04 June 2018

Bukan Tidak Boleh Tapi ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BUKAN TIDAK BOLEH TAPI .. | Terus terang .. untuk mengulas isu-isu semasa terutama politik .. PC sangat tidak sesuai.Ilmu berkaitan politik langsung tidak PC kuasai.Ilmu-ilmu lain juga sebenarnya.Allahu.Tipis.Sangat sedikit.Mengikuti perkembangan semasa sedikit-sedikit itu perlu namun tidak begitu ambil tahu ke tahap yang lebih mendalam.Di mana pun .. sifar peratus GST menjadi isu hangat.Menjadi hadiah dan terapi kepada rakyat Malaysia.Alhamdulillah.Semua atas izinNYA juga yang melorongkan jalannya.Syukuri.

Isu-isu sensitif seperti agama .. undang-undang .. politik,adalah satu hal yang tidak wajar dicemar dengan fakta yang tidak sahih.Justeru ambillah pendekatan yang bijaksana agar tidak merosakkan imej diri dan mencemarkan maruah negara.Sayangi agama dan negara kita setulusnya hati.

Bukan tidak boleh tapi .. 

Mendapatkan sesuatu yang diingini setelah sekian lama itu  nikmat luar biasa.Seperti berjaya bebaskan diri daripada bernafas dalam lumpur....subhanaAllah .. mesti lega selega-leganyakan... Allahu.Begitu juga kita manusia.

BUKAN TIDAK BOLEH TAPI ..
Google image

Mood raya mula meresap.Melalui hari-hari hujung di bulan ramadhan ini sangat menduga.He he he..lagu raya sudah rancak diputarkan di stesen radio..mercun tak usah dibahas...belum umum tarikh berpuasa pun dah berdentam dentum dik..Ada yang lebih santai kerana persiapan raya sudah dilakukan lebih awal.Tidak kurang ketika ini gigih mencari dan memenuhi keperluan..masing-masing.Terserah.

Bukan tidak boleh tapi berpada-pada ya.Dalam rasa ghairah berbelanja jangan mencapai tahap membazir.Biar lebih menyimpan daripada lebih berbelanja.Namun kalau berkemampuan...bismillah silakan.

Hidup sentiasa dikelilingi cabaran.Kalau pun tidak daripada mana-mana pihak .. diri sendiri pun perlu dicabar dan sentiasa tercabar untuk menjadi lebih baik.

#sama-sama mencari redha Ilahi

6 comments:

  1. dah nak habis ramadan. sayu rasanya...

    ReplyDelete
  2. Walaupun tanpa GST kena berhemah berbelanja.

    ReplyDelete
  3. semoga kita dipimpin oleh pemimpin yang beramanah..

    ReplyDelete
  4. Mrs. A pun sama kurang ilmu pasal politik ni sekadar ambil tahu mana yang perlu.
    Cuma kadang-kadang pengamal politik ni semua benda mereka nak jadikan politik. #semak
    Selamat berpuasa hari ke 21 PC.

    ReplyDelete
  5. thn ni is the most simple preparation aida.
    yg wajib aje. yg baru utk pagi raya, memeriahkan aidilfitri.
    selebihnya guna yg dah ada.
    lebih kan anak-anak. tapi hati-hati sgt agar tak berlebih-lebih :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..