30 June 2018

Fungsi Masing-masing

7:34 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

FUNGSI MASING-MASING

Sekecil-kecilnya.
Sebesar-besarnya.
Sejauh-jauhnya.
Sedekat-dekatnya.
Semua ada fungsinya.

Biasa-biasa.
Ada-ada.
Dikenali.
Tidak dikenali.
Ya,ada juga fungsinya.

Namanya hidup.
Saling memerlukan.
Sentiasa mengharapkan.
Selalu diperlukan.
Ada tugas yang mesti digalas.
Ada jawapan yang perlu diberi.

Biar kecil dan sedikit mencurah.
Betul acuannya pasti terlihat indah.
Andai besar dan banyak memberi.
Khilaf aturannya mungkin mendatang padah.

Hidupkan.Semangat.
Fungsikan segenap yang ada.
Hidupkan sumbu keyakinan.
Maknakan kehidupan yang dipinjamkan.
Buktikan.
Ada bukan sia-sia.

Tidak usah menafikan.
J A N G A N.
Akui.Terimalah hakikat.
Setiap apa yang Tuhan cipta.
Ada FUNGSI MASING-MASING.

Fungsi Masing-masing

#sama-sama mencari redha Ilahi

29 June 2018

Percaya Tak .. Petunjuk Sentiasa Ada

9:33 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


PERCAYA TAK .. PETUNJUK SENTIASA ADA | Gerak hati.Naluri.Orang sekeliling.Pelbagai cara lagi.Dari awal pagi bangun daripada tidur sehinggalah malam tiba dan tidur semula sebenarnya banyak petunjuk Allah beri pada kita.Sedar atau tidak sahaja.Yang menganggap kebetulan atau tidak sengaja itu kita tapi tidak bagi DIA.

Percaya tak .. petunjuk sentiasa ada.

Percaya Tak .. Petunjuk Sentiasa Ada
Google Image

Yakin dengan usaha dan kerana usaha.Betullah.Sebelum tawakkal di awalnya usahakan dahulu sungguh-sungguh.Lengkapkan dengan doa.Hujungnya baru tawakkal.Dalam tawakkal sertakan juga redha.. * tak tipu,nak tawakkal dan redha BUKAN senang..rasa ragu,rasa berbelah bagi itu membayangi*.Kalau kita yakin berjaya kerana lebih usaha semata dengan kudrat sendiri .. dan gagal pula kerana kurang usaha yang dilakukan .. mungkin ada anggapan yang perlu dibetulkan sikit.Pelaku kita.Diri kita.Ya.Tapi tanpa sedar yang mengacuankan atau mendorong adalah Tuhan.

Laluan taubat sentiasa terbuka.Taubat kita yang lakukan.Diri kita.Kalau kita nak taubat kita akan mencari lorong dan landasan mana yang mesti dilalui.Percayalah petunjuk itu sentiasa ada.Yakin ada.Kematian,kesakitan,masalah dan pelbagai ujian itu petunjuk sebenarnya.Ada yang laluan taubat itu bermula dengan kepahitan.Daripada kepahitan bercambah rasa mahu berubah.Ada yang sedar setelah menerima hikmah.Semuanya disekeliling kita.

Ujian datang pelbagai bentuk .. petunjuk tersedia bermacam cara.Kadang kecil tapi impaknya luar jangka.Seperti anak panah yang menembusi sasarannya.Tepat di detiknya.

Salam Jumaat indah.Hujan membasahi muka bumi.

#sama-sama mencari redha Ilahi

28 June 2018

Masing-masing Ada Tekak Dan Perut

7:34 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MASING-MASING ADA TEKAK DAN PERUT |  Perrhhh tajuk..ganas.Ginilah,ringkas yang membawa maksud pada tajuk dalam bahasa mudahnya adalah .. lapar tapi selera tekak tidak sama..citarasa tu beza-beza setiap orang.

Masing-masing ada tekak dan perut.

Pergi warung.Restoran.Kedai mamak.Food court.Ada menu.Kenapa tak semua orang..atau pelanggan pesan menu yang sama..kalau ada sama..TIDAKLAH semuanya..tidak juga keseluruhannya kecuali menu yang ditawarkan memang cuma satu atau dua sahajalah.Kalau order selain itu jangan marah kena jeling berbara panas bola-bola api skala 24.Kerana tekak ada rasa dan selera atau citarasa berbeza-beza untuk mengisi perut yang berzumba riang.

Terhidang menu kegemaran tapi tidak terbuka selera.Eh,pulak.Ya,tidak mustahil hal ini boleh berlaku.Perut sakan berzapin sesudah berzumba.Tapi tekak pulak cerewet yang amat.Masing-masing ada tekak dan perut.Kita boleh masak tapi belum tentu orang boleh terima masakkan kita.Ini hakikat.Begitu juga kita,belum tentu boleh terima apa yang dimasak oleh orang lain.

Cuba tapi JANGAN PAKSA.Lebih mudah lakukan bermula dengan diri sendiri dahulu.Tidak biasa dengan menu baru tidak salah untuk mencuba.Cuba sikit-sikit.Sesudah mencuba tekak tidak boleh terima maka berhentilah.Pastikan tidak mencuba itu bukan kerana sengaja atau kerana terlalu cerewet dan memilih ya.Kecuali memang tengok dan bau pun sudah buat kembang tekak dan berdiri bulu roma.

Lumrah yang hidup ada rasa lapar dan dahaga.Dan ada selera masing-masing.Dengan cara masing-masing juga.Tidak terkecuali tumbuhan dan haiwan ya.Sebagai makhluk Allah SWT yang bergelar manusia berakal juga beragama..cari dan makanlah rezeki yang biar sedikit dan sederhana,tapi sentiasa halal ,berkhasiat dan suci.

MASING-MASING ADA TEKAK DAN PERUT
Kredit : Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

27 June 2018

Bila Kata Sayang ..

8:17 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

BILA KATA SAYANG ..

Anak.
Bila kata sayang.
Apa pun rupa.
Apa pun bentuk.
Apa pun keadaan.
Terima dan sayang ibu bapamu.
Jangan pernah putus mendoakan.
Jangan pernah malas bertanya khabar.
Jangan cuba-cuba menongkah arus.
Nanti sahamnya mengalir terus.
Biar saham yang mendamaikan.
Tidak usah saham yang menyesakkan.
Di semasa hidup.
Di semasa setelah kematiannya.
Jaga dan berjaga-jaga.


Merpati sejoli.
Cukup diaplikasi setelah menjadi yang sah nanti.
Tunggulah diri menjadi yang halal untuk didakapi.
Bukan sayang semua mesti dituruti.
Bukan sayang menyerah untuk diratah.
Bukan sayang untuk meranap maruah.
Bukan sayang yang hujungnya dibalut amarah.
Bila kata sayang.
Sama-sama pelihara.
Sama-sama saling beramaran.
Andai syariat cuba dipinggirkan.
Tinggalkan.
Nanti Tuhan gantikan kemudian.


Bila kata sayang.
Jangan cuma dibibir.
Jangan sekadar enak didengar.
Jangan.
Sayang Tuhan.
Sayang Rasul-Nya.
Lunaskan.
Tunjukkan.
Jangan permainkan.
Jangan ringankan.
Bila mula kau abaikan.
Takut nanti DIA meninggalkan.
Di mana.Ke mana.
Mahu menagih simpati pertolongan.

BILA KATA SAYANG ..
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

26 June 2018

Selagi Masih Ada ...

7:22 AM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SELAGI MASIH ADA ... | Selagi masih berdenyut nadi..degupan jantung .. berlumba-lumbalah lakukan amal kebaikkan tidak kira di mana dan pada siapa.Usahakan.Tak apalah walau kecil dan sedikit.Tak apa juga kalau tidak langsung dipandang dan dihargai manusia kerana setiap satunya ada nilai dipenglihatan Tuhan.Bismillah.Teruskan.

SELAGI MASIH ADA
Google Image
Selagi Masih Ada ...

Rasa hidup berTUHAN dan sayangkan agama.Setiap tingkah dan lisan pasti terpelihara.InsyaAllah bila kita ingat ada Tuhan yang sentiasa melihat,mendengar dan menilai,kita akan selalu berhati-hati.Agama kita menjadi benteng.Dalam agama ada hukum,ya,setiap hukum itu mentarbiah kita..memisahkan kita pada yang hak dan batil.Besar nikmat dilahirkan dan dihidupkan dalam Islam dan Iman.

Rasa hormat-menghormati.Penting sangat-sangat.Ada yang mungkin beranggapan kawan-kawan boleh sempoi.Bila berkumpul adik beradik..ikut suka hati.Dengan saudara mara,langgar semacam.Tidak bagi PC.Mungkin bagi sesetengah orang ianya biasa tapi jangan lupa bermula dari kurang rasa hormat itulah nanti menjadi hilang terus rasa hormat.

Rasa berkasih-sayang.Sesama insan.Sesama makhluk.Kalau tidak dapat melindungi atau menyayangi JANGAN menzalimi dan memusuhi.Harmoni itu terbit dari rasa berkasih sayang.Tenteram jiwa dan fikiran.Wujud persekitaran yang sihat dan aktif.

Rasa sedar diri.Penting sangat ni.Bahaya bila hilang rasa sedar diri.Boleh tersasar dan menjauh pergi terumbang ambing hilang tujuan.Minta Allah hindarkan.Bila ada rasa sedar diri kita akan sentiasa berasa rendah hati.Allah itu segalanya.Rasa angkuh dan rasa-rasa yang panas boleh diasingkan ke tepi.Sebagai makhluk Allah .. pupuk rasa sedar diri.

#sama-sama mencari redha Ilahi

25 June 2018

Letusan-letusan Di Aidilfitri

7:18 AM 16
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


LETUSAN-LETUSAN DI AIDILFITRI | Masih di suasana hari raya.Suasana yang berbeza.1438H .. sekarang 1439H ..panjang umur 1440H.Ya memanglah tak samakan.Ada yang masih berpuasa enam.Selamat berpuasa.Ada yang mengadakan rumah terbuka,alhamdulillah kesudian berkongsi rezeki.Mercun dan meriam pun masih kedengaran di sana sini.

Letusan-letusan di aidilfitri.

Pening bab men"DOBI" pakaian.Tuan rumah mungkin tidak bermasalah namun bagi sanak saudara,anak-anak,menantu dan cucu nah...pening nak mencuci pakaian.Bukan tidak boleh membasuh dirumah,namun dengan kuantiti pakaian yang banyak dan kuantiti pakaian yang dibawa pula hanya ngam-ngam..tiada lain selain mencuci pakaian di dobi berhampiran.Kaedahnya siap basuh boleh iron dan pakai semula.Kekangan masa juga menjadi asbab untuk memilih membasuh pakaian di kedai dobi.Masalahnya sanggupkan beratur dengan sabar.Pilihan pada diri sendiri.

Tetamu lupa tengok jam.Setahun sekali.Sebulan.Puasa sebulan.Eh,raya pun sebulankan.Gitu sifirnya.Berbanding hari-hari biasa,hari raya ni terkadang masa itu bukan lagi satu yang dijaga.Walhal penjagaan masa itu ada kaitannya dengan adab menziarah.Tuan rumah tidak marah pun,suka lagi ada.Tetamu sudi datang itu rezeki..nikmat luar biasa .. tapi kita sendiri yang bertandang mesti beringat-ingatlah.Kesian tuan dan puan rumah.

Ledakkan bahang politik negara.Rata-rata tua,muda,dewasa dan dari kelompok mana pun baik yang tinggal di bandar mahupun desa..topik politik sentiasa menjadi bualan utamanya.Masing-masing melampiaskan rasa dijiwa.Ada yang suka.Ada yang duka.Ada yang sekadar mengusik berjenaka dan ada yang terusik hingga mengeluarkan air mata.Masing-masing menjadi peguam bela dan peguam cara dengan fakta dan auta yang cukup tepat ke sasaran.Bak kata tetamu yang datang "Tahun ini tahun ada yang gembira ada yang terkujat kesedihan".Hee hee hee.Macam-macam gelagat.Puas berdebat .. hujungnya bersalaman,bermaafan,berpelukkan dan bergurau senda seperti tiada apa yang berlaku 10 minit lepas.Baguslah.

Letusan-letusan Di Aidilfitri
Letusan Gunung Toba
Sumber : Google Image
..apabila pendapat mula meletus tidak mustahil impaknya melebihi letusan gunung berapi..malah lebih parah andai tidak dikawal dan terkawal..

#sama-sama mencari redha Ilahi

24 June 2018

Pandang Dan Dengari Suara Kecil

8:08 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

PANDANG DAN DENGARI SUARA KECIL

Hari ini.
Semakin ramai yang gelisah.
Semakin banyak yang keliru.
Tidak terbimbing.
Terumbang-ambing.
Ada yang mahu dibimbing.
Ada yang sombong tidak mahu dipimpin.
Macam-macam.

Berkeluh kesah.
Berkeringat basah kemudian mengering.
Tetap ditakuk yang sama.
Ditakuk yang lama.Serupa.
Bukan tidak usaha.
Jauh sekali tidak mencuba.
Tapi mungkin segitu adanya.

Akar umbi.
Jaga terasnya.
Pelihara tunjangnya.
Terputus.Tercabut.Tercantas.
Pucuknya juga kan melayu mati.

Pandang dan dengari suara kecil.
Daripada orang kecil.
Daripada hati yang kerdil.
Daripada sudut yang mungkin terpencil.
Jangan diabaikan.
Fikirkan air mata yang adakala deras mengalir.
Percayalah bukan air mata kosong.
Jernihnya berbisa.
Disertai doa-doa.
Cukup berbahaya.

Pandang dan dengari suara kecil.
Suatu detik mungkin kita.
Menjadi suara kecil terpinggir.

Pandang Dan Dengari Suara Kecil
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

23 June 2018

Balik Dari Kampung

8:55 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BALIK DARI KAMPUNG | Nak balik kampung kalau boleh nak terbang biar cepat sampai.Tapi menjadi murung dan malas daripada kampung nak balik ke rumah sendiri.Entah ini penyakit kami suami isteri sahaja atau orang lain pun sama.Semacam perasaannya.Nak kemas baju pun malas.Cuba nak balik kampung.Baru ura-ura pun dah ceria muka kemas pakaian sambil nyanyi lagu can-malican hoi-hoi....

Balik dari kampung.

Jalanraya.Kesesakkan di jalanraya ni memang lumrah,lebih-lebih musim perayaan.Nak elak macam mana pun buntu.Redah dengan sabar,tabah lagi ikhlaskan.Pastikan tidur mencukupi supaya tak cepat letih dan sediakan makanan untuk redakan mood yang pasti ke lautan hindi.Masa nilah jangan cuba-cuba jadi pencetus onar..risau ada bumbung kenderaan yang copot tak terduga.Lebih mencabar waktu jammed termenung nilah nak terkencing dan terberak.Bila toksid dah mula meroyan..jaga-jaga.

Kawasan rehat dan rawat.Huiii.Ampun.Terutama kebersihannya.Tidak semua bersih dan tidak semua kotor.Ikut rezeki kita juga sebenarnya.Kalau boleh gunalah dan pilihlah tandas cangkung berbanding tandas duduk..tapi terserah masing-masing ya.Ini sekadar pilihan dan pendapat PC.Jaga juga keselamatan diri dan barang-barang.

Awasi muatan.Balik dari kampung biasanya beg atau muatan bertambah.Beranak pinak gitu.Selagi nampak ada kosong nak disumbatnya.Sebenarnya kalau boleh elakkan demi keselamatan juga terutama pada tayar kereta.Biasanya macam tak boleh je*pengalaman sendiri ni..aduh*.Bertabah bila mak bapak  dan mak bapak mertua sejenis tahu anak nak balik..siap-siap kumpul ole-ole kat anjung rumah..*syukur terharu nak nangis golek-golek rasa*..

Buka peti surat.

Balik Dari Kampung

Balik Dari Kampung

Balik Dari Kampung

Alhamdulillah.Terima kasih Blogger Cikgu Abam Kie.Di zaman semuanya dihujung jari..agak sukar untuk melihat kad raya menjadi pilihan sebagai tanda ingatan,tapi Cikgu AK masih mengekalkannya.Terbaik dan wajar dicontohi.Selain kad raya..PC juga menerima hadiah topup RM5 sebagai salah seorang pengomen terbanyak.Syukur.

#sama-sama mencari redha Ilahi


22 June 2018

Mood Raya Tapi Teringat Hutang

8:56 AM 21
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


MOOD RAYA TAPI TERINGAT HUTANG | Hari ini Syawal kelapan.Masih ada yang sakan beraya bersama sanak saudara dan sahabat andai.Ada yang masih lemau ditempat kerja.Tidak kurang ada yang baru memulakan cuti..ya hari ini ibarat raya pertamalah.Salam Jumaat indah di bulan Syawal.

Mood raya tapi teringat hutang.

Seronok berjumpa saudara mara.Sesekali jumpa fuhh nikmat luar biasa sebenarnya.Macam semua dijamakkan.Cerita,berita,gurau senda,rasa rindu.Semua.Nak bersembang pun dirasa sejam itu bagai seminit walhal seteko air dah pun licin.Bukan bererti kerap berjumpa itu tidak bagus dan tiada nikmatnya ya.

Hutang dengan manusia wajib lunas..apatah lagi hutang dengan Tuhan.Gembira..gembira juga.Berziarah tetap jalan walau sekejap-sekejap,,tapi tetap juga teringat hutang..masa masih panjang..tapi usia kita belum tentu..ajal kita tidak pasti..selagi tak selesai qada puasa ramadhan huissss rasa tak lapang dada..tak tenang fikiran.PC sajakah berperasaan begini..Allahu.

Maaf sangat-sangt.Bila balik kampung,tak kiralah dihari perayaan atau sebaliknya..PC sangat kurang berbaik-baik dengan gadjet selain coverage yang sendu layu lagi lesu.Namun begitu ada ruang PC kongsi juga satu dua entri.Pun begitu rasa berhutang itu tetap ada..hutang blogwalking di blog sahabat blogger.MAAF SANGAT-SANGAT YA KAWAN-KAWAN.

Ini pun salah satu juga Mood raya tapi teringat hutang.

Mood Raya Tapi Teringat Hutang
Google Image
Dari kampung..ini pun hutang juga..adoi basuh baju oii
Pn Isteri basuh .. En Suami sidai..kan kerjasama 💑

#sama-sama mencari redha Ilahi

21 June 2018

Buka Dan Tutup

6:50 AM 3
Buka Dan Tutup
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

BUKA DAN TUTUP

Ada masa-masanya.
Tidak mesti sentiasa.
Pilih-pilihlah bukan semua.
Ingat tidak banyak cukup sedikit sahaja.
Mungkin memadai.
Terbuka dan berahsia.


Buka.
Diketika penjelasan diperlukan.
Tutup.
Andai dibuka banyak buruknya.
Aib.
Semua mesti jaga.
Perlu lindungi dan pelihara.


Buka hati.
Buka mata.
Buka telinga.
Dengan tulus.Telus.Jelas.
Tutup akal.
Tutup nafsu.
Tutup langkah.
Agar tidak keliru.Serakah.Terjebak.
Hati-hati.


Di bumi mana pun berpijak.
Di bawah langit mana pun berada.
Buka hati seluas-luasnya untuk letak DIA YANG PERTAMA.
Tutup akal serapatnya untuk bersangka buruk pada-NYA.


Hidup tidak semua seperti yang kita harapkan.
Tapi.
Hidup ini adalah seperti apa yang Tuhan mahukan.

#sama-sama mencari redha Ilahi

19 June 2018

Penerimaan

8:30 AM 2
Penerimaan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


PENERIMAAN | Sebut senang,bab nak menerima itu yang susah.Mungkin ada yang ambil masa sehari dua sudah boleh menerima,tidak kurang yang tiada ruang langsung untuk menerima.Ini hal umum.Harap maklum.

Penerimaan.

Keluarga.Setahun,tiga tahun..pun tewas untuk memahami.Penerimaan juga adakala masih tidak hingga ke dasarnya.Ala kadar.Asal boleh.Biasa-biasa.Ya,sukar untuk buat keluarga sentiasa berlapang dada dan tenang fikiran terima apa adanya kita.Namun tiada salahnya kita mulakan dahulu.Pejuang tidak semestinya menang dipermulaan.

Kawan-kawan.Bebas talam bermuka-muka itu susah didapati.Kalau ada itu rezeki.Ada,tapi limited edition barangkali..hehehe.Sebelum itu pastikan diri kita sendiri bukan klon talam bermuka dua.Ada yang penerimaannya betul-betul tulus dan lurus.Ada juga yang awalnya putih tapi dihujungnya hitam.Sabarlah.

Pasangan.Penerimaan terhadap kelebihan itu bukan satu masalah.Timbulnya permasalahan penerimaan pada titik kekurangan satu sama lain.Logiknya tiada yang sempurna kita ini.Sempurna itu milikNYA hingga alam ini hancur lebur menjadi debuan halus.Untuk memudahkan satu perhubungan itu cuba atau usahakan dengan menjadikan kekurangan itu ilmu atau pelajaran perbaiki diri satu sama lain.InsyaAllah boleh.

Dalam hidup ini ada yang wajib kita terima tanpa persoalan.Ada yang boleh kita terima mengikut pertimbangan.Ada juga yang mesti kita tolak tanpa bertolak ansur.

#sama-sama mencari redha Ilahi.

18 June 2018

Cari Titik Persamaan

8:00 AM 4
Cari Titik Persamaan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


CARI TITIK PERSAMAAN | Rasa tak suka itu wajar.Dah nama pun manusia.Ada citarasa.Tidak sehaluan tidak semestinya perlu bermasam muka.Tidak sependapat tidak juga semestinya bertelagah kencang sentiasa.Tidak dinafi ada yang memilih perang dingin.Tapi tidak kurang berbaik-baik sahaja.Nak mudah,satu sama lain sila hormati sahaja cara masing-masing.

Cari titik persamaan.

Nak buat orang suka dan senang hati ikut kita itu susah.Mungkin ambil masa.Lagi-lagi kalau macam tidak menyakinkan...ermmmm bertambah sangsilah orang.Berbanding untuk kita terpengaruh dengan orang agak lebih mudah terutama apabila orang lain pandai mengambil peluang.Senang cakap .. nak pujuk hati sendiri lebih mudah berbanding pujuk hati orang lain.

Pada setiap perbezaan atau percanggahan ada juga persamaannya yang kadang tidak disedari.Persamaan itu di highlight kan dan diberi tumpuan untuk mewujudkan satu suasana yang lebih positif.Diraikan supaya yang jauh didekatkan,yang rapat bertambah erat dan yang luka bertambah sembuh.Carilah dan usahakan ya.

#sama-sama mencari redha Ilahi

17 June 2018

Lebih .. Lebih Dan Lebih Lagi

12:35 AM 10
Lebih .. Lebih Dan Lebih Lagi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


LEBIH .. LEBIH DAN LEBIH LAGI | Andai disuruh memilih,yang banyak itu sering menjadi pilihan.Walhal yang banyak itu lebih dugaannya..besar juga risikonya.Lebih banyak harta.Jangan lupa zakat harta.Lebih banyak makan.Silap langkah banyak juga penyakitnya kalau tidak berjaga-jaga.Lebih banyak kawan.Boleh jadi banyak musuh di masa yang sama.Lebih banyak cakap.Tentunyalah banyak juga khilaf dan dosa tercipta.

Lebih .. lebih dan lebih lagi.

Kita ada sasaran.Sasaran itu menjadi ukuran usaha yang dilakukan.Tapi jangan lupa.Tuhan ada yang DIA rencanakan.Sesuatu yang telah disediakan menanti waktu untuk dilaksanakan.Kalau kita rasa sudah dan akan lebih .. lebih dan lebih lagi inginkan dan lakukan terbaik .. ingat,tidak mampu menandingi apa yang DIA aturkan.Allahu.

Berputus asa itu bukan suatu hal yang DIA suka.Lebih .. lebih dan lebih lagi kalau kena cara,baik jadinya.Yang mesti dijauhi adalah berlebih-lebihan hingga memudharatkan bukan hanya pada diri sendiri malah pada orang lain juga..

#sama-sama mencari redha Ilahi

15 June 2018

Besar Erti Sebuah Kemaafan

8:00 AM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BESAR ERTI SEBUAH KEMAAFAN | Kedengaran ringan dan cukup mudah.Kata "maaf" mudah diungkap,ringan dilisankan.Sesiapa pun boleh memohon kemaafan.Apa yang membeza adalah asbabnya.

Besar erti sebuah kemaafan.

Besar Erti Sebuah Kemaafan

Seakan masih terdengar-dengar dan ternanti-nanti pengumuman tarikh berpuasa akan bermula .. rupanya sudah pun berakhir rukun Islam ketiga.Tidak terasa.Alhamdulillah.Allahu.

Dan .. hari ini 

Besar Erti Sebuah Kemaafan

Ummat Islam merai hari kemenangan dengan rasa bahagia dan gembira.SubhanAllah.Moga kita semua terus berada dalam kasih sayang Ilahi.1 Syawal 1439H di hari Jumaat indah.Lebih barakah dan bererti.

Untuk semua sahabat-sahabat blogger SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN .. teruskan besederhana dalam merai hari kemenangan ..✒

#sama-sama mencari redha Ilahi


14 June 2018

Akhir Ramadhan

10:00 AM 0
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

AKHIR RAMADHAN

Hari ini.
Akhir ramadhan.Ya.
Sedihkah.Gembirakah.
Atau langsung tidak punya rasa.
Atau mungkin bercampur baur perasaan.
Ramadhan berakhir.
Syawal menjelang.
Bersilih ganti.
Selagi alam ini masih di sini.
Masih berputar dipaksi mengikut aturan Ilahi.

Akhir ramadhan.
Berakhir bulan dianggap madrasah.
Membendung nafsu.
Melentur jiwa.
Sejauh mana berjayanya.
Sekadar mana cemerlangnya.
Berubahkah kita.
Berjaya mengubahkah ramadhan.

Ramadhan pergi.
Nanti kembali.
Kita?
Lepas kali ini.
Mendatang belum tentu lagi.
Hantar permohonon.
Rajin-rajin buat rayuan.
Berdoa minta pada Tuhan.

Allah.
Terima kasih.
Atas redha dan izin.
Memberi ruang dan peluang.
Melunas ibadah.
KeranaMu.
Diketika ramadhan datang lagi.
Mohon masih diri di sini.
Masih berdenyut nadi.
Sihat untuk melunasi.
Aamin.

Akhir Ramadhan
Google Gif Image

#sama-sama mencari redha Ilahi



13 June 2018

Besar-besaran ..

9:51 AM 6
Besar-besaran ..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BESAR-BESARAN .. | Kecil-kecilan itu satu permulaan.Kemudian barulah besar-besaran.Tapi bagi yang memiliki kemampuan sama ada memang dari keturunan 'berada' atau sememangnya penabung tegar .. tidak menjadi satu hal untuk mengadakan atau memperuntukkan yang besar-besaran dalam apa pun urusannya..

Kecil-kecilan itu bagus .. apatah lagi besederhana.Namun tiada salahnya besar-besaran asal niatnya betul kerana DIA.

Besar-besaran ..

Besar-besaran itu bererti juga banyak.Dalam banyak itu tidak semua untuk kita.Ada untuk orang lain disebahagiannya.Kalau tidak hari ini diperuntukkan..bawa dan uruskan dihari yang lainnya.Tidak mengapalah asal tidak melupakan dan berdoa agar tidak dilupakan serta sifar pembaziran.Aamin.

Ubah budaya dan adat kebiasaan.Hukum sahaja tidak boleh diubah tapi boleh berubah mengikut situasi tertentu sahaja.Ingat,situasi yang merubah jangan kita yang syok sendiri dengan senang hati tanpa rasa bersalah mengubah hukum mengikut selera atau citarasa.Dosa!.Berbanding kita ubah budaya dan adat kebiasaan yang diamal sejak turun temurun..raya dah dekat..kunjung mengunjungi .. bermaafan .. ziarah pusara .. sinonim sangat dilakukan ketika raya.Ubah,lakukan bila-bila sahaja.Selagi masih berkesempatan.

#sama-sama mencari redha Ilahi

12 June 2018

Tolong-tolonglah Ya

10:49 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


TOLONG-TOLONGLAH YA | Alhamdulillah atas segala nikmat.Allahu.Tolong menolong amalan mulia.Eh,sebenarnya tersangat mulia.Tolong benda baik kita pun dapat pahalanya juga.Tapi sekarang susah nak tolong yang tak ada makna..yang tak ada pengerasnya..yang tangan kiri tak tahu..yang hanya diri dia dan Allah sahaja yang tahu.Kalau orang tahu pun dari orang yang ditolong.Ada yang masih tulus dan jernih hatinya.Ada!!,tapi macam sebiji mutiara yang terbenam ke dalam lumpur bercampur dengan kaca-kaca halus.

Tolong-tolonglah ya.

Bagi yang bekerja sedia maklum.Ada yang baliknya berjadual.Sangat lazim diketika musim dan waktu perayaan terutama aidilfitri.Ada yang balik diperingkat atau kumpulan pertama..atau kedua dan terusnya seperti yang ditetapkan unit,agensi atau jabatan masing-masing.Sebenarnya ini sistem bergilir juga.Moga lebih adil.Lebih telus.Lebih sabar.Aamin.

Tolong-tolonglah Ya

Tidak kira tinggal di taman perumahan.Rumah pangsa.Kuarters dan sebagainya..jiran tetangga tolong-tolonglah ya sama-sama besarkan mata,lebarkan telinga memantau persekitaran kediaman anda terutama rumah jiran yang telah balik ke kampung lebih awal.Tambahan aidilfitri kali ini juga sama dengan tarikh cuti sekolah makan ibu bapa juga tidak teragak-agak untuk ambil cuti awal dan lebih.

Di kampung-kampung juga .. tidak semua anak-anak balik ke kampung kerana ada segelintirnya mereka mengambil ibu bapa masing-masing untuk tinggal dan meraikan aidilfitri bersama di rumah mereka.Termasuklah memilih untuk melancong ke luar negara ketika aidilfitri.Maka jiran-jiran harus saling tolong-tolonglah ya menjadi mata dan telinga sepeninggalan jiran kita.

Kurang empat hari untuk ummat Islam meraikan aidilfitri .. bukan sahaja dipusat membeli belah yang sibuk dan bersesak .. jalanraya apatah lagi.Tidak kurang sesaknya.Tempat menguji kesabaran sungguh.Bila semua orang sentiasa menjaga insyaAllah lancar perjalanan.Jadi,tolong-tolonglah ya semua pemandu kenderaan..pengguna jalanraya .. buang pemikiran atau sikap dan anggapan "jalanraya ini saya punya".

#sama-sama mencari redha Ilahi

11 June 2018

Harta Pusaka ..

10:13 AM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

HARTA PUSAKA

Bila seorang kembali kepada pencipta.
Seorang mati.Lebih tepatnya.
Yang ditinggalkan.
Sedikit.Banyak.
Besar.Kecil.
Statusnya harta.
Harta peninggalan si mati.
Walau sebatang pensil yang patah.
Tetap harta.


Waris.Wakil.Pemegang amanah.
Jujur.Tulus.Lurus.Mesti.
Berat.Lunas.Atau tanggung. 
Amanah itu tersangat berat.
Terlalu sukar.
Sangat berintangan.
Allahu.


Agama telah  menyediakan hukumnya.
Telah menyediakan landasan dan kaedahnya.
Ada caranya.Ada.
Bahagi mengikut selayaknya.
Atau asabahkan.Mungkin juga hibah.
Faraid.Atau wasiat.


Demi kebahagiaan seorang yang mati.
Uruslah dengan betul.
Selesaikanlah secara kasar.
Jangan diurus secara halus.

harta pusaka
Google Image

Hidup memerlukan harta.
Sedang setelah kematian kita perlukan kesan baik pengurusan daripada harta itu.

#sama-sama mencari redha Ilahi

10 June 2018

Ayuh Lipat Gandakan

11:29 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

AYUH LIPAT GANDAKAN

Pergi pekan beli gula
Gula pasir dan gula melaka
Cuti sekolah sudah bermula
Peluang ibu bapa manfaatkannya

Ramadhan bakal meninggalkan kita
Biar sedih relakan juga
Hitungan harinya tidak seberapa
Lipat gandakan baki yang ada

Ayuh Lipat Gandakan

Waktu berbuka minum air kelapa
Sekali sekala nikmat juga
Berkasih sayang kita semua
Semai dan pupuk rasa gembira

Jadikan Al Quran sahabat setia
Sedikit sehari tidak mengapa
Dari sebaris ganda semuka
Hayati bacaan fahamkan maknanya

Menabung itu amalan mulia
Sedari kecil harus dimula
Biar sepuluh sen tidak mengapa
Asalkan kerap bertambah juga

#sama-sama mencari redha Ilahi

09 June 2018

Suka Itu Subjektif

12:30 PM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SUKA ITU SUBJEKTIF | Ya suka itu subjektif.Suka lihat."I suka tengok muka you tau..tenang je"..konon sangat.Suka dengar."Satu hari tak dengar suara dia,kunyah makanan rasa tak hancur" .. tipu sangat.Suka rasa-rasa."Aku rasa dia ni mesti tak mampu beli tudung mahal" .. baik taubat cepat.

Suka itu subjektif.

Suka banyak.Suka sikit.Apa yang kita suka tidak sama yang orang suka dan begitulah sebaliknyakan.Kadang kita pandang kecil pilihan orang sedang baginya apa yang dipilih itu sudah yang terbaik.Mantop lagi tiptop.Kita pun mesti marah bila pilihan kita yang kita suka dikomen orang.Komen pulak tak hagak-hagak ikut sedap tekak bercakap.Mahu berparang bercangkul..silap-silap keluar ilmu persilatan yang dituntut zaman sekolah menengah dulu,sumbang pun sumbanglah labu..itu belum lagi tendangan tanpa bayang.Jangan ya..sabar.

Ada orang makan mesti kena ada banyak lauk.Kalau tak mogok tak nak makan.Sanggup sembunyi dalam tempayan pecah belakang rumah.Ada pula yang sempoi..nasi berlaukkan telur mata kerbau dengan kicap pun dan buat hati girang ke tahap lompat bintang.Ada yang masak makan habiskan tidak suka ulang makan lauk sama yang dihangatkan.Ada yang sebaliknya..suka makan lauk yang sama,sama ada baru dimasak atau yang dihangatkan semula.

Lain orang lain sukanya.Tak mengapalah asal bahagia menikmatinya.Terkadang mungkin itu rezeki yang dia ada untuk kelangsungan hidup kerana tidak semua orang miliki banyak pilihan untuk lengkapkan kehendak.Raikan dan syukuri sentiasa.


SUKA ITU SUBJEKTIF

Tempe goreng.Menu lazim ada sama ada di bulan ramadhan atau tidak di bulan ramadhan..kegemaran oii..jawa oii.

#sama-sama mencari redha Ilahi

08 June 2018

Sudah Jumaat Terakhir

10:24 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


SUDAH JUMAAT TERAKHIR | Jumaat terakhir di bulan ramadhan untuk tahun ini.Untuk kali ini.Allahu.23 Ramadhan 1439H.Bersyukur sehingga detik ini Allah masih lagi mengizinkan kita bernafas dan menikmati setiap detik bersama insan-insan yang kita sayangi.

Sudah Jumaat terakhir.

Ada yang tidak sempat pun untuk menikmati hari Jumaat ini.Ketentuan Allah SWT itu di luar kiraan kita hambaNYA.Sehebat mana pun tahap kepakaran yang dimiliki tidak akan boleh setara dengan takdirnya.Mahu mendahului..manakan mungkin.

Peluang depan mata manfaatkan.Sudah dipilih maka syukuri.Bertuahkan kita.Justeru suburkanlah rasa syukur dalam diri.Renung sekeliling banyak bukti kebesaran Allah yang boleh kita jadikan pemangkin keimanan yang sentiasa terancam.

Sudah Jumaat Terakhir

#sama-sama mencari redha Ilahi

07 June 2018

Berpantangkah .. Hebat Setiap Tahun

7:47 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BERPANTANGKAH .. HEBAT SETIAP TAHUN | Hidup ini mewah kejutan.Misteri sangat.Banyak yang Allah atur dan rahsiakan kepada kita.Kita berteka teki dan terus berusaha.Sebab itu disuruh sentiasa bersangka baik padaNYA biar pun berat untuk ditanggung..

Lumrah.Persoalan demi persoalan muncul.Kalau tidak kita menyoal .. kita disoal.Begitulah kisahnya.Tapi soalan yang bagaimana akan ditanya jangan sampai mengundang perasaan berbara pada orang.Hati-hati.

Berpantangkah .. hebat setiap tahun

Klise.Bujang ditanya bila nak kahwin.Belum ada anak ditanya bila nak ada anak.Semua anak lelaki ditanya bila nak dapat anak perempuan.Dan soalan-soalan yang seolah-olah minta dimandikan 7 tempayan air bunga pada yang suka bertanya itu ini..kalau beranak setiap tahun lain kisahny..😅hadapi dengan sabar,tabah dan tenang.

Tapi .... yang ini ... memang kena berpantang .. kalau ditanya berpantangkah ... hebat setiap tahun .. ya! Mahu tidak mahu kena berpantang..48 hari oiii...kikikikikiki.

Berpantangkah .. Hebat Setiap Tahun

#sama-sama mencari redha Ilahi


06 June 2018

Bangkitlah ..

6:37 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BANGKITLAH .. | Kadang memberi motivasi lebih mudah berbanding menerima motivasi.Atau mungkin sebaliknya..menerima motivasi lebih mudah berbanding susahnya memberi motivasi.Tengok siapa  dan bagaimana cara penyampaiannya dan siapa pula sasarannya.

Bangkitlah ..

Daripada kejatuhan.Kesedihan.Permasalahan.Rasanya tidak siapa pun bebas daripada perihal sebegini.Serius atau tidak sahaja apa yang dilalui.Itu sahaja bezanya.Kekuatan semangat dan kadar kepantasan pulihnya semangat turut memainkan peranan besar.

Peranan yang besar.Kita semua ada peranan yang besar.Peranan yang mesti digalas.Baik secara individu atau keluarga juga bermasyarakat.Bangkit berteraskan semangat itu mudah.Namun bangkit kerana Allah SWT itu susah.Tapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Umat Rasulullah SAW .. bangkitlah mengejar syafaat baginda.Bangkitlah mencari dan mengejar kasih sayang-NYA.Bangkit dengan jati diri yang cukup ampuh bukannya rapuh.Hari ini jajahan bukan semata-mata dengan senjata dan kekerasan malahan lebih dari itu...jajahan yang lebih halus meresap ke minda dan jiwa.Andai lemah maka tidak mustahil tergadai semua yang ada.

Bangkitlah ..

#sama-sama mencari redha Ilahi

05 June 2018

Mencari ..

10:07 AM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

MENCARI ..

Satu ketika kehadiran kita dinanti.
Dipertengahannya sebuah kehidupan.
Satu masa pemergian kita mungkin ditangisi.
Dihujungnya juga menghidupkan kehidupan.
Diperjuangakan.Diusahakan.
Sehabis daya.Sebaik meminta padaNYA.
Allahu.

Mencari.
Betul.Mencari tanpa henti.
Selaginya dikehidupan.
Terus bersemangat mencari.
Jangan pernah lelah kemudian berhenti.Terhenti.
Gali terus menggali.

Cari apa yang perlu dicari.
Untuk dibawa pergi.
Menjadi bekalan nanti.
Menjawab setiap soalan tanpa henti.
Mencari pendinding diri.
Agar yang menyoal sekali datang tidak muncul lagi.
Berbahagia kita dengan apa yang dicari.

Carilah yang banyak.
Banyaknya memberi nikmat kesyukuran.
Bukan rasa tidak kecukupan.
Di dalam mencari.
Pilihlah.
Tidak usah bercampur-baur.
Jangan juga bersimpang siur.
Jelas.

Mencari kerana DIA.
Untuk kita.
Bahagia hujungnya ditempat bersama.

mencari
Google Gif Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

04 June 2018

Bukan Tidak Boleh Tapi ..

6:43 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BUKAN TIDAK BOLEH TAPI .. | Terus terang .. untuk mengulas isu-isu semasa terutama politik .. PC sangat tidak sesuai.Ilmu berkaitan politik langsung tidak PC kuasai.Ilmu-ilmu lain juga sebenarnya.Allahu.Tipis.Sangat sedikit.Mengikuti perkembangan semasa sedikit-sedikit itu perlu namun tidak begitu ambil tahu ke tahap yang lebih mendalam.Di mana pun .. sifar peratus GST menjadi isu hangat.Menjadi hadiah dan terapi kepada rakyat Malaysia.Alhamdulillah.Semua atas izinNYA juga yang melorongkan jalannya.Syukuri.

Isu-isu sensitif seperti agama .. undang-undang .. politik,adalah satu hal yang tidak wajar dicemar dengan fakta yang tidak sahih.Justeru ambillah pendekatan yang bijaksana agar tidak merosakkan imej diri dan mencemarkan maruah negara.Sayangi agama dan negara kita setulusnya hati.

Bukan tidak boleh tapi .. 

Mendapatkan sesuatu yang diingini setelah sekian lama itu  nikmat luar biasa.Seperti berjaya bebaskan diri daripada bernafas dalam lumpur....subhanaAllah .. mesti lega selega-leganyakan... Allahu.Begitu juga kita manusia.

BUKAN TIDAK BOLEH TAPI ..
Google image

Mood raya mula meresap.Melalui hari-hari hujung di bulan ramadhan ini sangat menduga.He he he..lagu raya sudah rancak diputarkan di stesen radio..mercun tak usah dibahas...belum umum tarikh berpuasa pun dah berdentam dentum dik..Ada yang lebih santai kerana persiapan raya sudah dilakukan lebih awal.Tidak kurang ketika ini gigih mencari dan memenuhi keperluan..masing-masing.Terserah.

Bukan tidak boleh tapi berpada-pada ya.Dalam rasa ghairah berbelanja jangan mencapai tahap membazir.Biar lebih menyimpan daripada lebih berbelanja.Namun kalau berkemampuan...bismillah silakan.

Hidup sentiasa dikelilingi cabaran.Kalau pun tidak daripada mana-mana pihak .. diri sendiri pun perlu dicabar dan sentiasa tercabar untuk menjadi lebih baik.

#sama-sama mencari redha Ilahi

03 June 2018

Apakah Itu Ihsan?

9:20 AM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


APAKAH ITU IHSAN? | Cantik sangat dah .. rakaat pertama .. rakaat kedua ... eh .. eh .. gatal kat keninglah .. gatal kat hidunglah .. tiba-tiba ada nyamuk lah .. belum lagi macam ada satu kontena semut menari-nari dalam telinga .. gatal ya ampun .. itu jam jugalah ingat macam-macam.Ke laut rasa khusyuk.Allahu.Cabaran ketika solat.Bagi PC ini sangat-sangat mencabar.Benarlah syurga itu untuk semua tapi tidak semua boleh menghuninya dengan mudah.Ya Allah permudahkanlah.

Apakah itu ihsan?.

APAKAH ITU IHSAN?

Memberi tumpuan itu bukan mudah.Terutama diketika beribadah.Lapangkan fikiran.Tenangkan hati.Besar cabarannya kerana di saat rasa sayang pada dunia sudah sebati dan menebal dengan diri,adakala tewas juga ketika beribadah.Terutamanya ketika solat.Caranya suburkan rasa ihsan walau  di mana berada.

Fardhu ain mahupun fardhu kifayah .. lakukanlah kedua-dua jenis ibadah ini dengan rasa ihsan sebagai hamba-NYA.Tekun.Sabar.Berterusan.Berilah kualiti ibadah sehabis baik.Macam mana kita jaga penampilan .. peribadi ketika bertemu orang .. maka lebih-lebihkan bila mahu beribadah pada-NYA.

#sama-sama mencari redha Ilahi



02 June 2018

Bila Mula Semai Benih

9:01 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


BILA MULA SEMAI BENIH | Indah melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan yang subur tumbuh.Bermulanya dari anak benih.Tidak kiralah dengan cara yang bagaimana.Semaian biji hingga menjadi anak pokok atau cantuman tunas (tut).Atau juga daripada pendebungaan..sebaran daripada haiwan yang memakan dan sebagainya.Bila Allah kata kun fayakun ... mustahil sesuatu itu untuk terjadi jauh sekali.Maka jadilah.Maka hiduplah.Maka berlakulah ia seperti yang DIA kehendaki.

Bila mula semai benih.


Bila Mula Semai Benih


Mulakan dengan بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Percayalah kalimah ini boleh menjadi perisai kepada niat kita dan tingkah laku kita.Kalau ada aura-aura nak menggosip atau seangkatan dengannya contohnyalahkan..kan..kan...cuba baca bismillah kemudian istighfar.InsyaAllah hati kita tawar untuk meneruskan hal tersebut.Dengan sendirinya timbul rasa bersalah dan menghormati.Tapi kalau nak lakukan hal baik..bukan masalah ungkap bismillah.Memang sebaik-baiknya begitu.

Tersasar!? .. aduh macam mana ni!.Lumrah hidup.Bezanya tersasar itu masih dekat.Jauh atau sudah terlalu menjauh.Hakikatnya hidup kita sehari-hari adalah menjadi pelajar yang harus sentiasa belajar perbaiki diri..dalaman dan luaran.Menjadi petani yang cuba mencari benih terbaik untuk menuai hasil bukan sekadar di dunia malah hingga ke SANA.Bila khilaf menyemai benih hingga menjadinya lalang..jangan malu untuk bangkit dan cuba semula dengan laluan yang lebih syariat.Yakin boleh.Syaratnya ada kemahuan.

Menjaga dan saling merawat.Apa pun perlukan perhatian.Bila mula semai benih untuk kerjaya,,fokus dan bersungguh-sungguh.Bila semai benih perniagaan,luruskan niat supaya tidak menindas.Bila mula semai benih untuk menjadi suami isteri..ibu bapa..galas tanggungjawab sebaik-baiknya.

......bila sudah semai benih ... itu bererti kita ikat diri kita dengan amanah..lunaskan sebaiknya.Jaga dengan tekun.Hargai sepenuhnya..

#sama-sama mencari redha Ilahi