Yang Sebenarnya ...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

YANG SEBENARNYA | Persepsi.Kesimpulan.Teka-teka.Mudah sangat untuk segelintir orang berbicara.Betul juga,nak nilai dalam lihat luarannya.Tapi kalau buah,luarannya molek belum tentu isinya bagus.Sesama kita bagaimana?..hati-hati jangan sampai terpedaya dengan kepura-puraan.

Kebaikkan .. berapa lama pun di rahsiakan ianya akan tetap terserlah juga.Keburukkan .. dilindungi seberapa banyak benteng pun akan lebur dan terpancar.Hanya masa dan izin-NYA menentukan.

Yang sebenarnya.

Kualiti dan taraf akademik sering menjadi ukuran.Wang ringgit dan digit serta angka pada gaji atau pendapatan sentiasa menjadi topik sembang kencang.Pangkat di tempat kerja sentiasa didambakan.Jenama apa yang dipakai sering diperhatikan.Seandainya luar dari kotak kejayaan atau kecemerlangan  akademik itu dianggap gagal dan bodoh.Jika cukup untuk memilih biasa-biasa dan sederhana pula ditafsir tidak mampu.


Bertenanglah .. santai nikmati kehidupan yang singkat.

yang sebenarnya

Wahai si pintar .. syukuri nikmat kepintaran itu agar tidak dimanipulasi indahnya dunia.Jagalah kepintaran itu agar tidak menjadi topeng kebodohan sendiri.

Kalau ada yang mengatakan bodoh kepada kita .. santaikan sahaja.Selagi kita berada dilandasan-NYA .. kepintaran itu milik kita.InsyaAllah.Amin.

#sama-sama mencari redha Ilahi.




8 comments:

  1. Betul tu PC..
    Itu yg rata2 yg mengejarinya..
    Hingga terlupa mengejar akhirat..

    ReplyDelete
  2. Orang pintar itu yang banyak mengingati mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Husniey..kerana mereka sedar di sana kehidupan hakiki 😢

      Delete
  3. Pintar tu anugerah. Dan pada masa yang sama boleh jadi ujian juga kan PC.

    ReplyDelete
  4. Kepintaran itu anugerah Allah dan juga ujian bagi org2 yg berfikir. Usahlah kita riak sbb kelak akan dipertanggungjawabkan juga atas kebijaksanaan dan apa yg telah kita manfaatkan padanya. Terima kasih atas peringatan yg baik buat renungan kita semua.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.