29 June 2018

Percaya Tak .. Petunjuk Sentiasa Ada

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


PERCAYA TAK .. PETUNJUK SENTIASA ADA | Gerak hati.Naluri.Orang sekeliling.Pelbagai cara lagi.Dari awal pagi bangun daripada tidur sehinggalah malam tiba dan tidur semula sebenarnya banyak petunjuk Allah beri pada kita.Sedar atau tidak sahaja.Yang menganggap kebetulan atau tidak sengaja itu kita tapi tidak bagi DIA.

Percaya tak .. petunjuk sentiasa ada.

Percaya Tak .. Petunjuk Sentiasa Ada
Google Image

Yakin dengan usaha dan kerana usaha.Betullah.Sebelum tawakkal di awalnya usahakan dahulu sungguh-sungguh.Lengkapkan dengan doa.Hujungnya baru tawakkal.Dalam tawakkal sertakan juga redha.. * tak tipu,nak tawakkal dan redha BUKAN senang..rasa ragu,rasa berbelah bagi itu membayangi*.Kalau kita yakin berjaya kerana lebih usaha semata dengan kudrat sendiri .. dan gagal pula kerana kurang usaha yang dilakukan .. mungkin ada anggapan yang perlu dibetulkan sikit.Pelaku kita.Diri kita.Ya.Tapi tanpa sedar yang mengacuankan atau mendorong adalah Tuhan.

Laluan taubat sentiasa terbuka.Taubat kita yang lakukan.Diri kita.Kalau kita nak taubat kita akan mencari lorong dan landasan mana yang mesti dilalui.Percayalah petunjuk itu sentiasa ada.Yakin ada.Kematian,kesakitan,masalah dan pelbagai ujian itu petunjuk sebenarnya.Ada yang laluan taubat itu bermula dengan kepahitan.Daripada kepahitan bercambah rasa mahu berubah.Ada yang sedar setelah menerima hikmah.Semuanya disekeliling kita.

Ujian datang pelbagai bentuk .. petunjuk tersedia bermacam cara.Kadang kecil tapi impaknya luar jangka.Seperti anak panah yang menembusi sasarannya.Tepat di detiknya.

Salam Jumaat indah.Hujan membasahi muka bumi.

#sama-sama mencari redha Ilahi

11 comments:

  1. Betul tu PC. Allah sentiasa bg petunjuk setiap masa hanya diri yg lemah sahaja yg x sedar... semoga dapat merasainya dan berubah.., Allahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak..kadang kita yang terlepas pandang..atau dah tahu tapi pandang sepi..

      Delete
  2. SYKURLAH SENTIASA MNDPT PETUNJUK ALLAH

    ReplyDelete
  3. ya, petunjuk setiap masa ada, hanya kita yang tak sedar kekadang tu. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat..moga kita sentiasa Allah beri kesempatan.

      Delete
  4. Bagi yang beriman akan nampak tanda tanda kekuasaan Allah.. Setiap perkara pasti berhikmah. Baik atau buruk pasti ada sebabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Berlapang dada..sabar dan ambil pengajaran..

      Delete
  5. Betul tu.. Allah sentiasa memberi petunjuk kpd hamba2Nya. Sungguhpun begitu, menjadi kewajipan kita terus memohon agar beroleh petunjuk jalan yg lurus, dalam solat dan doa kita kepadaNya... Allahuakbar.

    ReplyDelete
  6. kdg2 apa yang berlaku pada orang lain di depan kita bukan hanya ujian pada orang itu tapi petunjuk untuk kita yang diberi kesempatan oleh Allah untuk belajar sesuatu apabila melihatnya...ITULAH petunjuk ALLAH bagi kita yang boleh berfikir panjang.Terima kasih untuk entry ini PC

    ReplyDelete
  7. betul tu. apa yg kita perlu buat adalah percaya pada dia. pasti akan ada petunjuk darinNYA. inshaAllah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..