02 June 2018

Bila Mula Semai Benih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BILA MULA SEMAI BENIH | Indah melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan yang subur tumbuh.Bermulanya dari anak benih.Tidak kiralah dengan cara yang bagaimana.Semaian biji hingga menjadi anak pokok atau cantuman tunas (tut).Atau juga daripada pendebungaan..sebaran daripada haiwan yang memakan dan sebagainya.Bila Allah kata kun fayakun ... mustahil sesuatu itu untuk terjadi jauh sekali.Maka jadilah.Maka hiduplah.Maka berlakulah ia seperti yang DIA kehendaki.

Bila mula semai benih.


Bila Mula Semai Benih


Mulakan dengan بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Percayalah kalimah ini boleh menjadi perisai kepada niat kita dan tingkah laku kita.Kalau ada aura-aura nak menggosip atau seangkatan dengannya contohnyalahkan..kan..kan...cuba baca bismillah kemudian istighfar.InsyaAllah hati kita tawar untuk meneruskan hal tersebut.Dengan sendirinya timbul rasa bersalah dan menghormati.Tapi kalau nak lakukan hal baik..bukan masalah ungkap bismillah.Memang sebaik-baiknya begitu.

Tersasar!? .. aduh macam mana ni!.Lumrah hidup.Bezanya tersasar itu masih dekat.Jauh atau sudah terlalu menjauh.Hakikatnya hidup kita sehari-hari adalah menjadi pelajar yang harus sentiasa belajar perbaiki diri..dalaman dan luaran.Menjadi petani yang cuba mencari benih terbaik untuk menuai hasil bukan sekadar di dunia malah hingga ke SANA.Bila khilaf menyemai benih hingga menjadinya lalang..jangan malu untuk bangkit dan cuba semula dengan laluan yang lebih syariat.Yakin boleh.Syaratnya ada kemahuan.

Menjaga dan saling merawat.Apa pun perlukan perhatian.Bila mula semai benih untuk kerjaya,,fokus dan bersungguh-sungguh.Bila semai benih perniagaan,luruskan niat supaya tidak menindas.Bila mula semai benih untuk menjadi suami isteri..ibu bapa..galas tanggungjawab sebaik-baiknya.

......bila sudah semai benih ... itu bererti kita ikat diri kita dengan amanah..lunaskan sebaiknya.Jaga dengan tekun.Hargai sepenuhnya..

#sama-sama mencari redha Ilahi



8 comments:

  1. great word! sukanya baca ayat ayat kat blog pc :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih ya Fyqah...moga bermanfaat..😁

      Delete
  2. Peringatan yang sangat bagus dan memberi maksud yang mendalam

    ReplyDelete
  3. jika benih yg baik campak ke laut jadi pulau, campak ke darat jd gunung!

    ReplyDelete
  4. Kena ada usaha yang berterusan agar semaian membuahkan hasil yang bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Semoga hasil tuaian di dunia boleh menjadi bekalan di sana.

    ReplyDelete
  6. tersasar?
    masih boleh undur kan. in shaa Allah.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..