.Jika marah .. berdiri,duduklah..jika duduk,baringlah..ambil wudhuk..istighfar..solat.Persoalannya,berapa ramai yang mempraktikkannya.InsyaAllah,andai dilakukan..kes-kes jenayah boleh.berkurangan.Kekerasan..kekejaman juga tidak ditahap membimbangkan.Aamin.

Budaya balas membalas.Dari peringkat bayi sebenarnya hinggalah ke peringkat hujung-hujung nyawa.Dewasa atau golongan tua.Apa yang membezakan adalah..bila sikap balas membalas ini dilakukan oleh bayi atau kanak-kanak kita boleh anggap mereka tidak lagi memahami dan sedang dalam proses pembelajaran.Meniru apa yang dilihat dan dipraktikkan sahaja sehinggalah ibu bapa atau yang dewasa menegur dan menasihati.Tetapi ianya menjadi tidak molek sekiranya dilakukan oleh orang dewasa atau orang-orang tua.Apatah lagi tidak mengalami apa-apa masalah serius seperti nyanyuk.Sengaja balas membalas.Bahagiakah?.Gembirakah?.Puas hati?.Sampai bila?.

Setiap kita berpotensi menjadi punca.Punca kebaikkan dan sebaliknya.Untuk mengakui khilaf itu susah berbanding menuding mengikut suka dan selera.Kalau semua ada rasa kesedaran.."ya aku  pun ada silap" dan kemudian perbaiki diri..alangkah indahnya hidup ini.Justeru siapa yang mahu menamatkan banyak hal yang kurang enak dari terus berleluasa..muhasabah diri sendiri..insyaAllah ada jawapannya.Bila ada kemahuan..solusinya pasti lebih dari yang kita sangkakan.

Siapa yang mehu menamatkan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

18 July 2018

Tidak Salah Alamat

7:10 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TIDAK SALAH ALAMAT | Musim buah-buahan dah pun bermula.Sana sini .. di mana-mana banyak gerai jual buah-buahan dibuka.Lebih meriah daripada biasa,lebih-lebih lagi gerai menjual raja buah "durian".Lebih banyak pilihan dan lebih persaingan harga.Rezeki kepada pemilik pokok buah-buahan serta dusun,rezeki juga kepada peniaga dan pembeli.Bermuamalat lah dengan sebaik-baiknya.Sejujur-jujurnya kerana ianya melibatkan banyak pihak dan darah daging.

Tidak salah alamat.

Mengeluh bila sedikit .. lupa bersyukur bila banyak.Bersangka buruk bila lewat .. fitnah bila cepat.Begitu lazimnya pemikiran segelintir manusia.Percayalah setiap apa DARINYA untuk KITA .. tidak salah alamat.Ngam-ngam .... 


TIDAK SALAH ALAMAT
Buah rambutan dan dukung pemberian jiran sebelah rumah
Alhamdulillah😄

Tiba sudah musim buah-buahan
Lalu lalang gambar di media sosial
Lap air liur tidak berkesudahan
Syukuri rezeki suci dan halal

Syukuri rezeki suci dan halal
Walau sedikit sama dirasa
Bacalah bismillah sebelum bedal
Moga keberkatan iringi kita

Durian dan manggis juga musimnya
Asyik singgah dalam mimpi
Eh hari ini gaji rupanya
Siapa tahu menjadi realiti

😉

Lambat atau cepat.Sekejap atau lama.Sedikit atau banyak.Rezeki yang dikurnia dalam pelbagai bentuk,keadaan dan masa itu tidak salah alamat. - PerduCINTA

#sama-sama mencari redha Allah SWT

17 July 2018

Lisan Itu Cerminan

8:19 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


LISAN ITU CERMINAN | Ada orang sangat ambil berat atas setiap apa yang dilakukan.Sesetengahnya pula lebih suka ambil jalan mudah dan paling senang.Malas nak beratkan fikiran mungkin.Kalau pun timbul akibat..hadapi..tempuhi sahaja.Nasib-nasiblah.

Lisan itu cerminan.

Asal boleh itu memang mudah.Tapi dalam berlisan banyak yang tak boleh berbanding yang dibolehkan.Mungkin dek kerana adat yang menggariskan begitu namun sebenarnya lebih kepada adab sesama kita."Mulut jahat tapi hati baik" ... "Mulut je tu tapi tak maksud ke hati pun"..faktakah atau autakah..atau mungkin saling menutupi lemahnya masing-masing.Hakikatnya..bagi PC,hati itu sumber banyak hal.

Semasa kita sedih lisan kita membayangkan kesedihan.Ketika hati kita girang lagi riang..kata-kata dan perwatakkan kita juga mewah keceriaan.Nampak tak.Maka lisan itu cerminan yang mudah untuk menyingkap rahsia hati.Tapi awas dengan lakonan dan kepura-puraan manusia akhir zaman yang sangat luar biasa hebatnya.Sudah berapa ramai yang terpedaya tanpa sengaja.Allahu.

Setiap hari kita berkomunikasi.Jagalah kualiti lisan mahupun tulisan di alam maya.Kalau dulu untuk meluahkan emosi secara terus tidak kiralah bagaimana caranya tidak kini yang hanya dihujung jari.Sangat mudah tersebar dan merebak.PC suka menyentuh banyak hal berulangkali..salah satunya bab lisan ini kerana banyak kesannya pada kita..baiknya mahupun buruknya.Secara tidak langsung mengingatkan diri PC juga supaya berhati-hati ketika bercakap baik di mulut atau berbicara di hati.Sebelum berbicara pertimbangkan sebaiknya..kerana pada setiap yang kita rasakan baik pasti ada buruknya pada pandangan orang.

Lisan itu cerminan.
Google Image

#sama-sama mencari redha Allah SWT


16 July 2018

Kuali Pulak Ke??

9:51 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


KUALI PULAK KE?? | Mahu tidak mahu mengikuti perkembangan semasa itu perlu juga bagi PC.Baik .. atau yang kurang baik .. hadam dan pandai-pandai pilih.Bukan lagi dikelompok B.B.B.N.U ~> Budak Budak Baru Nak Up kan..makanya banyak lemaunya berbanding rangup..gitulah ibaratnya..he he he dah macam keropok la pulak.Usia senja ni sebolehnya Berlapik Bila Berbicara Nak Untung.Untung dunia akhirat kalau bolehlah.Tapi asyik tewas saja..kikikiki.

Kuali pulak ke??

KUALI PULAK KE??
Google Image

Kalau tak dapat buat semua hangan tinggal semua.Begitu juga dengan situasi sekarang.Kalau mungkin apa yang berlaku disekeliling kita tidak klik dengan diri kita...tidak ngam dengan jiwa..tidak sehaluan cara dan pendapatnya..jangan terus tolak..ambil tahu jugalah supaya tidak terus ditinggalkan dan ketinggalan.Walaupun mungkin bukan lagi masanya dan tidak lagi berpadanan dengan diri.

Kunyet sudah.Bawang pun sudah.Kuali pulak ke.Berhuhuhuhu betullah.Kunyet ke .. bawang ke .. bila dijadikan ramuan masakan ke periuk juga .. ke kuali juga.Betul ke tidak.Lucunya,ianya menjadi simbolik membayangkan sesuatu hal,perkara dan tabiat segelintir makhluk Allah yang bergelar manusia.Zaman sekarang,jangan buat hal yang aneh-aneh dan mendatangkan kemarahan serta kebencian maka bakal viral lah dengan bermacam gelaran.Entah macam mana .. PC terdengar adik-adik sepupu PC sebut makcik pakcik kuali pula.

Kuali? .. sudah naik tarafkah mereka.Apa pula difinisi kuali dipandangan mereka yang sebenarnya.Dengan penuh sopan lagi sabar dan bersungguh nak tahu ni kononnya .. ceh ceh ceh .. PC pun tanya .. apa hal pulak kuali terjebak sama..nah ini anggapan  B B B N U.."Spesis kuali ni lagi advance.Suka mendengar cerita...sahih ke tidak sahih main terima..tanpa usul periksa menyebarkan sesukanya..busuk hati..hati hitam macam bontot kuali".Sungguh PC ketawa yang mungkin mengundang iri hati syaitan dan iblis...sebab ditiru ketawanya.

Perjalanan hidup kita cukup singkat.Adakala kita berasakan 24 jam itu tidak cukup.7 hari itu sedikit kerana permainan duniawi yang melekakan.Tetapi pernahkah terfikir nanti di akhirat kelak kita tidak ada waktu untuk itu semua melainkan hanya risau memikirkan diri masing-masing kedestinasi mana akhirnya nanti.Justeru kualitikan masa dan hari yang ada sekarang untuk memberi rasa selesa,bahagia dan gembira di sana kelak.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

15 July 2018

Yang Nanti-nanti Tu Fikir Sekarang

7:31 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


YANG NANTI-NANTI TU FIKIR SEKARANG | Lain padang lain belalang.Itulah pepatah untuk akui perbezaan.Untuk meredakan jika timbul ketidakpuasan hati akan satu-satu hal juga.Bukan senang nak positifkan diri.Kadang untuk positif itu melalui kesakitan yang panjang.

Yang nanti-nanti tu fikir sekarang.

Ada orang malas memikir.Ada orang rajin dan suka berfikir.Ada orang hal besar dianggap kecil.Ada orang hal kecil besar bagi dia.Nampak tak.Apa yang penting,bila berfikir berpada-pada.Jangan keterlaluan dan jangan ala kadar sangat.Ikut keadaan bukan ikut suka.Kalau nak ikut suka silakan kalau tidak memudharatkan orang lain.

Pendapat masing-masing.Nanti hujung-hujungnya pun pendapatan masing-masing.Di akhirat.Ada hal yang entah bagaimana hujungnya nanti,tapi mesti difikirkan sekarang.Ada perkara yang tidak perlu pun kita fikir dan bersoal jawab untuk mengelak diri kerana ianya sememangnya telah ditetapkan,cuma mesti ikut,patuh dan istiqhamah.Itu sahaja.

Fikir dan bertindak.Tak mudah.Kadang silap langkah.Kadang tersungkur sendiri.Namun dari situ kita belajar dan mengajar untuk lebih memperbaiki.Yang nanti-nanti tu fikir sekarang.Tidak mengapa selangkah .. dua langkah lebih dahulu kehadapan untuk memudahkan diri sendiri dan orang lain juga mungkin.Persediaan itu perlu.Bukan melangkaui takdir atau qada dan qadar Allah SWT,namun cukup niatkan kerana Allah tidak mahu merumitkan sesiapa.

YANG NANTI-NANTI TU FIKIR SEKARANG
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

14 July 2018

Kawallah Dengan Sabar Dan Syukur

8:32 PM 0
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

KAWALLAH DENGAN SABAR DAN SYUKUR | Selamat malam indah semua.Moga hari ini lebih baik cara kita mengawal hati dan fikiran.Bukan kerja mudah dalam urusan mengawal.Mengawal selera,mengawal kehendak,mengawal lisan dan pandangan serta mengawal hal-hal yang nenjadi satu kegilaan.SubhanaAllah.Mungkin dengan cara berpuasa atau istighfar sedikit sebanyak melentur hati kita.Cubalah lazimi yang terdaya untuk mendapat yang terbaik.

Kawallah Dengan Sabar Dan Syukur

Kawallah dengan sabar dan syukur.

Sabar itu sering tercabar.Semakin kita hidupkan rasa sabar itu semakin sentiasa rasa tercabar itu juga menyaingi.Syukur itu pula indah.Namun untuk terjemahkan pada lisan,hati dan perbuatan amat berat.Tetapi kalau kita boleh lakukan...sabar dan syukur..insyaAllah nikmatnya kembali pada kita.

#sama-sama nencari redha Ilahi.


Tunai

9:14 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TUNAI | Berakhir sudah Syawal.Seperti Ramadhan yang berpisah dengan kita mempunyai 1001 kisah..tidak kurang juga Syawal yang telah berakhir dihiasi pelbagai warna dan ceritera.Ada yang dipenuhi gelak tawa,tidak kurang yang dilimpahi dengan duka lara.Atau mungkin rasa yang bercampur baur..Allah pemberi rasa duka -gembira..gembira - duka.

Duka-gembira .. gembira - duka.Akhir ramadhan En Suami kehilangan pakngahnya.Pakngah ni biras mak mertua PC.Isteri pakngah iaitu adik mak mertua PC sudah 6 tahun menemui PenciptaNya.Manakala di pertengahan Syawal PC pula kehilangan pakuda (abang nombor 3 babah PC).Dua bulan berturut-turut kami diuji dengan suatu yang diluar dugaan kerana kedua-duanya kelihatan sihat dan baik-baik sahaja.Allahu.Melalui detik kehilangan keluarga terdekat itu sakit..bagaimana andai PC sendiri melaluinya.SubhanAllah.Tidak terbayang remuknya hati.Biar mulut ungkap redha namun pasti hati perlukan masa untuk menerima.

Hakikat.Dari PENCIPTA kembali kepada PENCIPTA.Setiap yang bernyawa pasti akan merasai..melalui sakaratulmaut.Allahu.Bermula satu kehidupan baru yang kekal selamanya.Al Fatihah.Sungguh takut untuk membayangkan.Dan takut untuk memikirkan.Namun ianya PASTI untuk kita semua lalui.

Tunai.

Waris yang tinggal tunai tanggungjawab sebaiknya.Jumpa semua sahabat dan rakan-rakan akrab arwah untuk bertanya dan mengetahui apa yang sewajarnya.Melunaskan fidyah.Mengusahakan untuk badal haji serta umrah.Besar tugas waris yang ditinggalkan.Namun tidak sekadaran itu,semuanya perlu lebih terjaga,menjaga dan dijaga.Berlainan alam atau dunia namun perhubungan itu tetap dan sentiasa terjalin.Amalan,sedekah jariah ... anak-anak soleh solehah yang ditinggalkan.Sentiasa menjadi cahaya yang menerangi.SubhanaAllah.

Segala apa yang ditinggalkan jika masih sedang diusahakan teruskanlah.Lunaskan sebaiknya.Tunai impian yang tertangguh moga ianya menjadi tanda ingatan yang sentiasa mekar.Mendengar dan melihat kematian itu pengajaran hebat untuk buat diri insaf.Moga ianya menjadikan kita insan yang lebih menjauhi lagha dan mendekati Allah SWT.

tunai

#sama-sama mencari redha Ilahi.


13 July 2018

Saling Memahami Itu Mahal

8:20 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

SALING MEMAHAMI ITU MAHAL


Saling Memahami Itu Mahal
Google Image

Bukti cinta tersimpul rapi
Salah satu keajaiban dunia itu Taj Mahal
Ajarlah diri sentiasa memahami
Saling memahami itu mahal

Mendengar melihat itu mudah
Mulut ringan berbicara rambang
Tidak perlu terus meludah
Kelak nanti dipinggir orang

Terang bulan menerangi gelita
Berlampu suluh menyeberangi titi
Tidak menghulur tidak mengapa
Cukup kamu sudi mengerti

Merimbun hijau pokok bidara
Dari kejauhan menambat hati
Tertib beralun menutur bicara
Segar subur kejernihan hati

Singgah ke kedai membeli gula
Beli juga seikat meranti
Bertolak ansur itu mulia
Nikmat di akhirat pasti menanti

Pergi ke masjid pakai kurta
Kurta dihias sulaman tangan
Bekerjasama jangan dilupa
Apa yang berat menjadi ringan

#sama-sama mencari redha Ilahi



12 July 2018

Kerasnya Hati

8:45 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

KERASNYA HATI

Dari hanya sebuku darah. 
Merah.Banyak rasa.
Bicaranya sepi.Tapi ada.Sentiasa ada.
Cantik terletak dalam jasad.
Bicaranya didengari telinga sendiri.
Dipendengaran Tuhan juga yang menciptakan.
Tipu.Dimulut manusia.
Itu mustahil pada-NYA.


Kesabaran.Kemarahan.
Kesantunan.Keegoan.
Semua sarangnya di hati.
Dari hati.
Acuan perasaan.Membentuk emosi.
Berperinsip itu perlu.Mesti.
Benteng.Tapi jangan salah.


Kerasnya hati.
Hitam.Maka hitamlah.
Putih.Maka putihlah.
Tiada tawar menawar.
Tiada sembang secangkir kopi.
Tiada sesuap nasi lemak bersambal paru dan hati.


Diskusi tidak pernah merugi.
Tidak juga merendahkan martabat diri.
Di zaman Baginda SAW sendiri.
Syahadah dihujung pedang ada terjadi.
Mengapa tidak kita pandang.
Mengapa tidak ambil peluang.


Pintu taubat sentiasa terbuka.
Tidak mampukan mencairkan hati kita.
Kerasnya hati.
Kerana apa sebenarnya.
Selidiki.

Kerasnya Hati

#sama-sama mencari redha Ilahi



11 July 2018

Salah Siapa Sebenarnya

7:27 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SALAH SIAPA SEBENARNYA | Menuding jari satu kerja yang mudah.Tersangat mudah.Nak melepaskan diri.Nak nampak baik.Nak jaga kepentingan.Nak aniaya orang.Mudah bukan.Ya,terpaling mudah.Nak menjatuhkan juga mudah dengan menuding jari pada orang yang memang mudah digunakan.Mungkin orang tidak tahu kesalahan kita lalu menuding jari pada orang lain.Tapi diri kita sendiri tahu.Jangan lupa Allah tahu.Malaikat juga tahu.Dan percayalah rasa ketenangan itu tidak ada.Jangan tambah kesalahan.Hidup selepas kematian itu kekal.

Salah siapa sebenarnya.

Bila satu-satu isu atau hal timbul..salah siapa sebenarnya.Ada ketika kesalahan yang berlaku hanya satu pihak sahaja.Mungkin diri kita sendiri yang khilaf dan tidak membabitkan pihak lain.Apa yang membuat keadaan lebih kritikal apabila dua pihak atau banyak pihak yang terlibat.Viral isu tragedi syawal yang dilakukan tetamu..anak tetamu yang rasanya semua sedia maklum kerana hangat dimedia sosial.Hujung syawal ini yang masih berbaki kurang seminggu,mood raya tidak kurang masih hangat.

Hangat hati tuan rumah oiii.Salah siapa sebenarnya.Tuan rumah yang salah atau tetamu yang silap.Banyak pendapat.Pelbagai reaksi boleh di lihat dan di dengari.Dah jadi macam ayam dulu atau telur dulu yang wujud.Gitu.Huhuhu..Peribadi,kita pasti sentiasa berlapang dada menerima kunjungan tetamu.Namun bagaimana ragam tetamu keseluruhannya..ibu bapa dan anak-anaknya adalah diluar jangkaan kita.

Jangkaan atau sangkaan kita baik-baik sahaja.Ada yang anak-anak aktif tapi lebih suka bermain di luar rumah.Ada yang aktif suka bermain di dalam rumah.Tetamu,yang membawa anak-anak...hanya mereka yang kenal anak-anak mereka.Tuan rumah tidak tahu.Jadi,ibu bapa jika mahu bertandang ke rumah orang tidak kiralah berhari raya atau hari-hari selainnya mesti lebih berwaspada dan bertindak bijak.Awak selesa..tuan rumah tenang hati.Jangan awak selesa tapi tuan rumah susah hati rasa risau di rumah sendiri.Faham-fahamlah.

Faham-fahamlah wahai tuan dan puan rumah.Bersedia dan sabar berganda-ganda.Lebih-lebih lagi bila pihak kita yang mengundang untuk mereka hadir ke rumah kita.Tuan puan rumah mesti selangkah membuat persediaan segenap sudut.Bagi mengelakkan hal tidak diingini berlaku,sama-samalah main peranan masing-masing dan menjaga.Berlaku juga....bawalah berbincang dengan cara yang paling berhikmah.

Salah Siapa Sebenarnya
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

10 July 2018

Rasa Bercili Sampai Ke Hati

8:19 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


RASA BERCILI SAMPAI KE HATI | Siapa suka makan pedas.Sila hati-hati dengan biji lada atau cili.Pedas memang pembuka selera.Makin pedas makinlah syok makan.Asal sediakan sekotak tisu.Senang nak lap peluh dan hingus.Nak hilangkan pedas pada mulut,minum air suam.Makan timun.Makan buah-buahan.Tidak pun makanlah manisan.InsyaAllah lega.Kurang sikitlah mencungap kepedasan tu.

Rasa bercili sampai ke hati.

Kes berat.Huhuhu.Bila bercakap ikut sedap rasa.Ikut rentak lidah yang tidak bertulang gitulah.Pedasnya bukan dimulut tapi di telinga dan ke hati rasa panasnya.Penyudahnya ada yang bermasam muka.Angkat kaki dan panas punggung nak duduk berlama-lama.Kecualilah yang berasa pedas,panas dan terbakar di hati itu pun sama naik..suka dan pandai mencilikan orang....huhuhu....panas....panas....panas.Tak perlu lipat lengan baju pun.Tak payah bulat-bulatkan mata pun..santai sambil sengih-sengih cakap...tapi...fuh..rasa bercili sampai ke hati.

Berlisan spontan itu sukar dikawal.Sesiapa pun tidak boleh mengawal lisan orang kecuali diri sendiri mahu dan pandai mengawal diri sendiri.Kecualilah bercakap atau berucap yang telah sedari awal tersedia atau disediakan teks..itu lain halnya.Tapi aneh bila berbicara seharian baca teks..betul tak..rasanya belum terjadi lagi.Ke dah ada tapi PC yang ketinggalan cerita.

Bercakap tak salah.Cakaplah.Ada orang pening kepala sebab tak bercakap.Ada orang pening bila asyik dengar orang bercakap.Tapi ada hadnya.Tetapi ada boleh dan tidaknya.Tetapi mesti sentiasa berjaga-jaga dan beringat sentiasa ya.Ya,mulut masing-masing.Namun tidak semudah itu untuk melontarkan kata-kata dengan bersahaja kepada sesiapa sahaja.Belum tentu orang diam itu dia suka dan setuju mendengar apa yang kita perkatakan.Ingat,belum tentu.Diam dan dengar itu juga tanda hormat sebenarnya.

RASA BERCILI SAMPAI KE HATI

#sama-sama mencari redha Ilahi

09 July 2018

Pendosa Rasa Berdosa

9:23 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 


PENDOSA RASA BERDOSA || Daripada hati.Semua tingkah,lisan itu mulanya dari hati dan pertimbangan akal kita.Biarpun sekeliling sangat besar menyumbang aura dan hal-hal baik dan sebaliknya..tetapi ianya berbalik kepada diri kita sendiri sebenarnya.Ibaratnya,ada yang boleh kita kunyah dan telan..tidak kurang yang perlu diabaikan dan terus buang jauh-jauh supaya tidak memburuk kelak.

Pendosa rasa berdosa.

Ada rasa berdosa?..ya PC sangat berasakannya.Sentiasa.Bukan sekali sekala.Ya,sentiasa.Dosa itu tidak terlihat membuatkan kita bertangguh untuk berubah dan bertaubat.Selagi mana kita sedar kita hamba..selagi itu rasa berdosa itu sentiasa mekar dihati.Sedari bangun tidur hingga tidur semula.Hakikatnya sedari usia baligh setiap hamba.Allahu.

Rasa berdosa itu rahmat dariNya.Supaya kita ada rasa kesedaran dan mahu berubah menjadi yang lebih baik.Bukan sekejap cuma tapi hingga habis nyawa.Bukan mudah.Namun tidak ada yang mustahil.Bila pendosa rasa berdosa kemudian bertaubat nasuha..Allahu,putihnya dia..wanginya dia..jernih zahiriah..batiniah.Jangan pernah mengecam..kerana bila rasa berdosa itu ada,segaka usaha dan kebaikkan yang dilakukan pendosa itu lebih berganda segenap sudutnya..keikhlasan..kesungguhan..kesabaran.

Syurga menjadi matlamat.Bila pendosa rasa berdosa itu nikmat.Mahu menjadi yang baru seperti dilahirkan semula.Rasa mahu menjadi penghuni syurga juga salah satu sebab rasa itu ada.Rasa berdosa itu sebenarnya mendekatkan kita pada DIA.Mendidik keseluruhan diri kita supaya sentiasa qanaah(berasa cukup) dan istiqhomah.Sedar diri semua DIA pemiliknya.SubhanAllah.

Jadilah pendosa rasa berdosa agar tidak terus hanyut dan tenggelam  dek tipu daya dunia......


 Pendosa rasa berdosa.

#sama-sama mencari redha Ilahi

08 July 2018

Santuni Dengan Penuh Hikmah

1:12 PM 12
Santuni Dengan Penuh Hikmah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

SANTUNI DENGAN PENUH HIKMAH

Kau.Aku.Kita.Semua.
Suka disantuni.
Balas juga menyantuni.
Bila-bila.
Di mana-mana.
Di masa dan ketikanya.


Tersakiti.Menyakiti.
Melukai.Dilukai.
Semua merasainya.
Dalam.Parah.
Atau bergaris dikulit sahaja.
Terguris tapi tidak berdarah.
Ya,sakit tetap sakit.
Tapi dendam jangan biar bercambah.
Dengan sesiapa pun.
Pada sesiapa pun.


Santuni dengan penuh hikmah.
Apa yang Beliau tidak rasa.
Dihina.Dicaci.Dimaki.Didengki.Dilempar tahi.
Lengkap semua.Cukup meremuk rasa.
Namun musuh-musuh tetap Beliau santuni juga.
Jaminan syurga tidak dijadikan tiket.
Mengapa tidak kita contohi santunnya Beliau.
Selawat dan salam.
Untukmu Ya Rasulullah SAW.


Tiada khilaf berasa betul.
Tapi betul yang bagaimana.
Dilorong mana.Dilandasan mana.
Betul kerana mendengar.
Betul kerana dihadapan mata.
Semak semula.
Rasa betul yang bagaimana.


Semua.Kita.Aku.Kau.
Terikat dengan satu janji.
Hidup.Mati.Kerana Ilahi.
Tidak boleh berbelah bahagi.
Jangan mungkiri.
Jangan cemari.
Jangan terpedaya ilusi duniawi.
SANTUNI DENGAN PENUH HIKMAH.
Atau amal baikmu terpadan bersih dimamah.

#sama-sama mencari redha Ilahi