25 June 2018

Letusan-letusan Di Aidilfitri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


LETUSAN-LETUSAN DI AIDILFITRI | Masih di suasana hari raya.Suasana yang berbeza.1438H .. sekarang 1439H ..panjang umur 1440H.Ya memanglah tak samakan.Ada yang masih berpuasa enam.Selamat berpuasa.Ada yang mengadakan rumah terbuka,alhamdulillah kesudian berkongsi rezeki.Mercun dan meriam pun masih kedengaran di sana sini.

Letusan-letusan di aidilfitri.

Pening bab men"DOBI" pakaian.Tuan rumah mungkin tidak bermasalah namun bagi sanak saudara,anak-anak,menantu dan cucu nah...pening nak mencuci pakaian.Bukan tidak boleh membasuh dirumah,namun dengan kuantiti pakaian yang banyak dan kuantiti pakaian yang dibawa pula hanya ngam-ngam..tiada lain selain mencuci pakaian di dobi berhampiran.Kaedahnya siap basuh boleh iron dan pakai semula.Kekangan masa juga menjadi asbab untuk memilih membasuh pakaian di kedai dobi.Masalahnya sanggupkan beratur dengan sabar.Pilihan pada diri sendiri.

Tetamu lupa tengok jam.Setahun sekali.Sebulan.Puasa sebulan.Eh,raya pun sebulankan.Gitu sifirnya.Berbanding hari-hari biasa,hari raya ni terkadang masa itu bukan lagi satu yang dijaga.Walhal penjagaan masa itu ada kaitannya dengan adab menziarah.Tuan rumah tidak marah pun,suka lagi ada.Tetamu sudi datang itu rezeki..nikmat luar biasa .. tapi kita sendiri yang bertandang mesti beringat-ingatlah.Kesian tuan dan puan rumah.

Ledakkan bahang politik negara.Rata-rata tua,muda,dewasa dan dari kelompok mana pun baik yang tinggal di bandar mahupun desa..topik politik sentiasa menjadi bualan utamanya.Masing-masing melampiaskan rasa dijiwa.Ada yang suka.Ada yang duka.Ada yang sekadar mengusik berjenaka dan ada yang terusik hingga mengeluarkan air mata.Masing-masing menjadi peguam bela dan peguam cara dengan fakta dan auta yang cukup tepat ke sasaran.Bak kata tetamu yang datang "Tahun ini tahun ada yang gembira ada yang terkujat kesedihan".Hee hee hee.Macam-macam gelagat.Puas berdebat .. hujungnya bersalaman,bermaafan,berpelukkan dan bergurau senda seperti tiada apa yang berlaku 10 minit lepas.Baguslah.

Letusan-letusan Di Aidilfitri
Letusan Gunung Toba
Sumber : Google Image
..apabila pendapat mula meletus tidak mustahil impaknya melebihi letusan gunung berapi..malah lebih parah andai tidak dikawal dan terkawal..

#sama-sama mencari redha Ilahi

16 comments:

  1. letusan kecil, ta dikawal takut jadi besar pulak. Selamat hari raya PC, maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kawal dengan kadar segera.
      Selamat hari ry maaf zahir batin kembali Sal.

      Delete
  2. Pusat mencuci pakaian antara tempat crowded semasa cuti perayaan..
    Bila semua berkumpul sempena Hari Raya, memang macam-macam gelagat PC..
    Sis pula suka memerhati, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...full..nak beratur tak larat..PC biasa basuh kat rumah bba mma..samalah PC perhati je..orang ketawa PC ikut ketawa..

      Delete
  3. Selamat hari raya aidilfitri PC..

    Balik kampung saya suka juga ke dobi, tak suka mengganggu orang lain, pergi sebelah malam sikit tak ada orang...siap keringkan senang semua pihak...

    Berkunjung ke rumah orang perlu jaga adab masa, tapi biasalah kadang lama tak jumpa banyak yang nak dibualkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hr raya aidilfitri kembali Arzmoha.
      PC kalau balik rumah bba mma memang basuh kat rumah..lagi senang ht dan selesa..
      Hehe...sembang sedara mara..

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri PC..Maaf Zahir dan Batin

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya PC,setiap kali raya,lobi layan diri memang selalu ziarah...lagi pulak musim hujan tak menentu.Disebabbkan adik beradik ramai yang paling,kena cari dobi lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...cepat mudah dan boleh pakai semula pakaiannya...raya ni alhamdulillah banyak hujan..rezeki..

      Delete
  6. Walaupun datang beraya cerita kisah politik memang masih hangat sehangat juadah mi kari yang dihidangkan hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la kak...hujan pun terasa berbahang...macam-macam gelagat...kadang lucu juga.

      Delete
  7. politik tak boleh dipisahkan dpd mulut yg suka berkata2kan. selamat hari raya PC :d

    ReplyDelete
  8. wow letusan gunung berapi tuuu! ledakan yang besar tuu hehhee. selamat hari raya Aidilfitri kak PC! Maaf zahir batinn. nak duit raya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aidilfitri Sayidah..maaf zahir batin..nah singgit.. :)

      Delete
  9. selamat hari raya PC. bab politik kalau kena dengan caranya tkpe, tp kalau letak emo, bye bye lerr

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..